25
Notifikasi daripada Whatsapp mula diterima oleh Arya. Kelihatannya daripada abangnya. Hmm dengan malas Ayra membukanya.
Abang Ariq 😈
Arya...kau kena tengok rakaman ni...
Satu video mula dihantar juga. Ayra dengan pantas membukanya. Baru minit pertama dia melihat, Arya tersentak hebat. Rakaman tersebut menujukkan semua kejadian yang telah dirakam oleh dashboard camera kepunyaan kereta mamanya.
Dan lebih teruk lagi apabila camera tersebut terakam akan kemalangan yang berlaku ke atas mama dan papa Ayra. Terbuktilah kematian mama dan papa Ayra semuanya telah dirancang. Pastinya itu semua rancangan mamanya.
Tanpa membuang masa, Arya bingkas mencapai kunci superbike miliknya yang ada di rumah mamanya ketika itu. Dia harus mencari Ayra sekarang ! Hmm harap Ayra masih tidak jauh. Hmm mama dah betul - betul melampau. Mama kejam. Sanggup membunuh demi harta. Gila harta punya orang.
Belum sempat Arya melangkah menuju ke pintu, namanya mula dipanggil.
" Arya nak pergi mana ? " soal Mahzeera.
Arya menoleh. Dia memandang mamanya dengan pandangan jijik.
" Arya nak cari Ayra..." jawab Arya.
" Hah ? For what ?!"
" Hmm Arya tak nak bersubahat dengan mama lagi ! I love my wife maa...and i hate you..."kata Arya selamba.
Terbuntang mata Mahzeera dibuatnya. Tidak menyangka anaknya akan lebih memilih perempuan tu dibadingkan dirinya.
" Arya dah gila ke ? What do you means by that ? Heh so Arya dah ready untuk jadi miskin lah? "
Arya muak ! Muak dengan harta. Muak dengan ugutan mamanya.
" Arya dah tak kesah maa pasal harta. Apa nak jadi...jadi lah ! Arya tak nak bersubahat dengan pembunuh macam mama ! "hambur Arya akhirnya. Dia ada hak untuk menentukan hidupnya.
Mahzeera benar - benar tekesima dengan reaksi yang diberikan oleh Arya ini. Berani - berani anaknya sendiri menentang dirinya. Arya mula ingin melangkah semula. Tidak menghiraukan mamanya lagi.
" Tengku Arya Tashfeen ! "teriak Mahzeera.
Langkah Arya terhenti buat seketika namun dia tidak menoleh ke arah mamanya.
" Selangkah aje kamu keluar dari rumah ni....kamu bukan anak mama lagi ! "bentak Mahzeera bengang.
Arya memejamkan matanya seketika. Begitu perit rasanya bila dirinya akan diiktiraf sebegitu. Mungkin lebih tepat lagi menjadi anak Derhaka.
" Segala harta mama kamu takkan dapat se sen pun ! Nak sangat kan cari perempuan tu ? Heh cari lah ! Mama nak tengok boleh ke kamu bertahan dengan perempuan tu tanpa satu sen pun ! Lepas ni mama akan block semua kad bank kamu. Apa saja kemudahan yang kamu ada, mama akan tarik balik ! "kata Mahzeera sinis dan berharap semua ugutan ini akan merubah fikiran anaknya semula.
Lama kelamaan Ayra mula berbalik kepada mamanya. Dia memandang sinis.
" Fine ! Ambik ! Ambik semua harta dan kemudahan mama ! Hm tapi superbike dekat luar tu Arya yang punya. Papa yang bagi dekat Arya dan memang hak Arya. Lagi pula tu harta papa bukan mama. Hm mama jangan harap Arya akan kembali pada mama dengan semua ugutan mama tu...Arya boleh berdikari...Arya akan hidup bahagia dengan Ayra...tanpa duit mama lah ! "balas Arya juga sinis selepas itu dia mula cepat beredar pergi.
Dia harus menyelamatkan Ayra sekarang. Menyelamatkan satu - satunya harta yang dia punya.
" Hm kita nak pergi mana sekarang ni ?"soal Ayra setelah mendengarkan segala penjelasan Arya tentang bagaimana dia boleh datang mencari Ayra semula.
Arya memandang Ayra. Dia mengetap bibir sekejap. Hmm masih buntu tidak tahu hendak ke mana. Nak balik rumah pun dah tak ada. Semuanya Mahzeera telah ambil.
Tetiba telefon bimbit Arya berbunyi. Melihatkan nombor telefon Ariq yang tertera, Arya pantas saja angkat.
" Hello..."
" Kau kat mana ?" soal Ariq di hujung talian.
✿✿✿
Arya dan Ariq mula berjalan beriringan menuju ke pintu masuk villa. Ariq dah nak kena balik dan Arya hanya menghantarnya sampai ke pintu. Di hadapan pintu mereka mula berbual seketika.
" Hmm thanks bro..."kata Arya.
Ariq tersenyum kecil.
" Sebagai abang ni aje yang aku mampu tolong kau Arya..."kata Ariq seraya memaut bahu Arya.
" Hmm asal kau still tolong aku even kita selalu gaduh ?"soal Arya juga penuh tanda tanya.
" Ermm...even kita selalu gaduh...kita tetap adik beradik...hmm sejak kematian adik kita si Ariz...tinggal kita berdua aje bro...kau satu - satunya adik aku sekarang...biarlah mama nak anggap kau bukan anak dia lagi ke apa....tapi bagi aku kau tetap adik aku..."ucap Ariq sedikit sebanyak telah membuatkan Arya sebak. Matanya mula berkaca.
Zappp !
Tubuh Arya tetiba ditarik ke dalam pelukan Ariq. Belakang tubuh Arya ditepuk kecil.
" Besar dah adik aku. Dah boleh buat keputusan sendiri. Aku harap kau kuat dan tabah untuk hadap segala apa yang bakal jadi. Hmm jaga diri kau dan isteri kau baik - baik lepas ni...Aku akan tolong apa yang aku mampu...apa - apa roger aje okay..."kata Ariq.
Pada mulanya Arya sedikit kekok di dalam pelukan abangnya itu, namun lama kelamaan dia membalas juga pelukan tersebut. Pelukan dikemaskan. Tak salahkan buat pertama kalinya dia nak bermanja dengan abangnya ini.
" Thanks abang..."ucap Arya sambil menangis teresak - esak dia jadinya. Sumpah dia agak lemah sekarang. Dia perlukan semangat daripada abangnya.
✿✿✿
Berkat abangnya, Arya dan Ayra sudah mempunya tempat tinggal buat sementara waktu. Tanpa pengetahuan mamanya, Ariq telah memberikan kunci villa kepunyaan arwah papa mereka yang pernah dititipkan oleh papa mereka sendiri tanpa pengetahuan Mahzeera. Hmm tidak menyangka ini bakal berguna juga untuk Arya.
Arya mula melangkah masuk ke dalam biliknya. Kelihatan ada sekujur tubuh yang sudah lengkap membersihkan diri sedang lesu terlena di atas katil dalam bilik tersebut. Tubuh itu dihampiri oleh Arya perlahan. Seketika Arya mula duduk di birai katil jadinya bersebelahan dengan Ayra. Wajah tidur Ayra ditenung dalam - dalam.
Teringat tiba - tiba Arya akan pesan dan janjinya yang pernah dibuat dulu dengan arwah mama mentuanya sebelum dia pergi buat selamanya.
" Arya...mama minta sangat dengan Arya...andai terjadi apa - apa dekat mama atau papa suatu hari nanti...tolong sangat - sangat jagakan putri kami, Ayra...."
" Ermm baik maa...Arya janji Arya akan jagakan Ayra walau apa pun yang terjadi..."
" Terima kasih Arya...mama cuma berharap pada kamu aje...mama dah tak ada sesiapa lagi yang nak diharapkan...mama percayakan kamu...dan mama yakin hanya kamu aje yang mampu melindungi Ayra..."
" Hmm maa...Arya dah tunaikan janji tu...Arya akan jaga Ayra sampai hujung nyawa Arya..." desis hati Arya sambil matanya tak lepas melihat wajah tidur Ayra yang kelihatan begitu menenangkan itu.
Entah sudah jam berapa, Ayra baru terjaga daripada tidurnya. Terasa agak puas tidur, tambah - tambah bila dia terasa ada comforter yang menyelubungi tubuhnya sepanjang dia ketiduran itu. Ni mesti Arya yang selimutkan kan ? Seketika Ayra mula melirih sekeliling bilik. Hmm kelibat Arya tak nampak langsung. Mana dia eh ?
Ayra mula turun daripada katil. Dia mula mengorak melangkah mencari susuk tubuh Ayra. Dalam bilik tak ada, mesti ada dekat bawah kan?
Sekitar ruang tamu juga tidak ada. Hm mana Arya ni ? Takkan dia tinggalkan aku sorang - sorang pula dekat sini ? Perasaan risau mula menyelubungi hati Ayra saat ini.
Namun itu hanya sementara, apabila tetiba Ayra dapat menghidu satu bau yang wangi. Lebih tepat lagi, bau orang yang tengah masak. Ayra pantas mengorak langkahnya pula ke dapur yang ada di dalam villa tersebut.
Tak sampai beberapa saat, dia dapat menangkap satu figura yang sedang leka memasak. Belakang Arya yang mengenakan apron itu ditatap Ayra penuh suka. Handsome pula tengok Arya pakai apron sambil memasak macam ni. Ni first time tau Ayra tengok sisi Arya yang macam ni. Kalau dulu mana pernah Arya tunjuk dia masak. Sekali pun tak !
" Ermmm wanginya bau ! Masak apa tu ?" sapa Ayra mula mendekat.
Arya sedikit tersentak dengan kehadiran Ayra yang tak terduga itu. Dia menoleh sambil sudip masih dipegangnya. Hahaha kiut !
" Eh dah bangun ke ?" soal Arya beriak terkejut. Dia ingat baru nak buat surprise bila makanan dah siap nanti.
Ayra mengangguk seraya berdiri di sebelah Arya yang berhadapan dengan kuali. Kepala dijenguk Ayra.
" Wahh nasi goreng lah...macam sedap aje..."kata Ayra agak teruja. Perutnya juga sudah buat konsert ni hehe.
" Belum siap lagi lah sayang..."balas Arya seraya mula menggaul - gaul sedikit nasi goreng di dalam kuali tersebut.
Ayra tersenyum lebar mendengarkan panggilan yang sejak dari tadi meniti di bibir Arya. Eeeee dia panggil aku SAYANG lah !! Butterfly in my stomach betul ni.
" Dah pergi duduk situ dulu...nanti dah siap kita makan sama - sama okey ?"kata Arya mula melagakan sedikit bahunya ke sisi Ayra menyuruhnya menjauh dari situ.
" Ermm yelah - yelah...." Ayra hanya akur seraya mengambil tempat duduk berdekatan.
Dia mula duduk sambil memerhatikan saja tingkah laku Arya menggoreng nasi itu. Tangan ditongkat dagunya. Dia mula tersenyum - senyum sendiri. Sumpah aku dah angau gila dengan laki sendiri hahaha.
Dalam leka Ayra duk perhatikan aje Arya memasak tetiba dia nampak Arya terginjat - ginjat hendak mengambil sesuatu di almari atas dapur gas. Sepertinya Ayra hendak mengambil sesuatu tapi tak sampai kot ? Maklumlah tinggi tak seberapa hahaha.
Sepantasnya, Ayra mula bangun dan berdiri di belakang Arya dan membantu mengambilnya. Arya tersentak kecil seraya terkaku di situ. Hahaha comel aje. Terbalik pula rasanya. Selalu situasi macam ni akan terjadi pada perempuan kan ?
" Kenapa tak minta tolong ? Dah tahu diri tu tak setinggi mana...lain kali minta lah tolong dengan Ayra okey ?" kata Ayra sambil dijenguk sedikit Arya di hadapannya itu.
Pipi Arya merona merah. Arya blushing nak mampus ! Hahahaha malu siot. Nak ambil barang tempat tinggi pun nak kena harapkan isteri ? Haiyaaa Tengku Arya Tashfeen !
#Hahaha comel aje kan ? Siapa dah mula tertarik dengan hubungan Arya dan Ayra sekarang ? Cer comment tengok ! Keep vote and comment ya 😍❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro