Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 13

Bosannya hujung minggu macam ni tak tahu nak buat apa enn ? Demam pun dah baik. Keluar ahhh. Terperap dekat rumah asyik ingat benda - benda sedih aje apehal.

Seketika Myrose bersiap simple. Dia nak jalan - jalan lah. Lagipun mama juga dah keluar ada hal apa ntah tadi.

Kali ni Myrose keluar dia tak guna driver dia sendiri.Dia nak naik grab ! Lama tak naik grab sejak balik Malaysia ni. Dulu masa dekat luar negara selalu juga dia gunakan grab bila nak ke mana saja.

First macam biasa tempat yang selalu orang akan tuju mall lewwwww. Tempat fav budak - budak muda gitewwww...

Berjaya Times Square menjadi pilihan Myrose. Hmm haus pulak. Kita pergi cari tealive ea ? Ehek.

Tealive black diamond menjadi pilihan. Setelah mendapat air tealive yang dipesan tadi, Myrose mencari tempat duduk dulu. Dia nak menikmati tealive nya ini.

Sambil menikmati, mata memerhati sekeliling. Hmm ramai juga orang dekat Berjaya Times Square enn ? Couple pun ramai. Aku aje yang alone sorang - sorang dekat sini.

Kau nak sedih - sedih apehal ? Minggu depan kau dah nak bertunang lah wehh dengan anak kawan mama kau. Lupe ke ?

Myrose menepuk dahinya sendiri.

" Weh asal aku lupa yang minggu depan aku nak bertunang hah? "mengeluh Myrose perlahan.

Seketika Myrose terus bangun bersama tealive yang masih bersisa.Dia nak cari baju. Baju untuk majlis tak ada lagi. Hmm nasib baik ada dekat IOI mall ni.

Hmm ya sekarang Myrose dah give up so dia terima aje anak kawan mama tu. Nak tunggu Haqeem lagi ? Dia pun dah benci aku lah wehh.

Myrose masuk ke dalam beberapa butik. Mencari baju kurung yang simple and sesuai untuk dipakai waktu majlis tunang nanti.

Cari punya cari. Akhirnya jumpa juga baju kurung yang simple aje tapi nice juga lah. Mesti nampak ayu aje aku pakai nanti. Agak - agak bakal tunang aku terpegun tak ? Ehek.

**
Myrose mula naik ke tingkat 5&7 . Saja nak cuci mata. Orang cakap sini best. Ada taman tema besar. Myrose tak nak main pun just nak tengok - tengok aje. Tak nak lah main game - game macam ni. Dia bukan boleh sangat nanti muntah kang siapa yang nak tolong mop ? HAHAHA.

Myrose memerhati orang - orang yang sedang bermain roller coaster Supersonic Odyssey dekat situ. Gempak siot ! Berputar - putar. Dah tu terjerit - jerit. Aku kat sini yang tengok nak termuntah wehh hahaha. Kalau naik tu muntah bersepah atas tu jangan tanya siapa dia hahaaha 🤣🤣🤣🤣 pengotor lah kau ni Myrose.

Myrose dapat keseronokkan sendiri tengok orang - orang yang main game dekat situ. Tengok orang lain happy pun dia dah boleh tersenyum sendiri even dirinya tak rasa semua tu.

" Nanti aku nak ajak tunang aku main dekat sini lah...Mesti best kan ?"getus hati Myrose.

Beberapa minit kemudian, Myrose rasa nak ke toilet pulak. Maka dia mula mencari toilet di tingkat tersebut. Seketika dia menjumpainya dan mula masuk ke dalam toilet.

Seketika setelah selesai dia di toilet, Myrose mula bergerak keluar dan ingin pulang ke rumahnya. Dia mula berjalan untuk ke lift. .

Namun di sebuah bahagian yang agak sunyi dan beberapa stall di situ juga ditutup , Myrose terdengar akan sesuatu suara - suara bising. Myrose mula rasa tertarik untuk mencari dari mana datangnya suara - suara itu.

Cari punya cari, rupa - rupanya dekat pintu Exit laluan tangga. Betul - betul dekat depan pintu tu. Kebetulan pintu tu pun orang jarang lalu dan guna. Yelah semua guna lift kan ?

Dari jauh Myrose tengok ada 3 orang lelaki sedang memukul seorang lelaki. Kira 3 by 1 lah ni.

Myrose menyelit rambut panjangnya di belakang telinga. Dia menggigit kuku sendiri. Hmm aku nak buat apa ni ? Nak tolong ke ? Ehhh tapi tak payah lah masuk campur urusan orang lain. Myrose memerhati sekeliling. Tiada seorang pun makhluk Allah yang lain lalu dekat situ kecuali dirinya.

Hmm ahhh tak payah masuk campur hal orang lah. Kau tu baru aje jadi budak taekwondo bukannya handal sangat. Setakat Danny boleh lah kau lipat tangan dia. Ni sampai 3 orang kot takkan kau nak lawan jugak.

Myrose mula berkira - kira hendak melangkah pergi. Namun baru saja dia berpusing dari situ langkahnya terhenti.

" Tolong ! "teriak kuat orang yang kena belasah tu.

Myrose mengetap bibirnya. Ahhh aku tak sampai hati lah nak tinggalkan dia macam tu. Akhirnya Myrose mengeluarkan getah rambutnya lalu diikat rambutnya kejap. Selepas itu dia meletakkan beg baju kurungnya di tepi.

" Duduk sini ya baju...nanti rosak kau...tunggu aku okay ! "kata Myrose sempat lagi berborak dengan bajunya. Haiyaaa. 🤣🤣🤣

Myrose mula melangkah yakin menuju ke tempat pergaduhan tersebut.

" Hoiii korang buat apa hah ?! "kata Myrose berlagak tenang.

Lelaki bertiga tersebut berhenti dari belasah lelaki yang dah terduduk lemah itu. Pandangan mereka beralih kepada Myrose.

Glurp ! Myrose tertelan liur sendiri. Perit dhoo. Asal seram sangat pandangan diaorang.

" Hoii perempuan ! Kau tak payah masuk campur hal kitaorang lah. Kau blah ! "teriak lelaki yang berbaju hitam.

" Errr..errr....biar lah aku nak masuk campur pun ! Ni tempat public kot ? Korang nak gaduh sini apehal ?! "balas Myrose acah - acah berani. Act lutut dah longgar hahahaha.

Kelihatannya lelaki berbaju hitam tersebut dah mula hilang sabar dengan mulut banyak Myrose. Dia mula memberi isyarat mata kepada dua orang rakannya lagi untuk menguruskan Myrose.

Maka dua orang lelaki yang berbaju kuning dan biru mula melangkah mendekati Myrose. Terkebil - kebil mata Myrose jadinya. 2 by I nampaknya ni. Ermmm apa ea step coach ajar kalau 2 by I ? Alahhh kau ni Myrose time - time genting macam ni lah baru nak ingat step yang coach ajar pulak 😂

Lelaki si baju kuning mula ingin menyerang. Myrose gelabah tak tahu nak start macam mana, maka dia langsung mengangkat kakinya lalu menendang kuat di bahagian tengah lelaki itu.

Lelaki itu tercidukkkk guys ! Hahahahha Terkelu terus dia lalu terduduk. Tumpas sudah seorang di kaki Myrose 😂😂😂😂

Selepas itu, lelaki si baju biru pulak membuka langkah. Kali ni dia merentap pergelangan tangan Myrose. Myrose dengan drastiknya menggigit tangan lelaki itu. Nasib baik dia pakai baju tangan panjang. Tak lah aku nak kena samak gigi aku nanti 😋😋😋😋 Hahaha sejak bila coach ajar step mengigit ni. Step ni Myrose sendiri yang cipta okay ! Silap hari bulan coach taekwondo yang kena belajar skill gigit dengan Myrose. 🤣🤣🤣

Menjerit kesakitan lelaki itu dibuatnya. Tangan Myrose juga dilepaskan. Jangan dibuat main gigitan Myrose memang menyengat okay ! Kalah tebuan tau 😏...
Tu kejap lagi bengkak la tu. Jangan lupa pergi klinik ya..

Tanpa membuang masa, Myrose terus memberikan tumbukan padu pada perut lelaki itu. Dek kerana terleka pada kesakitan di tangan, lelaki itu juga terjelopok jatuh malah terhantuk pada dinding. Hahahaha kesian !

Kini hanya tinggal satu lagi yang belum tumpas. Hmm nampaknya lelaki berbaju hitam ni agak kuat. Harap - harap aku dapat tumpaskan juga lah.

Lelaki berbaju hitam itu mula maju ke hadapan. Myrose tanpa fikir apa - apa dia terus juga maju ke hadapan sampai menghalakan penumbuknya yang tak seberapa tu. Memang kalah lah dengan lelaki baju hitam tu..

Myrose tak bernasib baik pulak bila dia tersilap langkah , maka terkena lah dia satu tumbukan di perutnya. Terduduk Myrose jadinya. Aduhhh sakit perut aku. Kuat gila lelaki ni.

Lelaki tersebut mula melangkah lagi dan ingin mencengkam leher Myrose. Namun belum sempat pun dia cengkam,lelaki itu dipukul dari belakang kuat.

Tersembam dia akhirnya. Siapa yang pukul lelaki tu ? Myrose mula memandang lelaki
yang memukul tadi. Myrose tersentak. Lelaki tu lah yang kena pukul tadi. Dia bangun semula untuk elakkan lelaki baju hitam tersebut mengapa - apa kan Myrose.

Tapi itu bukan yang membuatkan Myrose tersentak. Myrose tersentak sebab bila dah tengok depan - depan lelaki tu.

" Kau okay ? "soal lelaki itu. Jelas sekali wajahnya habis lebam - lebam akibat di pukul tadi.

" Danny ? Danny yang kena pukul ? Biar betul ? "gumam Myrose.

To Be Continued...















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro