Chapter 1
Dalam hidup ni bukan semata - mata cinta yang dikejar tapi juga mengejar cita - cita.
Namun di mata semua, jika cita - cita yang dikejar itu memerlukan rupa paras yang menawan dan cantik , maka jangan bermimpi di siang hari jika semua tu tak ada pada diri.
Begitu juga lah aku 2 tahun yang lalu. Seorang gadis gemuk yang mempunyai bakat dalam nyanyian namun di sebabkan bentuk badan aku yang menjadi bualan mulut dan pandangan jijik orang ramai membuatkan aku meninggalkan bumi Malaysia.
Tapi setelah 2 tahun aku kembali semula dengan penampilan yang amat baru. Sehinggakan orang susah untuk kenal aku yang dulu.
Kini aku boleh menonjolkan semula bakat nyanyian ku. Semuanya bermula di sini.
Di COSAA ( College Of Sports And Arts )
Myrose Aeera binti Tan Sri Ahmad nama diberi. Berusia 20 tahun. Kini pelajar di COSAA. Pelajar sem 1. Dalam bidang music and singing.
Sepanjang perjalanan masuk ke dalam kawasan kolej, semua pelajar - pelajar perempuan lebih - lebih lagi pelajar lelaki tidak lepas memandang ke arah Myrose. Penampilan dan gaya Myrose memang boleh buat orang terpukau.
Kedengaran beberapa suara berbisik antara satu sama lain.
' Siapa tu ? Pelajar baru ke ? Course apa ?'
' Cantik gila wehhh..penampilan dia pun simple tapi sumpah cantik...'
' Huish ni kalau aku ngorat agak - agak dapat tak ehh ? '
Myrose hanya berlagak biasa. Hmm dia sudah terbiasa dengan first impression manusia - manusia di sekelilingnya ini setelah kemunculan barunya selepas 2 tahun.
FLASHBACK 2 TAHUN YANG LALU.
" Woiii budak gemuk kau ni semak ahhh ! Tepi lah..."kata seorang pelajar yang berpenampilan macam diva hot lalu menolak Myrose ke tepi kasar. Lebih tepat lagi geng black pink.
Myrose terjatuh terduduk jadinya.
" Hish budak gemuk ni sibuk aje lah kacau jalan orang..lain kali kalau dah tahu diri tu gemuk duduk rumah aje lah..."kata lagi seorang pelajar perempuan a.k.a geng black pink jugak.
Myrose hanya mengenggam penumbuknya. Ikutkan hati nak aje dia tumbuk muka pelajar - pelajar yang melayan dirinya seperti sampah masyarakat itu. Hina sangat ke kalau aku ni gemuk pun ?
Seketika pelajar tersebut beredar. Muncul sekumpulan pelajar lelaki yang handsome - handsome belaka yang dikenali sebagai geng R4. Kenapa R4 ? Mungkin sebab diaorang 4 orang kot ?
" Eh ada orang jatuh lah...kesiannya...mehh sini nak tolong.."kedengaran suara lelaki pertama seakan mengejek. Namun dia menghulurkan tangannya untuk membantu Myrose bangun.
Terkedip - kedip mata Myrose dibuatnya. Dia membetulkan kaca matanya seraya ingin menyambut huluran tangan lelaki tersebut.
Namun apabila hampir saja tangan mereka bertaut tiba - tiba loceng sekolah berbunyi. Tanda waktu rehat sudah tamat.
Kringggggggg !
" Opppsss ! Kau lambat sangat lah...loceng dah bunyi..hmmm bangun sendiri lah ea ? Hahaha jom geng.."kata lelaki pertama itu lalu berlalu bersama sisa ketawa.
Myrose terkena lagi ! Sakitnya hati ni Ya Allah. Diaorang memang betul - betul layan aku macam sampah ! Semua orang sama aje !
Namun tanpa disangka - sangka ada tangan yang menghulurkan bantuan.
Myrose mendongak. Dia sedikit terkesima. Makkk aiiii mamat ni lagi handsome ! Hmmm ni dia ikhlas nak tolong aku ke ? Tapi dia kan salah satu geng mamat tadi tu ? Ke dia memang nak kenakan aku buat kali ke 3 ?
" Kau memang tak nak bangun ea ? Tak nak masuk kelas ? "tutur lelaki itu lemah lembut even ada nada perli di situ.
Myrose menggeleng laju. Selepas itu dia memaut pada lengan lelaki itu yang berlapik baju. Ye sekolah menengah Myrose dulu semua pelajar berpakaian baju sekolah berlengan panjang tidak kira lelaki mahupun perempuan.
" Err terima kasih.."ujar Myrose gugup. Sumpah kali ni dia ni memang betul-betul ikhlas tolong aku.
Lelaki itu hanya tersenyum kecil seraya melangkah pergi...
" Alahai...ada juga ehh ahli geng R4 yang baik and charming macam tu..." berangan Myrose sendiri.
Eh tapi apa nama dia ? Aku ni tak pernah ambik tahu pun pasal geng R4 tu.
END FLASHBACK.
" Hmmm manusia...semuanya tak ikhlas. Pandang rupa paras aje.."monolog hati Myrose.
Myrose meneruskan langkahnya semula tanpa menghiraukan suara - suara kecil pelajar - pelajar itu lagi.
**
Beg sandang di bahu di betulkan. Dia melangkah sendirian ingin menuju ke cafe kolej. Ingin mengisi tekak yang terasa haus.
Dia melangkah menyusuri beberapa blok fakulti muzik. Kelihatannya ada juga beberapa pelajar yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut. Kebanyakan pelajar baru sahaja selesai kelas masing - masing.
Tetiba suatu suara menghentikan langkah Tengku Haqeem.
" Hahaha lain kali jangan cari pasal dengan kami ! "kata Amrie.
" Sorry bang...saya tak sengaja.." tercungap - cungap pelajar junior itu apabila dibelasah beberapa kali di perutnya.
" Danny...kita nak buat apa dengan budak ni ? "tanya Hairul.
Seorang lelaki yang berpakaian agak santai dengan beg sandang yang disilang ditubuhnya berfikir sejenak. Dia tersenyum sinis.
" Teruskan pukul dia sampai dia serik dan keluar sendiri dari kolej ni.."kata Danny ketua group R3.
Elehhh ! Jahat betul lah arahan si Danny a.k.a Daniel ni. Kenapa yang dia nak belasah sangat budak junior tu? Setakat tertumpah air sikit aje pun dekat baju takkan sampai nak buat budak junior tu keluar dari kolej kot ? Tak berhati perut sungguh.
Dengar saja kata - kata Danny itu,budak junior tersebut terus dibelasah. Danny terus melangkah pergi begitu saja. Semua benda hanya dibiarkan 2 orang kawannya a.k.a pengikut setianya yang uruskan.
Tengku Haqeem hanya melihat kejadian itu sahaja. Dia menggengam penumbuknya erat. Dia ingin melangkah ke arah Hairul dan Amrie tapi langkahnya hanya mati di situ.
" Jangan ambil peduli Qeem...Diaorang bukan urusan kau lagi.."ujar hati Haqeem.
Dia menggeleng kecil serta terus meneruskan langkahnya untuk ke cafe..
Dalam masa yang sama ada orang lain juga yang sedang memerhati kejadian di situ. Siapa ? Myrose lah dia yang tengok kejadian dekat situ juga. Myrose hanya menggeleng sendiri. Tak habis - habis kes - kes buli ni, daripada zaman sekolah sampai zaman kolej. Sama aje.
**
Hujan turun dengan lebatnya. Alahai first day masuk kolej lah nak hujan lebat pun. Aku dah lah tak bawa payung. Hmm macam mana aku nak pergi tempat parking aku ni ? Tertoleh - toleh Myrose melihat kiri dan kanan. Mana tahu ada jalan pintas lain ke kan ?
Seketika Myrose menyelit sedikit rambut ikal mayangnya di celah telinga. Dia melihat ke atas langit yang asyik mengeluarkan cecair itu dari tadi.
" Hmm tak ada jalan lain...aku tetap kena redah jugak..."ngomel Myrose sendiri.
Myrose menggenggam erat tali begya di sisi. Tanpa menoleh kiri dan kanan, dia terus melangkah ingin meredah hujan lebat tersebut.
Namun malang tidak dapat disangka apabila ada sebuah motor ketika itu ingin melewati di situ.
Pin ! Pin !
Hon dibunyikan. Myrose tersentak.
Zappp ! Beg yang tergantung di bahu Myrose di tarik dari belakang. Lantas dia tertoleh ke belakang dan menjauh dari jalan itu.
Myrose berdepan dengan seorang lelaki saat ini. Pandangan mereka saling bertaut antara satu sama lain. Jantung Myrose berdegup kencang jadinya. Tak sangka dia diselamatkan oleh someone yang dia kenal dan yang dah lama dia nak sangat jumpa. Siapa ?
" Tengku Haqeem.." desis hati Myrose.
To Be Continued....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro