Episode 6 ❀
Aku memerhati lama kerusi kosong milik Taehyung , dia pergi mana? Sejak kejadian itu , dia bagaikan hilang seperti ditiup angin . Sudah lima hari dia tidak hadir kesekolah dan dia buat aku bertambah risau . Sama seperti Yoongi , dia juga tidak hadir kesekolah sejak aku minta dia menceritakan masalahnya . Kenapa semua pergi tinggalkan aku ni? :(
adakah kata -kata aku terlalu tajam buat Taehyung? dan kenapa Yoongi menghilangkan dirinya? Bukankah dia sudah berjanji dengan aku yang dia akan luahkan masalah dia pada aku tapi ni tak , pergi tanpa khabar berita . ergh!
Semuanya tak boleh pakai sebagai seorang kawan .
" Yu Bin -ssi! "
Laju aku memalingkan wajah aku pada Mr Kwon . aheh , mampus aku kali ni .
" nae Sosaengnim "
Dia dengan wajah bengis berjalan kearah meja aku . aku apa lagi , mengigil lah jawabnya . apatah lagi bila tengok rotan kecil dia dalam gengamannya . Bapak sakit duh bila kena , okay lek Yu Bin .
" Kamu ni sejak semenjak ni asyik termenung je kerja! Ingat peperiksaan dah nak dekat jadi kalau dapat telur ayam , jangan pernah salahkan saya!? Araseo!? " dia menatap aku tajam . .
" nae nae " aku mengangguk perlahan . Tiba -tiba hujung rotan dia mendarat pada buku catatan aku . aku meneguk air liur aku , aku menatap wajah dia .
" kenapa tak catat apa yang saya terangkan tadi huh?! " dia merotan buku catatan aku . uwaaa wei asal lah cikgu ni garang gilaa hari ni , lagi satu bodoh jugak! . Dah tahu aku ni termenung nak catat macam mana? Ada ke termenung sambil mencatat! Pergi balik lahh weii . hadoii
" ah mianheyo Sosaengnim " aku menundukkan wajah aku .
" sekarang kamu keluar daripada kelas ni!? Saya pun tak ingin nak mengajar budak yang tak tahu nak hormat cikgu dia sendiri! " Bahu aku terhenjut sedikit dek tengkingannya . huh dia ingat aku nak sangat belajar ngan dia? Dasar cikgu gilaaa .
Aku dengan langkah yang berat keluar dari kelas itu . Ramai jugak yang pandang aku dengan buat muka mengejek , ah malunyaaaa ...
Sekarang aku nak pergi mana? Eh jap! baik aku pergi pejabat , mana tahu kot kot diorang akan bagitahu kat pasal Taehyung ngan Yoongi kat mana . Kot lah , hahaha
❀
" apa!? Yoongi berhenti sekolah? tapi kenapa saem? Apa salah saya sehinggakan Yoongi berhenti sekolah?! Huhuhuhu Yoongi .. aku mintak maaf banyak -banyak sebab dah cium kau .. Aku tak sengaja weii , kau jangan ambik serius lah weiiii , weyyy ku rindu sama ka-
Tuk!
" auch! sakitlah saem , kenapa tiba -tiba ketuk saya ni! " aku mengosok kepala aku sambil memuncungkan mulut . dah kenapa dengan Mrs Jihyo ni , tetiba ketuk kepala kitaa .. Sakit tau!
Mrs Jihyo ketawa kecil sebelum wajahnya bertukar serius .
" kamu tu hah! Kenapa kamu over sangat sampaikan menangis , mengesot dan tergolek-golek selepas saya bagitahu yang si Yoongi tu dah berhenti sekolah . Ke ... korang berdua ni ada hubungan mesra? " dia tersenyum senget kepada aku . mata aku terbeliak .
" aniyooo , ah saem ni! kitorang hanya kawan je tak lebih daripada itu . " terang aku .
" Ooo , tapi kalau dah kawan an .. lama - lama tumbuh lah benda tu " aku mengerutkan dahi , benda apa yang tumbuh?
" tumbuh? Apakah itu? "
" cinta , cinta sejati " kali ni mata aku bagaikan nak keluar berlari berjogging . ahah , terkejut siaa bila Mrs Jihyo cakap macam tu .
" eh Saem ni! Kitorang baru je kenal lorh , takkan dah tumbuh benda kotor tadi .. Ahahaha " aku ketawa sambil menepuk bahu Mrs Jihyo . nak tercabut bahi Mrs Jihyo dibuatnya ;)
" lagipun saya masih cintakan orang lain .. ahahaha , walaupun dia dah sakitkan hati saya , saya akan tetap cintakan dia .. " nada aku bertukar perlahan .
Eh Taehyung ..
" Saem , Kim Taehyung daripada kelas 5:A1 berhenti sekolah jugak ke? " tanya aku pada Mrs Jihyo . Dia mengerutkan dahinya , mungkin dia tengah fikirkan kot .
" saya rasa dia tak berhenti sekolah "
oh , kalau tak dia pergi mana? erm baik aku gi tanya Soyeon .
" gomawoo Saem "
❀
" kenapa dia pergi jeju-do? " aku memandang wajah Soyeon dengan riak penuh tanda tanya .
Soyeon mengeluh berat .
" sebab dia nak tenangkan fikiran dia kat sana , dia juga nak lupakan si 'dia' disana . "
" kau faham kan maksud aku? "
Lupakan 'dia' disana? adakah itu aku? Tapi kenapa dia pergi Jeju -do?! kenapa dia balik Jeju-do kalau dia nak lupakan aku! Dia tak tahu ke itu tempat aku dan dia dibesarkan! Dia tak tahu ke itu tempat yang aku dan dia cipta kenangan terindah dahulu? Tu bukan tempat yang sesuai untuk lupakan aku , bukan ..
" tapi kenapa dia pilih tempat tu "
" sebab dia kata yang dia suka tempat tu , dia kata dia terlalu cintakan tempat itu dimana dia dan si 'dia' membesar bersama -sama .."
Aku tergamam , Taehyung betul -betul buat aku gila . tak bukan gila tapi menangis , dia buat aku teringat dimana aku dan dia menjalinkan hubungan persahabatan di situ . Tempat yang bernama Jeju-do ..
" kenapa kau tahu segalanya? "
" sebab aku ni sepupu dia .. "
❀
Aku berjalan dengan lemah longlai(?) masuk kedalam rumah aku . entah kenapa aku rasa tak bersemangat sejak Soyeon ceritakan segalanya kepada aku . dan aku rasa cukup bersalah kepada Taehyung sekarang ni ..
" kau nak tahu tak kenapa Taehyung buat semua ni kat kau .... "
" dia buat semua ni sebab dia terlalu cintakan kau , dia terlalu sayangkan kau sejak dia umur 7 tahun lagi . Walaupun dia masih mentah dalan dunia cinta semua ni , tapi dia betul -betul maksudkannya .. kau ingat tak masa umur kau dengan dia 9 tahun dahulu , dia ada bagi kau tengok lukisan dia kat kau . Disitu ada seorang budak lelaki sedang berjumpa dengan budak perempuan dan tak lain tak bukan mereka berdua adalah Taehyung dan kau . Disitu juga ada dialog diantara mereka , dimana seorang perempuan meluahkan perasaan cinta dia terhadap budak lelaki itu . Kau masa tu buang lukisan dia sebab kau kata benda itu agak mengelikan(?) . Kau nak tahu tak itu sebenarnya adalah impian dia , lukisan yang kau buang itu adalah impian dia . impian dia orang yang dia cintai luahkan perasaan cinta kepada dia . Sejak itu dia menjadi sedih tapi dia tidak berputus asa untuk membuat kau luahkan perasaan pada dia sehinggakan dia gunakan aku ... Kalau kau nak tahu , walaupun dia ketawa dengan aku depan kau .. Hati dia sebenarnya menangis ketika itu sebab dia rasa dia tak sanggup nak lukakan hati kau . "
" kau kena sedar .. dia lagi sakit daripada kau , dia terlalu sakit bila kau hanya anggap dia sebagai kawan baik sedangkan masa tu kau tipu perasaan kau! Tolonglah Yu Bin , aku mohon jangan sakitkan dia lagi please "
Air mata aku mengalir lagi , kenapa Taehyung tak pernah bagitahu aku? Tentang perasaan dia .. Sanggup dia sakitkan hati dia demi impian dia tercapai! ah kau betul - betul bodoh Taehyung .
" kau betul - betul bodoh Taehyung! Hiks , aku cintakan kau weii tsk . Hiks tolong balik sini , aku perlukan kau sangat!! Hiks , bukan sebagai kawan tapi kekasih tsk! Jebal .. "
" erghh siapa pulaakk yang menangis ni , aku nak tidoo pun susah "
Serta merta aku berhenti daripada menangis , adakah aku terdengar suara seseorang tadi? Tapi bukankah aku tinggal kat sini seorang sahaja , nak kata abang aku , aku ni anak tunggal .
Tiba -ii mata aku tertancap pada seorang lelaki yang sedang tidur sambil berdengkur diatas sofa aku . eh jap , siapa lelaki ni?! Apa dia buat kat sinii!!!!
" Aaaaaa!!! Perogol bersiri "
" shh~ sayang nak tidur ni , chagiya janganlah bising "
Wait wait wait What!?
____________________________
- abang jimeng dan muncul! ✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro