Chapter 19
Elhan Izzani mempamerkan senyuman sinis kepada Myrose Aeera. Myrose pulak masih terkejut dengan kehadiran lelaki itu di dalam bilik muzik lama ini. Apa lelaki ni buat dekat sini ? Kenapa tiba - tiba datang semula ke COSAA selepas mula mencipta nama di luar sana ?
Myrose mengetap bibirnya seketika.
" Wow...you look so pretty now dear.."kata Elhan seraya menapak menggelilingi sekeliling bilik muzik yang dah lama dia tinggalkan itu.
Myrose mencebik mendengar pujian itu. Menyampah nya dengar pujian tu meniti di bibir merah Elhan Izzani. Heh !
" Tak sangka betul apa yang Makngah cakap tu betul.."kata Elhan seraya menoleh memandang Myrose dari atas sehingga bawah.
Myrose merenung tajam ke arah Haqeem.
" Apa maksud abang Han ? Makngah ? Cakap apa ?"soal Myrose akhirnya. Kenapa pulak mamanya di bawa - bawa dalam bicaranya ?
" Sebelum abang Han ke sini, abang Han ada singgah dulu rumah Myrose. Abang Han jumpa dulu dengan makngah..and she said..Myrose dah cantik and kurus sekarang...hahaha at first tu abang Han tak percaya..totally not. Hmm tapi bila abang Han dengar suara orang berlatih nyanyi tadi. Abang Han dah tahu dah tu suara Myrose...so bila abang Han masuk dalam bilik muzik lama ni, and i didn't expect you look so beautiful like this.."kata Elhan teruja.
Abang Han ? Makngah ? Siapa Elhan Izzani artist penyanyi yang makin famous ni dengan Myrose Aeera. Apa kaitan diaorang berdua ? Saudara dekat atau saudara jauh ?
Okay meh sini aku cerita.
Dia Elhan Izzani ! Abang sepupu aku belah mama aku. Dia anak maklong aku means anak saudara mama aku. Yeahh memang dia bekas pelajar COSAA. Dia memang perfect. Anak maklong aku yang paling dibangga - banggakan dalam big family belah mama. Dia handsome , pandai nyanyi , pandai main bermacam - macam alat muzik and juga pandai dalam segi akademik. Perfecto !
But wait a minute ! Satu aje tak perfect. Hmm apa benda ? Attitude dia yang tak perfect !
Kenapa aku cakap macam tu. Yelah dia ni kalau pasal memilih paras rupa no 1 wehhh. Terlalu kejarkan kesempurnaan. Hmm pernah lah dulu masa aku gemuk , dia hina aku cukup - cukup ! Eeee bencinya aku bila teringat balik.
FLASHBACK.
Myrose sibuk dengan rotinya. Sepupu yang lain tengah sibuk bermain - main kecil di halaman rumah nenek. Dia sorang aje sibuk makan roti depan pintu rumah hahahahaa.
Macam mana tak gemuk ? Kalau dah kecik - kecik kuat makan gila ! Masa ni umur Myrose baru menginjak ke angka 5 tahun.
Bukk ! Bola sepak terkena pada pegangan roti Myrose. Habis bersepai atas lantas hahaha.
Myrose tersentak hebat. Roti sedap yang baru saja digigit beberapa kali bersepai macam tu aje atas jalan. Wehhhh roti tu sedap kot ! Dah lah dekat kedai tadi dah sold out 😭
" Hahahaha....padan muka roti dia dah jatuh.."ejek Elhan masa tu umur dia dalam 8 tahun macam tu.
Myrose memandang tajam akhirnya ke arah Elhan.
" Abang Han tak guna ! Jahat ! "teriak Myrose seraya meluru ke arah Elhan. Mereka akhirnya berdepan.
" Kau tu yang tak guna. Budak gemuk ! Menyusahkan orang aje ! Semak pandangan orang !"hina Elhan. Budak mulut tak ada insurans langsung.
Terguris hati kecil Myrose masa tu even baru umur 5 tahun. Dia tidak mampu membalas. Akhirnya dia menangis teresak - esak di situ.
Elhan pula hanya tersenyum sinis. Puas dia body shaming kan Myrose.
Bila dah besar pulak, still sama Myrose di hina. Namun dalam perlian pulak kali ni.
Ada satu hari tu, family day belah mama. Semua ahli keluarga berkumpul dan buat bbq tepi pantai.
So apa lagi ? Makan sakan lah Myrose jawabnya 😂
Semua family sibuk bergambar, berborak. Dia kerja makan aje. Orang penat bbq dia penat habiskan bbq tu. Ish - ish Myrose.
" Wahh makin handsome ehh kamu sekarang Elhan. Dah tu maknjang dengar kamu nak sambung belajar course music ya ?"kata Maknjang Rasidah a.k.a adik mama yang no 4 kot ?
" Hahaha tak ada lah maknjang..Han biasa - biasa aje..haah Han nak ambik course music..."kata Elhan sambil menjeling - jeling ke arah Myrose yang tengah duk kunyah makanan berdekatan dengan diaorang. Saja dia nak Myrose dengar yang dirinya dipuji oleh ibu - ibu saudara.
" Bagus lah tu Han..bukan macam anak makngah kamu yang satu tu...makin lama makin tembam aje. Agak - agak nanti kalau sambung belajar ambik course memasak kot ? "perli Rasidah.
Elhan hanya tersenyum sinis. Hahaha dia memang selalu dibanding - bandingkan dengan Myrose. Sebab tu dia suka join family day macam ni.
Myrose hanya menahan rasa dan teruskan kunyahannya. Ahhh lantak lah maknjang oii...nak cakap apa, cakap lah..janji aku kenyang !
Dah terbiasa sangat dah kena perli macam tu bila ada family day macam ni.
END FLASHBACK.
" Oh..hahaha abang Han ingat apa ? Myrose kalau gemuk dah tak boleh nak kurus lagi ke ? Hello tengok effort orang lah..."kata Myrose akhirnya.
Elhan tersenyum sinis. Dia mengangguk kecil.
" So how ? Myrose masih marahkan abang Han ke pasal semua hinaan abang Han dulu ? "soal Elhan yang dah mula duduk pula di salah satu kerusi yang ada di situ.
Myrose mendengus perlahan.
" Yelah still marah okay..siapa aje yang suka di body shaming kan ?"kata Myrose tidak puas hati lagi.
Elhan Izzani bangun dari duduknya dan tiba -tiba dia mendekati Myrose dengan jarak yang lebih dekat. Myrose sedikit terpinga.
Seketika ubun - ubun Myrose disentuh Elhan. Myrose sedikit tersentak. Matanya juga terkebil - kebil. Fuhh melihat wajah abang Han dari jarak dekat lagi handsome wehhh. Gugur iman aku cenni. Ish kau ni jangan kau lupa pulak kau dah ada tunang !
" Honestly..abang Han minta maaf pasal apa yang abang Han pernah cakapkan dekat Myrose masa kecik or masa kita sekolah menengah dulu...well kita masih budak mentah kan masa tu ? And now bila abang Han dah jadi artist macam sekarang, abang Han dah tak macam dulu...abang Han dah lebih matang..and lebih profesional.."kata Elhan jujur sambil mengusap - ngusap kepala Myrose. Hmmm dah cantik adik sepupu aku ni.
Myrose hanya diam tidak berkutik. Dia juga telah memaafkan Elhan sudah lama sebenarnya.
" And one more thing...i'm so proud of you..sebab Myrose dah berjaya ubah penampilan dan gaya hidup Myrose. You are so beautiful girl now !"kata Elhan teruja seraya memegang kedua - dua belah bahu Myrose.
Myrose tersenyum akhirnya.
" Thanks abang Han..hmm Myrose dah lama maafkan abang Han...sudah lah kita buka buku baru ya ? "kata Myrose.
Elhan mengangguk seraya menghadiahkan senyuman manisnya.
" Oh by the way...abang Han dengar Myrose dah bertunang ? Betul ke ?"soal Elhan sambil diangkat - angkat keningnya.
Myrose mengangguk laju.
" Sorry abang Han tak dapat datang majlis pertunangan Myrose hari tu..sebab masa tu abang Han ada show dekat oversea.."kata Elhan.
" Its okay...tapi nanti majlis kahwin jangan tak datang pulak ya !"kata Myrose mula mesra dengan Elhan. Kalau tak dulu asyik bermusuhan aje.
" In shaa Allah dear..."
Tok ! Tok !
Pintu bilik muzik diketuk. Myrose dan Elhan masing - masing memandang ke arah pintu tersebut.
" El ? Are you there ? "soal Waniey Carissa di luar.
" Oh..i need to go now..see you again sweety.."kata Elhan seraya mencuit pipi Myrose lalu melangkah mendekati pintu.
Myrose terkedu. Huishhhh berani - beraninya dia main pipi aku !
" See you 4 Mei ni yaaa.."kata Elhan seraya menghilang keluar dari bilik muzik itu.
Myrose masih cuba memahami apa maksud kata - kata Elhan yang menyebut - nyebut tentang tarikh 4 Mei. Eh kejap ! Jangan cakap dia datang semula ke COSAA ni , untuk....jadi juri audition aku nanti ?!
**
Myrose berlari - lari anak jadinya. Dia dah terlambat, aduh boleh pulak dia bangun lambat ? Hari ni dah audition kot !
Tu pun banyak kali dah Haqeem call Myrose. Dia tanya Myrose dekat mana ? Sebab Haqeem dah terlebih dahulu sampai di auditorium. Hahaha dia yang excited lebih.
Seketika Myrose sampai jugak dekat auditorium. Namun kelihatannya, pelajar - pelajar yang lain telah selesai. Myrose memang betul - betul dah terlambat.
" Puan Linda...saya masih boleh audition tak ? "soal Myrose.
" Hmm kamu dah terlambat Myrose..audition dah tamat.."kata Linda.
Myrose kecewa.
" Tapi Puan..tolong lah saya...saya nak sangat audition ni.."
" Ye Puan...please tolong lah Myrose..."kata Haqeem pula merayu.
Tetiba kedengaran speaker utama berbunyi.
" Next..Myrose Aeera ? "
Myrose tersentak mendengarkan namanya di panggil. Dia kenal siapa yang panggil tu. Abang Han.
" Sekejap ya Myrose.."kata Puan Linda seraya mendekati Elhan Izzani dan Waniey Carissa.
Mereka berbincang untuk seketika. Beberapa minit lepas itu , mereka membuat keputusan yang Myrose masih boleh audition lagi. Heee ni semua berkat pertolongan abang Han. Ada kebaikan juga abang Han jadi juri untuk audition ni ya 😂😂😂
Dalam auditorium tu hanya tinggal juri, Puan Linda dan juga Haqeem yang setia menemaninya.
Seketika Myrose melangkah naik ke atas pentas. Jantungnya berdegup kencang saat ini. Dia betul - betul nervous sebenarnya. Lebih - lebih lagi menyanyi dekat depan abang Han.
Abang Han kelihatannya mengangguk kecil lalu tersenyum cuba memberikan semangat kepada Myrose.
Haqeem pulak menunjukkan isyarat " FIGHTING ! "
Myrose mengambil nafasnya terlebih dahulu sebelum menyanyikan lagu pilihan Haqeem untuk dirinya.
Ku Mau Dia - Andmesh Kamaleng.
Kuharap semua ini bukan sekedar harapan,
Dan juga harapan ini bukan sekedar khayalan,
Biarkan 'ku menjaganya sampai berkerut
Dan putih rambutnya jadi saksi cintaku padanya
Tak main-main hatiku
Apapun rintangannya kuingin bersama dia,
Kumau dia, tak mau yang lain
Hanya dia yang s'lalu ada kala susah dan senangku,
Kumau dia, walau banyak perbedaan
Kuingin dia bahagia hanyalah denganku
Biarkan ku menjaganya sampai berkerut
Dan putih rambutnya jadi saksi cintaku padanya,
Tak main-main hatiku
Apa pun rintangannya kuingin bersama dia,
Kumau dia, tak mau yang lain
Hanya dia yang s'lalu ada kala susah dan senangku,
Kumau dia, walau banyak perbedaan
Kuingin dia bahagia hanyalah denganku..
( Nak feeling2 dengar suara Myrose macam mana boleh dengar dekat ats sekali ya 😂 sis dah letak yg yt punya 💕😘)
Begitu la beberapa bait lagu yang dinyanyikan Myrose pada hari itu. Suara merdu Myrose telah memukau semua orang yang ada di situ. Lagipun setiap lirik dalam nyanyiannya itu ditujukan khas buat Haqeem.
Tengku Haqeem yang selalu ada disampingnya. Dari dia gemuk sampai lah dia dah kurus cantik sekarang. Terima kasih Haqeem kerana hadir dalam hidup Myrose...
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro