Chapter 20
Myrose berjalan beriringan dengan Haqeem melangkah keluar dari ruang auditorium teater. Masing - masing menunjukkan wajah bahagia. Fuhh lega hati Myrose. Selesai juga auditionnya. Tengok wajah juri macam okay aje cuma tu lah...wajah Waniey Carissa agak tidak memuaskan. Tak tahu lah kenapa dengan dia. Bad mood ke ? Datang bulan ke ? Hmm.
" Haqeem.."panggil Myrose tetiba.
" Ermm ? "Haqeem memandang Myrose di sisi.
" Awak datang awal kan ? Asal awak tak ambil saya ?"soal Myrose.
"Hah ? Errr.."Haqeem menggaru belakang kepalanya yang tidak terasa gatal.
" Hmm awak pulak yang excited datang awal ea ?"kata Myrose lagi.
Haqeem akhirnya tersenyum senget.
" Sorry sayang...saya ingat awak dah datang..lagipun awak tak cakap pulak nak saya ambikkan awak kan ?"
Myrose mencebik. Hmmm tapi ada betulnya jugak. Aku tak nak susahkan Haqeem lagi nak patah balik ambik aku pulak kan ?
" Tapi apa - apa pun..awak dah buat yang terbaik kan tadi ? In shaa allah mesti awak lulus punya lah audition tu.."kata Haqeem lagi.
Myrose tersenyum semula.
Part Of Elhan Izzani.
" Kenapa you punya markah macam tu ?"soal Elhan agak pelik.
Waniey Carissa menutup borang penyertaan Myrose.
" Hmm kenapa ? Suka hati I lah nak komen apa..pendapat masing - masing kan ?"
" I know..but..Myrose nyanyi okay aje and I rasa dia layak untuk lulus..."balas Elhan tidak berpuas hati.
Waniey Carissa mengetap bibirnya. Hmm ye ada betulnya juga kata - kata Elhan itu. Memang Waniey akui suara Myrose memang merdu dan dia agak layak untuk melepasi audition ini. Namun Waniey tersepit untuk saat ini. Dia terpaksa berikan komen yang sebaliknya atas permintaan sepupunya.
What ? Sepupu Waniey ? Siapa ?
FLASHBACK.
Waniey melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu itu. Dia menyelesakan dirinya di sofa tersebut. Seketika sepupu kesayangannya mula mengambil tempat di sebelah.
" Wanieyy ! Rindunya aku dekat kau.."kata Feesya lalu memaut tangan Waniey.
Waniey menghadiahkan senyuman kepada Feesya. Ya Feesya adalah sepupu kepada Waniey Carissa. Disebabkan Waniey harus menjadi juri untuk audition di COSAA, dia tumpang seketika di rumah sepupunya iaitu Feesya. Hmm ikutkan hati dia nak aje stay dekat hotel ke apa tapi..papa Feesya a.k.a paklongnya menyuruh dia untuk stay di rumah mereka buat beberapa hari selama Waniey ada urusan di COSAA.
" Aku dengar kau datang ke COSAA untuk jadi juri audition nyanyian ? Betul ke ?"kata Feesya.
" Hmm yes.."
" Wahhh...untungnya kau dah popular sekarang ehh ? Aku nak jugak jadi macam kau..."kata Feesya.
" One day kau akan jadi macam aku jugak..don't worry..tapi...kan asal kau tak ambik course music and singing ? Macam mana kau boleh tersesat masuk teater pulak?"kata Waniey.
Feesya menghembus nafas berat.Dia tersandar pada sofanya.
" Aku mula-mula memang nak ambik course music and singing pun tapi..."kata - katanya terhenti seketika sebelum dia menjenguk ke kiri dan kanan.
Waniey tayang wajah pelik dengan tingkah laku sepupunya itu.
" Paklong kau lah..nak sangat tengok aku jadi pelakon..bukan penyanyi...dia cakap...kau dah jadi penyanyi..so now my turn untuk jadi pelakon pulak...haih.."kata Feesya seraya flip hair..😂
Waniey terangguk - angguk jadinya.
" Ermmm sabar aje lah..kau ikut aje apa yang paklong nak..mesti kau akan berjaya punya lah..."kata Waniey.
Feesya mencebik.
" Ermm by the way, bila audition tu ?"soal Feesya tetiba berminat.
" Hmm 4 Mei..kenapa kau tanya ?"
Feesya berfikir sejenak dan tetiba dia tersenyum sinis.
" Kau sayang aku tak ?"
" Hah ? Mesti lah aku sayang sepupu aku yang satu ni.."kata Waniey seraya mencubit kedua belah pipi Feesya.
Feesya terjerit kecil. Sakit lah.
" Ish kau ni...habis pipi aku yang comel ni.."bebel Feesya.
Waniey tersengeh.
" Asal kau tanya aku sayang kau ke tak ?"
" Tak..ermm kau dah dapat senarai nama budak - budak yang audition tu ?"
" Dah..baru aje tadi masa dekat COSSA, Puan Linda serahkan dekat aku.."
" Kau boleh tak tolong aku ? "
" Boleh..tolong apa ? "
Feesya tersenyum sinis seraya berbisik sesuatu ke telinga Waniey. Wajah Waniey agak berkerut apabila dia mendengarkan plan Feesya.
" Hah ? Kau nak suruh aku buat supaya budak yang nama Myrose tak layak masuk ? Tapi kenapa ?"
END FLASHBACK.
" You bagitahu I sekarang..kenapa you bagi comment and mark macam tu ?"soal Elhan lagi.
Jadi berbalah pulak diaorang berdua dekat dalam auditorium tu. Hahaha. Tinggal diaorang berdua aje pun dalam auditorium.
" Hmmm sebab...sebab..sepupu I..."luah Waniey akhirnya. Dia menceritakan segala plan Feesya kepada Elhan. Ye memang Feesya seorang yang agak kejam dan Waniey pun memang dah masak dengan perangai si Feesya tu.
Waniey bukan macam Feesya yang suka judge orang sesuka hati dan suka menindas orang. Namun disebabkan Feesya sepupu rapatnya , dia hampir tersilap langkah.
Ada ke patut , dia suruh gagalkan audition Myrose disebabkan tak puas hati bila Haqeem rapat dengan Myrose. Hmmm.
" You tahu Myrose tu siapa ? "kata Elhan tetiba.
" Maksud you ?"
Elhan menghembus nafas berat seketika.
" Dia sepupu I.."kata Elhan senada.
Waniey Carissa agak tersentak.
**
Semua pelajar muzik berpusu - pusu untuk lihat senarai nama pelajar yang layak memasuki pertandingan nyanyian antara kolej nanti. Ya result dah keluar.
Myrose dan Haqeem baru saja sampai di hadapan papan pernyataan. Myrose paling teruja nak tengok namanya tersenarai atau tak.
Seketika dia dan Haqeem meminta laluan sedikit kepada pelajar - pelajar yang berada di hadapan. Selepas mereka betul - betul ada di hadapan papan pernyataan , Myrose mula mencari namanya.
Dia merenung satu persatu nama. Dari nombor satu sehinggalah nombor empat . Dia terhenti di situ dan sedikit tersentak. Kenapa ? Nama dia ke ?
" Hah sayang..nama awak nombor 7 ni lah.."kata Haqeem teruja.
Ehh kalau nombor tujuh nama Myrose. Habis yang Myrose terkejut nombor empat tu? Nama siapa?
" Haqeem ? Kenapa awak tak bagitahu saya ?"gumam Myrose perlahan sambil memandang Haqeem disebelahnya.
Haqeem terpinga.
Seketika Myrose menarik pergelangan tangan Haqeem yang berlapik baju lalu dibawa keluar jauh dari pelajar - pelajar lain. Mereka berhenti di satu kawasan yang tak ramai sangat orang.
" Awak cakap awak tak masuk ? Habis kenapa nama awak tersenarai ?"tanya Myrose serious. Apa masalah Haqeem sebenarnya ? Kenapa semua benda dia nak sembunyikan ?
Ye. Nombor empat tadi adalah nama Haqeem. Nama Haqeem tersenarai dalam nama pelajar yang layak. Means memang Haqeem ada audition sekali.
Haqeem terdiam seketika.
" Kenapa awak tak jujur aje ? Suka kan tipu saya ?"marah Myrose.
" Heyy sayang..rileks dulu..dengar ni saya nak explain...bukan maksud saya nak tipu awak..ye memang saya masuk pertandingan tu..tapi semua tu pun last minute..mula - mula memang saya tak nak masuk tapi last minute tu Puan Linda...minta saya ikut serta audition tu jugak...hmmm saya tolak tapi bila Puan Linda cakap yang dia teringin sangat nak gandingkan saya dengan awak...saya jadi tak sampai hati..awak tahu kan saya rapat dengan Puan Linda..hmm sebab tu la saya masuk jugak...and ingat nak surprise kan awak..."jelas Haqeem panjang lebar.
Perasaan marah Myrose mula pudar bila dah dengar penjelasan dari mulut Haqeem. Dia mula cool semula.
" Hmmm yelah...lain kali kalau nak buat surprise pun jangan yang bukan - bukan.."kata Myrose.
" Hmm yelah...sorry sayang.."kata Haqeem.
Myrose senyum.
" Tahniah Haqeem..awak lulus..."
" Tahniah juga Myrose..awak pun lulus sayang.."
Seketika mereka pun ketawa bersama.
Dalam diam ada mata - mata yang memandang tidak puas hati.
Myrose mula menapak menuju ke tempat parkir kereta. Hari ni Haqeem yang akan drive hantar dia balik rumah. Hmm tadi Myrose pergi toilet kejap.Haqeem dah tunggu dia dekat kereta.
Langkah Myrose dipercepatkan.Takut Haqeem tunggu lama pulak kan ?
Namun apabila sampai di satu blok fakulti langkahnya terhenti. Dia melihat ada sekumpulan pelajar bergaduh.
" Hmm diaorang ni tak tahu nak balik ke ? Boleh lagi bergaduh dekat sini ?"ngomel Myrose sendiri.
Seketika Myrose memberanikan diri untuk menegur.
" Woii...korang ! Sudah - sudah lah tu gaduh...balik lah !"teriak Myrose acah - acah berani.
Tingkah laku diaorang terhenti. Seketika kelihatan ada seorang pelajar yang dipukul tadi terjelopok jatuh.
Myrose tersentak ! Ya Allah. Dia lagi yang kena ke ? Melihatkan Myrose, pelajar - pelajar itu terus berlari meninggalkan kawasan tersebut.
Ehh ? Asal diaorang nampak aku terus lari ? Wahh aku makin ditakuti orang nampaknya hahahaha. Sempat lagi tu nak bangga diri haish Myrose ni lah...
Seketika Myrose mendekati mendapatkan Danny.
" Danny...kau okay tak ni ?"tanya Myrose risau. Kali ni punya pukulan lagi teruk dari hari tu. Haish kesian pulak aku tengok si Danny. Kerap kena pukul pulak dia ni. Mana Danny yang suka buli orang dulu ? Hmm selalu dia melawan balik..
Mana Amrie dengan Hairul hah ? Diaorang ni pun macam chipsmore !
" My..rose...to..long..aku..."
Myrose ketap bibirnya. Hmm tak kan aku nak tinggal dia macam tu pulak kan. Kesian lah pulak....tapi..Haqeem dah tunggu aku dalam kereta...Hmm macam mana ni.
"My...rose...to..long..bawa..aku..balik.."pinta Danny tercungap - cungap.
Myrose jadi serba salah dibuatnya. Alahhh !
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro