Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 18

Haqeem meneguk air yang dipesannya tadi sementara menunggu Myrose. Hilang juga haus dia. Hmm mana lah Myrose ni ? Lama sungguh pergi toilet pun.

Dalam beberapa minit tetiba Haqeem dipeluk di leher dari belakang. Haqeem agak terkejut. Biar betul Myrose buat dekat  depan public macam ni.

" Ehh Myrose...apa awak..."

" Apa pulak Myrose ? Ni I lah Feesya.."bisik Feesya di belakang telinga Haqeem.

Dengar aje suara tu berbicara terus Haqeem meleraikan kasar pelukan tersebut. Dia terus bangun dari tempat duduknya.

" Apa kau ni ? Dah gila ke peluk aku depan public macam ni ?"marah Haqeem.

Feesya mencebik.

" Ala biar lah I nak peluk boyfriend I pun.."

" Heyyy..bila masa aku ni boyfriend kau ? Kau ni memang dari zaman sekolah menengah tak boleh nak terima kenyataan ea ? Aku tak pernah suka kan kau pun.."hambur Haqeem. Dia tak kesah pun depan public ke hape. Biar orang dengar , baru tahu malu sikit Feesya ni.

Feesya mula tidak selesa setelah ditengking sebegitu oleh Haqeem. Tambah - tambah ada mata - mata mula memandang jijik ke arahnya kini.

Seketika Feesya mendegus geram lalu cepat - cepat beredar dari situ. Haqeem hanya melihat Feesya berlalu dengan pandangan menyampah. Dia mengambil tempatnya semula.

Haqeem meraup kasar wajahnya. Moodnya down saat ini dengan tingkah laku Feesya tadi. Gedik namateyy minah tu. Elok sangat lah dia geng dengan si Danny tu.

Beberapa minit selepas itu, muncul lah Myrose dengan tak tahu apa - apa yang berlaku sebentar tadi.

" Haii bibiy..sorry lambat..."kata Myrose seraya mengambil tempat di hadapan Haqeem.

Wajah Haqeem hanya kosong. Sikit pun tidak menyahut sapaan Myrose itu. Myrose hanya tersenyum - senyum sendiri di hadapan Haqeem.

Haqeem tak ada mood dan tak rasa nak balas balik pun senyuman tu.

Myrose sedar akan perubahan wajah Haqeem itu , maka senyumannya juga kian pudar.

" Kenapa ni awak ? Ada masalah ke ? "soal Myrose seraya menyembunyikan semula kertas tajuk lagu yang ingin ditunjukkan kepada Haqeem tadi. Ini bukan waktu yang tepat.

" Hmm nothing.."jawab Haqeem pendek.

Jawapan Haqeem itu tidak memuaskan hati Myrose.

" Awak marah ehh saya lambat ?"tanya Myrose.

" Bukan lah..its okay..sudah lah..saya tak ada mood ni.."kata Haqeem mendatar seraya bangun dari duduknya dan melangkah pergi macam tu aje.

Myrose agak tersentak. Wehhh dia boleh blah macam tu aje ? Apa ni ? Apa salah aku ? Kenapa dia bad mood ? Kalau bukan pasal
lambat , habis pasal apa ? Kenapa kena lepaskan bad mood dia tu dekat aku ? Baru aje semalam minta maaf, hari ni dah buat hal balik ? Mata Myrose berkaca jadinya.

Zappp !

Bahu Myrose ditarik perlahan dari belakang. Myrose mendongak melihat si gerangan.

" Sorry...jom.."kata Haqeem yang berpatah balik. Seketika Haqeem menarik pergelangan tangan Myrose yang berlapik baju untuk mengikuti langkahnya.

**
Myrose ditarik entah ke mana dengan Haqeem. Dia sendiri pun tak tahu Haqeem nak bawa dia ke mana. Dia hanya setia membuntuti setiap langkah Haqeem. Dia yakin Haqeem takkan bawa dia ke tempat yang bukan - bukan.

Mereka berdua menaiki anak tangga di suatu blok fakulti yang Myrose sendiri pun tak pasti. Rasa - rasanya sepanjang Myrose belajar di COSAA ni, dia tak pernah lagi jejak kaki dekat kawasan ni.

" Kita nak pergi mana ni ?"soal Myrose.

Haqeem memilih untuk tidak menjawab. Dia masih meneruskan langkah dan pegangan tangan Myrose yang berlapik itu juga dipegang kemas.

Beberapa minit lepas tu , mereka tiba di hadapan satu bilik. Pintu bilik itu kelihatan agak berhabuk. Macam dah lama tak digunakan. Terlihat ada papan tanda yang tertulis " DILARANG MASUK ! UNDER REPAIR. "

Haqeem memulas tombol pintu itu. Papan tanda tersebut tidak diendahkan. Biar betul Haqeem ni ? Main ceroboh macam tu aje ?

" Awak buat apa ni Haqeem ? "ujar Myrose.

Tangan Myrose masih ditarik sehingga mereka sama - sama masuk ke dalam.

Masuk aje dalam bilik tu, Myrose terlopong hebat ! Jatuh rahangnya. Cepat - cepat dia keluar dari bilik tersebut untuk melihat semula keadaan pintu hadapan yang kelihatan usang dan berhabuk tu. Setelah itu dia masuk semula ke dalam bilik tersebut.

( Gambaran semata - mata )

Haqeem dah selamat melabuhkan punggungnya pada kerusi yang terletak di hadapan sebuah keyboard.

Kenapa Haqeem masih berlagak biasa tapi Myrose dah macam rusa masuk kampung ?

Yelah, Myrose tak expect langsung yang suasana dalam bilik ni lawa namateyy bila tengok keadaan pintu masuk tadi tu. Tempat apa ni ? Kenapa bilik sebagus ni tak dijadikan kelas muzik ?

" Tempat apa ni awak ? Awak tahu mana ada tempat ni ?"soal Myrose terus memandang ke arah Haqeem.

" Ni kelas muzik yang lama..."jelas Haqeem.

"Oh..habistu kenapa dekat depan tu nampak usang sangat ? Tapi dalam lawa namateyy.."kata Myrose sambil menyentuh gitar - gitar yang terhias di situ.

Haqeem bangun dari tempat duduknya.Dia mula bergerak ke arah tingkap. Dia melihat pemandangan dari bilik itu.

" Hmm sengaja...supaya tak ada sesiapa pun masuk dalam bilik ni..."kata Haqeem mendatar.

Myrose pula mengambil tempat di hadapan keyboard.

" Habis awak masuk sini boleh pulak ? Tak dikira menceroboh ke ?"soal Myrose.

Haqeem terdiam seketika.

" Hmm tak..sebab Puan Linda yang suruh saya jagakan bilik muzik ni..dan dia bagi saya guna bilik ni bila - bila masa yang saya nak..."ujar Haqeem.

Myrose mengangguk kecil. Oh betul lah , Puan Linda kan rapat juga dengan Haqeem.

" Ermm..Qeem...awak bad mood kenapa tadi ?"tanya Myrose takut-takut. Ya dia masih nak tahu sebab apa Haqeem boleh tetiba aje bad mood ?

Haqeem menoleh memandang Myrose..

" Sorry sayang..sebab saya lepaskan bad mood saya tadi dekat awak...hmm saya bad mood sebab...Feesya..."kata Haqeem akhirnya.

Dengarkan saja nama Feesya, Myrose pula yang menoleh memandang Haqeem.

" Awak masih kenal Feesya ? Ketua geng black pink ?"soal Haqeem.

Myrose jadi berdebar bila nama Feesya disebut. Feesya. Ketua geng  black
pink. Salah satu orang yang turut bersubahat membuli dirinya suatu ketika dahulu.

" Awak tahu kan dari dulu..dari zaman sekolah menengah lagi dia suka kan saya.."kata Haqeem bernada tenang.

Ya. Aku memang tahu dari dulu lagi Feesya memang terhegeh - hegeh nakkan Haqeem.

" Hmmm tadi waktu dekat kafe..masa saya tunggu awak..dia..."kata Haqeem mula bercerita dari A-Z.

Jelas sekali Myrose agak terkejut. Wuishh boleh hangin satu badan aku macam ni ! Tak guna punya Feesya. Dia peluk leher bakal suami aku ? Aku sendiri yang tunang dia ni pun tak pernah buat macam tu. Suka - suka hati dia aje nak peluk - peluk depan public ?

" Sorry..ehh sebab saya lepaskan marah saya dekat awak tadi..saya tak sengaja.."kata Haqeem.

Myrose menggeleng lalu mempamerkan senyuman manisnya.

" its okay bibiy.."kata Myrose.

Seketika Haqeem melangkah mendekati Myrose. Dia tetiba ternampak ada satu kertas yang hampir terkeluar dari tote beg yang digalas Myrose.

" Kertas apa ni ?"soal Haqeem sambil membelek kertas tersebut.

Kelihatannya tertera beberapa tajuk lagu.

" Oh tu tajuk lagu untuk saya audition nanti..saya nak tanya pendapat awak..tadi tapi tu lah awak kan bad mood..its okay lah...lain kali aje lah kita borak pasal tajuk tu.."jelas Myrose.

" Oh yaka ? Alaa sorry sayang...tak apa kita discuss sekarang ya...hmm mana eh lagu yang sesuai untuk suara awak ehh.."kata Haqeem seraya meneliti setiap tajuk lagu.

Haqeem menarik satu kerusi lalu diletakkan di sebelah Myrose untuk berbincang tentang lagu - lagu tersebut.

" Ermm by the way lepas ni, kalau awak nak guna bilik ni anytime..guna aje lah ya."kata Haqeem.

Myrose tersenyum lebar lalu mengangguk laju.

**

2 hari sebelum audition. COSAA digemparkan dengan kehadiran 2 bekas pelajar dari course music and singing yang telah berjaya mendapat tempat dan nama di luar sana sebagai penyanyi popular.

Mereka adalah senior - senior yang telah berjaya dan mengharumkan nama COSAA ini.

Siapa aje diaorang ni ?

Kelihatannya 2 buah kereta Mercedes Benz
hitam masuk ke perkarangan COSAA. Semua pelajar mula mencuci mata melihat kereta tersebut bergerak di dalam Kolej diaorang.

Dah tu ada beberapa body guard juga mengawasi mereka.

Seketika kelihatan setiap kereta keluar seorang perempuan dan seorang lelaki. Keluar aje diaorang berdua, maka histeria lah siswa dan siswi ! Berteriak diaorang sebut nama mereka berdua. Well siapa aje tak kenal artis penyanyi senior COSAA yang dah berjaya mencipta nama di persada dunia.

" Elhan Izzani ! "

" Waniey Carissa ! "

Semua pelajar pakat serbu dua orang artist tersebut. Berkejar - kejaran diaorang. Nasib baik ada body guard yang boleh handle siswa dan siswi tersebut.

Myrose aje yang terpinga - pinga tengok orang duk lari - lari. Ada apa sebenarnya ni ? Myrose terjenguk - jenguk juga nak tengok siapa yang ada disebalik siswa dan siswi yang ramai - ramai tu. Namun tak nampak. Hahahaha nampak sangat dia pendek 😅

Hmm alaa malas lah nak ambil tahu. Tak penting pun. Myrose meneruskan langkahnya menuju ke bilik muzik rahsia. Dia nak berlatih untuk audition lagi 2 hari. Fuhhh nervous !

Hampir 1 jam Myrose berlatih sendiri di bilik muzik tersebut. Namun tiba - tiba kedengaran ada seseorang menceroboh masuk ke dalam bilik muzik tersebut. Myrose agak terkejut. Lelaki berhoodie yang tutup hampir separuh kepalanya merempuh masuk ke dalam bilik muzik dan mengunci pintu dari dalam.

Macam mana dia ni boleh tahu bilik muzik ni pulak ?

" Awak siapa ?"soal Myrose cemas.

Seketika lelaki berhoodie itu melangkah menapak ke arah Myrose. Myrose pulak mengundur ke belakang beberapa langkah. Dia ni dah kenapa ? Dah lah Haqeem tak datang kolej hari ni, dia ada urusan dengan mommynya. Siapa nak tolong aku kalau orang ni nak buat macam - macam dengan aku ?

Hmmm ni lah waktunya aku kena keluarkan skill taekwondo aku !

Myrose mula memasang langkahnya. Penumbuk di ajukan ke hadapan. Langkah lelaki tersebut terhenti jadinya. Dalam diam lelaki itu tersenyum sinis. Bunyi ketawa kecil dari lelaki itu.

" Wahh..long time no see ya Myrose Aeera ? " kata lelaki itu seraya menunjukkan keseluruhan wajahnya. Dia tersenyum senget kepada Myrose.

Myrose tersentak ! What ? Elhan Izzani ?

To Be Continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro