Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28 ( Final )

Arya mundar mandir di hadapan wad kecemasan menantikan khabar dripada doktor. Harap semuanya baik - baik saja di dalam. Tidak senang duduk Arya dibuatnya jika apa yang berlaku di dalam masih tidak diketahui olehnya.

" Arya..." panggil seseorang yang mula muncul bersama balutan di tangan yang terluka.

Arya menoleh. Figura isterinya mula menghiasi pandangan mata.

" Ayra..." Arya mula mendekati Ayra.

Dipimpin Arya sehingga duduk di kerusi yang berdekatan dengan pintu wad kecemasan.

" Sorry Arya tak teman Ayra masa berubat tadi...Arya kena uruskan abang Ariq dulu...doktor cakap apa ? Tangan Ayra ? "

Ayra menggeleng kecil memahami keadaan Arya.

" Luka sikit aje...nanti baik lah...Hmm macam mana abang Ariq ? "

Arya menggeleng.

" Tak tahu...doktor masih tengah check dia sekarang...."

Ayra menghembus nafas berat. Perasaan bersalah yang menggunung mula dirasakan olehnya. Hmm aku memang selalu bawa malang dekat orang. Memang patut pun hidup aku susah macam sekarang.

" Ayra minta maaf...sebab Ayra...abang Ariq jadi macam sekarang..."

" Hmm jangan salahkan diri Ayra...benda dah jadi...memang tak sangka yang abang Ariq akan follow kita juga..."

Tetiba kelihatan seorang doktor mula keluar daripada wad kecemasan. Arya dan Ayra pantas menghampiri doktor tersebut.

" Doktor...macam mana dengan keadaan abang saya ? " soal Arya risau.

" Awak adik dia ke ? " soal doktor yang bertugas waktu itu.

Arya mengangguk pantas.

Doktor menghembus nafas berat. Perlahan tangannya mula memaut kuat bahu Arya. Perasaan Arya mula tidak tenang.

" Kecederaan di kepala Encik Ariq amat teruk sekali dan berlaku pendarahan yang sangat banyak...kami dah sedaya upaya menghentikannya...tapi..." hanya gelengan yang dapat doktor tersebut habiskan kata - katanya.

Arya tergamam. Dia menggeleng. No ! Tak abang Ariq selamat kan ?

" Abang saya selamatkan doktor ? " tangan doktor mula diruntunnya Arya. Dia betul - betul tidak dapat menerima kenyataan.

" Maaf....kami tak dapat nak selamatkan dia...."

Terjelopok jatuh terduduk Arya jadinya. Ayra pula pantas memeluk tubuh Arya.

" Abang...Abang...kau tak boleh pergi macam ni...kau janji nak tolong aku sama - sama kan..." gumam Arya perlahan. Air matanya mula mengalir namun dia tidak mampu teresak - esak lagi.

Ayra turut sama menangis di situ dan hanya mampu memeluk tubuh Arya cuba memberikan kekuatan kepadanya saat ini.

Ayra turut sama rasa sedih teramat. Hmm semuanya salah dia juga. Kalau lah abang Ariq tak selamatkan dia tadi, mesti abang Ariq takkan meninggal macam ni.

*Flashback*

Kaki Ayra kaku apabila dia melihat sebuah kereta yang makin hampir ke arahnya.

" Ayra ! " teriak Ariq yang mula berlari ke arah Ayra. Setelah itu tubuh Ayra ditolaknya ke tepi.

Ayra jatuh terjelopok ke seberang jalan. Tersentak dirinya apabila mendapati abang Ariq turut sama ada di sini dan telah menyelamatkan dirinya daripada di langgar ?

BAMMM !

Ayra pantas menoleh ke arah berlakunya pelanggaran tersebut dan dia sempat melihat pemandu yang melanggar abang Ariq saat itu sebelum pemandu itu memecut laju meninggalkan tempat kejadian.

Dareena ? Apa yang dia dah buat ni ? Dia nak bunuh aku ?

Orang ramai mula mengeremuni abang Ariq yang sudah terlantar dalam keadaan yang agak teruk itu. Ayra turut sama mendekati walaupun dia juga sedikit terluka waktu tu.

*End Flashback*

Begitu lah bagaimana Ariq pula yang dilanggar dan bukannya Ayra. Hmmm semoga abang Ariq tenang dekat sana....

✿✿✿

Majlis pengebumian Ariq telah berjalan lancar. Mahzeera turut sama menghadirkan diri ketika itu. Dia juga kelihatan agak terkejut dengan pengkhabaran yang diterimanya. Anak lelaki sulungnya meninggal dunia. Sejahat - jahat dia pasti saja dia amat terpukul dengan kematian anaknya ini.

Dia langsung tidak berbicara apa - apa dengan Arya mahupun Ayra yang turut sama ada di situ. Namun semuanya hanyalah untuk menjaga nama baiknya dan menutupi permasalahan yang tengah melanda keluarga mereka saat ini. Seketika semua tetamu dan ahli keluarga rapat mula beransur balik ke rumah masing - masing.

Arya dan Ayra akhirnya juga mula menemani Mahzeera balik ke rumah. Mereka mengira mungkin saat ini Mahzeera harus ditemani. Takut pula kalau dia bertindak di luar kawalan.Mereka juga menolak ke tepi dulu masalah yang tengah berlaku.

Namun baru saja Ayra dan Arya masuk ke dalam rumah dan berada di ruang tamu, Mahzeera mula mendekati Ayra dan tamparan hebat mula melekat di pipi Ayra.

Pang !

Ayra tersentak hebat. Terteleng sedikit kepalanya ke kiri dek kerana tamparan kuat itu.

" Maa ! Apa ni ? " soal Arya turut sama terkejut. Tubuh Ayra mula ditarik ke belakangnya. Cuba melindungi Ayra.

" Kau memang perempuan tak guna ! Kau memang bawa sial ! Anak aku mati sebab kau perempuan ! Kau berambus dari sini ! Kau berambus dari hidup aku ! Arya come back to me ! Biarkan perempuan ni sorang - sorang ! " hambur Mahzeera dah macam tak waras lagi.

Terkejut Ayra dan Arya mendengarnya. Mahzeera benar - benar dah hilang pertimbangan.

" Are you crazy maa ?! " balas Arya geram. Ingatkan mamanya dah boleh bertolak ansur malah lagi teruk.

" Arya cakap mama gila ? Arya betul - betul nak tengok mama jadi gila ?! " kata Mahzeera seraya mula beredar ke dapur.

Arya dan Ayra masing - masing terpinga. Apa yang Mahzeera nak buat pula ni ?

Tak sampai beberapa saat, Mahzeera mula kembali bersama sebilah pisau di tangannya.

" Biar mama yang bunuh perempuan tu dengan tangan mama sendiri ! " teriak Mahzeera seraya mula meluru ke arah Ayra.

" Mama ! " teriak Arya seraya mula menghalangnya. Dia menahan tangan mamanya yang ingin menikam Ayra saat ini.

Mahzeera betul - betul dah tak sedar dengan apa yang dia cuba buat sekarang.

" Maa...please lah sedar ! Apa yang mama buat ni salah ! Jangan buat kerja macam ni lagi ! Please maa ! " teriak Arya sambil menahan pisau yang sudah terkena pada tangannya. Darah mula menitik..

Mahzeera langsung tidak terusik dengan kata - kata Arya itu.

" Arya..." desis hati Ayra yang masih setia di belakang Arya. Dia juga takut saat ini..Ya Allah selamatkan kami.

Seperti Allah mendengarkan doa Ayra, tetiba beberapa pihak polis mula menyerbu ke dalam rumah Mahzeera.

" Letakkan senjata anda...Anda telah dikepung ! "

✿✿✿

Beberapa tahun kemudian.....

Arya mula membutangkan baju kemejanya yang berwarna merah hari ini. Setelah itu tali leher juga mula diikat rapi dan setelah selesai bersiap, dia mula merapikan sedikit lagi rambutnya pula.

" Okay dah handsome..." puji dirinya sendiri.

Pagi - pagi dah angkat bakul sendiri cehh ! Arya mula mencapai beg kerjanya sebelum beredar turun ke bawah.

Di bawah sempat dia berlalu ke meja makan. Dapat dilihat ada bekal makanan yang ditinggal di atas meja bersama satu sticker note di situ.

Bekal hari ni. Jangan lupa makan ! See you soon. - Your cute wife.

Arya tersenyum sendiri. Bekal tersebut mula dicapainya sebelum dia mula beredar menuju ke pintu rumah dan lebih tepat lagi berangkat ke tempat kerja.





Jam dilirih beberapa kali. Haish mana dia ni ? Lambatnya ! Hmm macam ni ke nak jadi business partner ?

Beberapa kertas kerja mula diselak Ayra berulang kali. Untuk ke sepuluh kali selakan tetiba bilik kerja Ayra mula mendapat ketukan.

Tok ! Tok !

" Masuk..." arah Ayra.

Seketika muncul PA Ayra di situ.

" Ermm Puan Ayra...business partner Puan dah sampai..."

" Hmm suruh dia masuk ! "

Seketika satu figura mula masuk ke dalam bilik kerja Ayra. PA Ayra juga mula beredar keluar meninggalkan mereka berdua.

" Kenapa lambat ? " soal Ayra serious.

" Sorry lah sayang...Jalan jem..." kata Arya sambil buat muka kesian.

Ayra menjeling.

" Apa sayang - sayang ? Hello ! PUAN AYRA please ! " kata Ayra masih serious.

Terbatuk kecil Arya jadinya.

" Okay - okay sorry...Puan Ayra..."

" Dah duduk..."



Hampir nak dekat 2 jam juga Ayra buat perbincangan dengan Arya tentang projek baru mereka. Habis aje perbincangan tersebut, berubah terus mood dan perwatakkan Ayra. Tak serious macam tadi dah.

" Macam mana bekal hari ni ? Sayang masak sedap tak ? " soal Ayra teruja.

" Ehem...apa sayang - sayang ? Hello ! PUAN AYRA..." perli Arya tepat kena batang hidung Ayra.

Terbatuk Ayra dibuatnya. Arya menahan tawa. Hah ambik ! Tadi kenakan aku sangat kan ?

" Eeee Arya ni...hm dah lah nak merajuk lah..."kata Ayra seraya mula memandang ke arah lain.

" Amboii nak merajuk pula tadi punya garang...dah - dah tak mau lah merajuk...hmm nanti turun dekat baby macam mana ? "kata Arya seraya mata mula memandang ke arah perut Ayra yang tengah memboyot sekarang ni.

Alhamdulillah tak lama lagi, Arya dengan Ayra nak dapat baby dah. Arya pregnant 7 bulan dah.

" Hmm alaa sorry...tadi nak berlakon aje lagi pun tadi kan business partner...tapi sekarang my life partner..."kata Ayra sambil mengenyitkan matanya kepada Ayra.

Arya hanya tersenyum bahagia. Ya betul kata Ayra. Kini mereka berdua adalah business partner. Mereka berdua adalah CEO di syarikat masing - masing. Arya telah mengambil alih syarikat milik keluarganya selepas tamat saja sekolah di JIKJIN begitu juga dengan Ayra yang mengambil alih syarikat milik keluarganya juga.

Jadi Ayra dah dapat semula hartanya lah ?

Ya alhamdulillah semuanya telah selesai. Kes Mahzeera beberapa tahun lalu dapat juga diselesaikan. Kejadian di mana Mahzeera ingin menikam Ayra juga telah diuruskan dengan kedatangan pihak polis yang telah dilaporkan oleh bibik Imah.

Mahzeera juga telah ditangkap dan telah diberikan hukuman atas apa yang berlaku. Kes kemalangan mama papa Ayra juga memang semuanya berpunca daripada Mahzeera sendiri. Namun Mahzeera tidak lah ditempatkan di penjara tetapi dia telah dimasukkan ke hospital Bahagia dek kerana kesihatan mentalnya yang merosot setelah beberapa tahun dipenjarakan. Dia mengalami tekanan jiwa yang melampau.

Untuk kes abang Ariq pula juga telah selesai. Atas siasatan dan bukti melalui cctv yang terdekat, akhirnya Dareena dapat diberkas dan diberikan hukuman yang setimpal. Namun Dareena tidak dijatuhkan hukuman yang berat dek kerana dia masih di bawah umur.

✿✿✿

Bertemankan bulan dan bintang malam itu, Arya duduk bermain buaian di halaman rumahnya. Sengaja ingin menghirup angin malam. Mencari ketenangan setelah berpenat lelah bekerja seharian hari ini.

Bulan dan bintang mula dipandang Arya. Dia sebenarnya rindukan seseorang. Rindu yang tiada penghujungnya. Siapa ? Siapa lagi kalau bukan...

" Abang Ariq...Arya rindu abang..." desis hati Arya.

Hmmm kadang - kadang terdetik di hati ni. Kenapa aku tak pernah hargai waktu - waktu aku bersama dengan abang Ariq dulu ? Hmm kenapa aku kerap kali bergaduh dengan abang Ariq dulu ? Kalau tahu masa aku dengan dia tak lama mana...hmm mesti aku akan hargai masa - masa yang tersisa tu kan ?

" Hmm abang Ariq terima kasih atas semua pengorbanan abang buat...berkat abang Arya dah bahagia sekarang..." gumam Arya.

" Tengok apa lah tu ? " sapa seseorang mengejutkan Arya. Dia menoleh ke empunya suara.

Kelihatan Ayra dengan perut yang memboyot mula mendekati Arya.

" Eh sayang...kenapa keluar ni ? Sejuk lah..masuk angin nanti..." kata Arya.

Seketika Ayra mula mengambil tempat di sebelah Arya. Baru saja Ayra melabuhkan punggungnya, Arya pantas saja memakaikannya sweater yang dipakainya.

" Pakai ni...sejuk nanti.."kata Arya.

" Yalah - yalah...eeeee..." sempat pipi Arya dicubitnya geram. Risau sungguh lah kalau aku masuk angin !

" Awwww sakit lah sayang..."

" Padan muka..." kata Ayra sambil tergelak kecil.

Arya muncungkan mulutnya tanda protes.

Chup !

Tersentak Arya dibuatnya. Pipinya mula blushing. Tak sangka Ayra akan sebegitu di luar rumah. Hahaha mulutnya jadi sasaran Ayra pulak. Amboi nakal mak boyot ni ye !

" Hahaha merahnya pipi dia..."usik Ayra. Hahah dia memang suka kacau Arya.

Arya pula style suka blushing teruk. Kalah Ayra yang perempuan ni.

" Nakal lah sayang ni..." pipinya digosok kecil bagi meredakan blushingnya.

" Nakal dengan Arya aje..." balas Ayra seraya melentokkan kepala di bahu Arya.

Arya hanya membiarkan itu saja. Seketika tangan Ayra digenggam Arya.

" Sayang..." panggil Ayra meleret.

" Hmm.."sahut Arya.

" Thanks for everything you do..." ucap Ayra tulus kedengarannya.

" Ermm your welcome dear.. and thankyou too..." kata Arya.

" Erm...janji tau sampai hujung nyawa, kita hadap semua benda sama - sama ya..." kata Ayra lagi.

" Ya in shaa Allah sayang...."

" Love youu so so much.." kata Ayra lagi.

" Love you more sayang and in shaa allah till jannah..." kata Arya seraya mula mencium lembut dahi Ayra.

Begitulah pengakhiran kisah Tengku Ayra Tahleea bersama cinta hatinya iaitu Tengku Arya Tashfeen. Kekal bersama menghadap setiap liku - liku kehidupan mereka. Tidak menyangka, hanya bermula dengan permintaan di waktu kecil minta kahwin ternyata menjadi satu kenyataan ketika sudah dewasa.

Begitulah jodoh yang telah ditetapkan Allah. Tiada mustahil jika itu yang telah ditentukan oleh Nya.

Harta memang satu keperluan penting dalam hidup namun keluarga yang lebih utama. Tanpa keluarga siapalah kita. Hanya keluarga adalah harta yang paling terindah yang kita ada. Begitu juga masa. Masa sangat berharga apabila bersama orang yang tersayang. Hargai lah detik - detik terindah bersama keluarga sebelum ia hilang buat selamanya.



- TAMAT -



#Finally ! Tamat juga karya sis yang ke 15. Fuhhh sumpah story yang terpaling banyak cabarannya nak siap kan hahaha. Honestly sis memang blank teruk dengan jalan cerita MSMS ni. Hmm entah lah maybe ni salah satu ujian untuk seorang author hahaha. But its okay...practise make perfect and just dont give up ! Thankyouu kepada readers yang tak pernah lelah dan jemu baca and tunggu stiap update dari sis ya ! Love u all so much 🥺🤍 Okay last ! Keep vote and comment untuk last chapter MSMS 😍❤️ See you soon dkt story baru nnti ya ! - Ieqah Kazumi -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro