Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 14

Driver Danny a.k.a abang Mat yang baru kenalkan diri tadi memapah Danny dengan dibantu oleh Myrose. Tubuh Danny akhirnya terkulai di atas sofa rumahnya.

Myrose hanya menjadi pemerhati di situ seketika. Sumpah memang Myrose terkejut sangat bila Danny kena belasah teruk macam ni. Hello ? Danny kot. Ketua buli paling berkuasa dekat COSAA. Siapa aje yang tak takut dengan dia ? Tapi...macam mana dia boleh kena belasah teruk macam ni ?

" Cik tunggu sini kejap dengan tuan Danny ya..abang mat nak parking kereta kejap.."kata abang Mat meminta diri.

Myrose hanya mengangguk. Seketika Myrose memerhati sekeliling rumah mewah Danny itu. Hmm sunyi sepi. Mana parents Danny ? Takkan tak ada dekat rumah ? Eh ? Myrose datang rumah Danny ?

Haah sebab dia tolong abang mat tadi untuk bawakan Danny pulang ke rumah. Abang Mat pulak suruh Myrose teman dia bawa balik Danny. Nak menolak kesian pulak dia tengok abang Mat papah sorang - sorang si Danny ni. Abang Mat tu mana lah besar mana. Kecil - kecil cili api aje orangnya. Kalau dia angkat Danny seorang memang dengan dia sekali terkulai hahahaha.

" Ya ampunnnn tuan Danny ! "teriak seorang pembantu rumah indonesia yang tetiba muncul di situ.

Terkejut aku haih. Siapa pulak ni ? Bibik rumah dia ke ?

" Kenapa ini ? Apa yang sudah terjadi sama Tuan Danny ?"soal perempuan itu.

" Errr...errr Danny...."kata Myrose gugup tak tahu nak jawab macam mana.

" Hmm...diam lah bibik...tak payah sibuk ! "kata Danny kasar tetiba bersuara serak.

Danny dah separuh sedar nampaknya.

" Kenapa ni tuan ? Tuan buat apa lagi ? Nanti kalau saya ditanya sama papa mama tuan gi mana? " banyak mulut pulak bibik rumah Danny ni.

" Tak payah cakap apa - apa la bik ! Pandai - pandai lah aku cakap nanti.."kata Danny meninggi.

Myrose hanya menggeleng. Dia ni kan memang tak ada rasa hormat langsung dengan orang. Patut la tak pernah nak hormat aku sebab dengan orang yang lebih tua pun dia tak hormat.

Kelihatan bibik tersebut mendengus kecil.

" Dah lah kau pergi masuk sana lah bik...."halau Danny.

Seketika bibik tersebut hanya akur. Dia berlalu pergi. Tinggallah Myrose berdua dengan Danny di situ.

Suasana menjadi krik - krik seketika. Bebola mata Myrose hanya berputar 360 darjah.

Danny kelihatannya memejamkan matanya semula. Kelelahan mungkin.

" Buat apa aku tercegat dekat sini ? Lebih baik aku balik sekarang.."desis hati Myrose. Dia mula ingin melangkah pergi.

Namun baru langkah pertama dibuka. Perut Myrose terasa ngilu. Myrose memegang perutnya kejap.

" Abang Mat ! Abang Mat ! "teriak Danny lantang.

Tersentak Myrose dibuatnya. Sedar rupanya mamat ni.

Beberapa saat selepas itu, abang Mat datang dengan gopah gapahnya.

" Ye tuan Danny..."sahut abang Mat.

Danny mengubah posisi. Dia memandang Myrose dan abang Mat silih berganti.

" Panggil doktor Tiara...suruh dia tengokkan perut dia tu.."kata Danny mengarahkan abang Mat memanggil salah satu doktor peribadi keluarga Danny.

" Ehh tak payah lah..Aku okay lah " nafi Myrose serta merta. Tak mahu dia terhutang budi dengan Danny pulak nanti.

Danny mendegus kecil. Dia memandang sinis ke arah Myrose.

" Jangan jual mahal sangat...Abang Mat panggil doktor Tiara cepat..Doktor Tiara dah rawat nanti..baru abang Mat hantar kan dia ni balik...Kalau dia tolak...jangan bagi dia balik...kurung dia dekat rumah ni..."gertak Danny seraya bangun.

Myrose agak terlopong. What ? Mamat ni dah biul ke cane ? Apa masalah dia kalau aku tak nak dirawat pun ? Ishhh ! Dia sapa nak paksa - paksa aku ? Menyesal gila aku tolong dia tadi 😣😣😣

Seketika Danny mula berlalu pergi. Dia mula melangkah naik ke atas.

" Saya nak balik lah abang Mat..."mengadu Myrose kepada abang Mat.

" Tak apa lah Cik...Cik rawat dulu dengan doktor Tiara okay ? Pastu abang Mat hantar lah balik..."kata abang Mat.

" Sepatutnya kan abang Mat..bukan saya yang kena rawat..tapi tu hah si Danny yang kena rawat...luka dan lebam dia yang teruk...bukan saya.."kata Myrose.

Abang Mat hanya menggeleng.

" Hmmm ntah lah Cik...Tuan Danny memang macam tu...kalau dia memang suka rawat sendiri aje...Orang lain dia suruh doktor rawat betul - betul...kejap ya abang Mat nak call doktor Tiara..."kata abang Mat.

Myrose mendengus kecil. Akhirnya dia mengalah. Kalau tak difikirkan nak balik aje, dah lama dia blah. Takut juga kalau kena kurung dekat sini. Dah la mama dan papa Danny tak nampak - nampak pun dari tadi.

**
Wajah lebam dibelek - belek di hadapan cermin. Kekadang dia mendengus geram. Tak guna betul orang tu pukul aku untuk  balas dendam. Penumbuknya digenggam erat.

FLASHBACK.

Pada waktu tu Danny jalan sorang - sorang di Berjaya times square. Hmm bosan duduk rumah. Mama ngan papa bukannya ada dekat rumah pun. Sibuk outstation sampai tak ada masa langsung dengan dirinya.

Beberapa minit, Danny berjalan - jalan sendiri. Hmm kawan - kawan dia semua keluar dengan family masing - masing so dia tak ada geng lah hari ni.

Tengok orang ada quality time dengan family. Dia ? Hah alone memanjang. Dah macam hidup sebatang kara aje. Nevermind. Dah terbiasa sejak kecil lagi.

Tetiba ada 3 orang lelaki menghalang jalan Danny.

" Kau Danny kan ? "kata lelaki berbaju biru.

Danny memandang kosong mereka bertiga yang berdiri di hadapannya itu.

" Kau kenal budak yang nama Mirul ? Junior COSAA ? Yang kau pukul dia hari tu ? Sampai dia keluar dari COSAA ? "kata pulak lelaki berbaju hitam.

Danny mengetap bibirnya. Mirul ? Junior COSAA ? Hmm budak yang tumpahkan air dekat baju aku tempoh hari tu ke ?

" Kenapa kau diam ? "soal lelaki berbaju kuning pulak.

Danny tersenyum sinis.

" Ye aku yang pukul dia. Asal ? Korang siapa ? "balas Danny berlagak.

Ketiga - tiga lelaki tersebut memandang antara satu sama lain. Selepas itu, lelaki berbaju hitam memberi isyarat mata. Maka kedua - dua lelaki yang lain terus membuka langkah lalu memaut kedua - dua belah bahu Danny. Danny terus dibelasah oleh lelaki berbaju hitam.

" Ni balasan untuk kau ! Kau dah buat adik aku trauma ! Kau tahu tak ?!" jerkah lelaki berbaju hitam itu sambil penumbuknya tak henti henti melayang ke arah tubuh dan wajah Danny.

Hari ni Danny tidak bernasib baik. Dia tak kan kuat tanpa Amrie dan Hairul. Dia sorang - sorang hari ni. Disebabkan itu dia tidak mampu melawan kembali. Dia kalah. Dia tumpas. Sehinggalah Myrose tetiba muncul di situ.

" Tolong ! " teriak Danny serta merta. Dia nampak akan bayang - bayang seseorang yang melewati laluan di kawasan itu.

Seketika bermula lah aksi Myrose berlawan apa semua. Sampai lah dia tak bernasib baik pulak berlawan dengan lelaki baju hitam tu. Selepas itu, Danny mula mengumpul semula tenaga untuk selamatkan Myrose pulak. Dia juga tak sangka orang yang tolong dirinya kali ni adalah Myrose.

" Kau okay ? " soal Danny.

Jelas sekali riak terkejut yang dipamerkan oleh Myrose.

Lelaki berbaju hitam tadi mula bangun semula. Dia ingin memukul semula Myrose. Namun cepat saja Danny menahan dan melindungi tubuh Myrose. So dia lah yang dipukul teruk lepas tu.

Alhamdulillah, dengan tiba - tiba datang beberapa security guard mula menolong. Lari bertempiaran ketiga - tiga lelaki jahat tadi.

Danny dah terkulai lembik masa tu.

" Danny ! Kau okay tak ni ?"ujar Myrose agak cemas.

"Ab..abaa..ng..Mat...Call..abang..Mat.."tercungap - cungap kata Danny.

END FLASHBACK.

Danny menyentuh bibirnya kelihatan sedikit pecah.

" Kenapa dia baik sangat tolong aku ? Even aku dah buat macam - macam dekat dia ? "gumam Danny sambil teringatkan setiap apa yang Myrose dah buat untuk dirinya hari ni. Dia agak tersentuh dan mula wujud satu perasaan ANEH dalam hatinya.

**

Majlis pertunangan akhirnya telah tiba. Myrose redho. Maybe jodoh yang mama pilih ni adalah yang paling terbaik. Haqeem bukan untuk dirinya. Hubungannya dengan Haqeem pun masih belum pulih sekarang ni.

" Myrose.."panggil Puan Sri Faridah.

" Ye mama..."sahut Myrose dengan senyuman hambar.

" Cantik anak mama..hri ni..selamat bertunang ya...hmm kalau arwah papa ada..mesti dia seronok tengok satu - satunya putri dia ni bertunang.."

Myrose sebak. Namun dia masih menahan air matanya daripada gugur.

Seketika Myrose dibawa oleh Puan Sri Faridah untuk turun ke bawah. Di bawah mereka ada sedikit menyediakan pelamin kecil untuk majlis pertunangan Myrose.

Beberapa ahli keluarga juga berkumpul di bawah. Pihak belah lelaki juga turut hadir..

Semua mata tertumpu ke arah Myrose sehingga dia duduk di atas pelamin kecil tersebut. Semua terpegun dengan kecantikan Myrose.

Sesi sarung cincin bermula.Kawan mama a.k.a aunty Salmi mula mendekati Myrose. Myrose memandang wajah Salmi. Agak familiar. Macam pernah aku tengok aje muka aunty Salmi ni lah tapi bila ?

Seketika cincin kemas tersarung di jari manis Myrose. Datin Salmi mencium kedua - dua belah pipi Myrose. Dia begitu bahagia kerana akhirnya Myrose selamat ditunangkan dengan anak lelakinya.

" Terima kasih Myrose..sebab Myrose tak tolak pinangan aunty kali ni..."kata Salmi.

Dahi Myrose agak berkerut. Kenapa macam pelik aje apa yang aunty Salmi cakap ni ?

Oh lupa pulak. Aku tak pernah tanya pun siapa nama tunang aku ni. Tadi waktu berbincang pasal pertunangan aku pun aku tak turun dan duduk dalam bilik aje.

" Ermmm sorry aunty...tunang Myrose nama apa ehh ? Myrose lupa nak tanya mama sebelum ni.."jelas Myrose jujur.

Datin Salmi tersengeh kecil..

" Lahh iye ke ? Ermm Myrose kenal lah dengan tunang Myrose..tunang Myrose....."

" Assalamualaikum...."

Semua mata mula terarah ke pintu masuk utama rumah Myrose.

" Hah tu...tunang Myrose dah sampai..."kata Salmi.

Myrose tersentak hebat. Apa ? Dia tunang aku ? Tapi kenapa ?

Sesi fotografi telah berlangsung. Berbagai - bagai gaya yang Myrose perlu buat atas arahan juru kamera. Myrose hanya akur. Si tunang hanya berlagak biasa dan menunjukkan wajah bahagia dengan senyuman lebarnya. Macam tak ada apa - apa yang berlaku.

Setelah selesai bergambar, si tunang Myrose mula keluar dari rumah untuk mengambil angin di luar.

Myrose mula mengekori si tunang.

" Apa semua ni Haqeem ? "soal Myrose langsung.

Ya tunang Myrose adalah Tengku Haqeem.

Haqeem menoleh ke arah Myrose. Mereka berhadapan sekarang.

" Apa benda kau ni ? "soal Haqeem mendatar.

Myrose menghembus nafas kasar.

" Kenapa awak tak bagitahu yang kita nak bertunang ? "

Haqeem terdiam seketika sebelum dia tersenyum sinis.

" Kau tak payah nak pura- pura tak tahu lah Myrose. Kau sebenarnya happy kan ? Sebab kau bertunang dengan aku ? Kau ingat ehh sini Myrose..jangan kau fikir aku terima cadangan mommy aku untuk pinang kau..masalah kita dah settle eh ? Aku masih tak dapat maafkan penipuan kau ! Jangan harap bila kita dah bertunang ni aku nak anggap kau sebagai tunang...kau tetap penipu dan orang asing bagi aku..."kata Haqeem pedas seraya berlalu dan sempat juga melanggar bahu Myrose even Myrose sedikit rendah dari dirinya. Myrose terundur ke belakang sedikit jadinya.

Myrose terkelu. Dia mengenggam erat penumbuknya. Geram sebab dia dituduh sampai macam tu sekali.

Awak salah Haqeem. Saya sendiri pun tak tahu yang saya akan ditunangkan dengan awak. Ya jujur ada juga terselit perasaan gembira bila awak dan saya dah sah jadi tunang. Namun....saya tetap terkilan bila awak cakap saya penipu. Bila awak sikit pun tak nak dengar penjelasan saya. Saya sayangkan awak Tengku Haqeem.

Setitis demi setitis air mata mula mengalir di pipi mulus Myrose.

To Be Continued...

#Heyy guys ! Nah chapter baru untuk u guys. Tq for waiting ya 🥰 Ok disbbkan sis pun dpt cuti untuk Covid19 , so in shaa allah sis akn cuba manfaatkan cuti yg ada ni untuk update setiap chapter ya 👏 dan peringatan untuk korang semua, pls stay at your home ! Jangan keluar. Kita tlg sama2 smua settle kan dan selesaikan masalah Covid19 ni ya 💪last keep vote and comment pls 💜



























Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro