14
Selesainya mandi dan lengkap berpakaian, Ayra mula keluar daripada toilet.Dia melangkah keluar sambil mengelap rambut panjangnya yang masih sedikit basah. Hmm nak solat dia tak boleh disebabkan tengah bendera jepun.
Arya yang melihat tingkah laku Ayra itu sedikit menelan liurnya. Imannya sedikit tergugat. Ayra kelihatan begitu cantik ketika mengelap rambutnya.
Lama kelamaan Ayra perasan akan reaksi Arya itu. Dia memandang Arya.
" Kau tengok apa ? " kata Ayra mematikan pandangan Arya.
Arya terus mengalihkan pandangannya ke hadapan serta merta.
" Kau jangan berani nak macam - macam eh macam tadi..."kata Ayra memberi amaran.
" Kenapa pula tak boleh nak macam - macam ? Kita dah halal okay..."balas Arya sengaja ingin menguji. Dia masih tidak memandang Ayra.
" Ish kau ni...aku tak ready lah...please lah...kita masih pelajar sekolah..." bebel Ayra.
Terkumat kamit mulut Arya mengajuk bebelan Ayra. Ayra mengetap giginya menahan geram. Ish sakit hati betul la dengan si Arya ni. Tetiba aku rasa tersilap langkah pula kahwin dengan mamat pendek ni. Astagfiruallahalazim...tak baik kutuk suami sendiri.
Seketika Ayra bergerak ke meja solek di hadapan katil. Dia ingin menyikat rambut panjangnya. Dah Arya kalih pandangan, Ayra pula gatal duduk dekat depan mata dia juga.
Rambut panjang Ayra mula disanggul tinggi. Terlihat terus leher Ayra yang putih itu. Terkebil - kebil Arya jadinya. Ish dia ni kan ! Sengaja tahu tak ? Nak balas dendam pasal tadi ke apa ?
Tidak tahan melihat itu semua, Arya bingkas bangun daripada katil. Setelah itu dia mendekati Ayra.
Getah rambut yang disanggul Ayra mula ditarik pantas. Habis turun semula rambut panjang Ayra menutupi lehernya kembali.
" Arya ! What are you doing ?!" Ayra spontan menoleh menghadap Arya di belakangnya.
" Aku tak suka tengok kau sanggul rambut macam tu..." kata Ayra sengaja memberi alasan padahal imannya yang tergugat melihat kecantikan Ayra.
" Asal pulak ? "
" Err...kau sanggul rambut macam tu...nampak macam makcik - makcik..."kata Arya main ikut sedap mulut dia aje.
" What ? Makcik - makcik ? Eeee kau ni merepek lah..."kata Ayra seraya mula bangun dan merampas getah rambutnya yang ada di tangan Arya.
Dia pantas mengikat kembali rambutnya namun hanya membuat tocang satu. Tidak lagi disanggul. Dia kembali duduk pula untuk memakai bedak.
" Hm esok balik rumah mama ea..."
Arya kembali melangkah ke katil.
" Mama ? Mama aku ke mama kau ? "
" Esok balik rumah mama aku lah...aku nak ambil barang...ada yang tertinggal..."kata Ayra sedikit geram. Bila cakap dengan Arya ni kena explain betul - betul kalau tak ada aje dia nak buat - buat blur.
" Ohh hmm okay..."balasnya malas. Dia mula merebahkan dirinya di atas katil.
Baru saja matanya ingin terlelap tiba - tiba dia dihempuk dengan batal.
" Adoi ! " Arya terpacak bangun jadinya.
Ayra memandang tajam ke arahnya.
" Asal kau ni ? "
" Jom la turun bawah...tengok kawasan rumah...asyik nak membuta aje kau ni kan ? "
" Hah ? " Arya tercengang dibuatnya. Aku baru aje nak terlelap. Dia yang membuta aje dari tadi...aku pula yang kena ?
" Cepat lah ! " kata Ayra sambil mula menarik - narik pergelangan tangan Arya.
Arya memusingkan matanya 360 darjah tanda menyampah !
" Ish kau ni....dah jom lah..." mengalah Arya jadinya.
✿✿✿
Hari pertama menjadi suami kepada Tengku Ayra Tahleea , sudah memenatkan buat Arya. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana sifat annoying sebenar Ayra. Ya Allah macam - macam kerenah nak kena hadap. Dah tu mulut kalau dah start membebel. Huish macam mesin gun. Tak reti nak berhenti.
Setelah makan malam pertama berdua selesai, Ayra dan Arya mula naik ke atas semula. Arya mula menunaikan solat isyak seorang diri, manakala Ayra pula masuk ke toilet.
Selesai saja solat isyak, Arya cepat - cepat memanjat katil. Ayra pula masih tidak keluar lagi daripada toilet. Buat apa lama - lama pun tak tahu lah.
Arya merenggangkan sedikit tubuhnya. Letih gila dirasakannya hari ni. Tak sempat langsung dia nak terlelap disebab sebentar dek kerana harus melayan kerenah Ayra.
Tanpa menunggu lama, Arya akhirnya terlelap. Tak sampai beberapa minit lepas tu, Ayra mula keluar daripada toilet.
" Eh mamat ni...sedap aje dia landing sorang - sorang atas katil kan ? "ngomel Ayra sendiri.
Ikutkan ni malam pertama buat mereka tapi Arya dah selamat tidur dan entah - entah dah mimpi sampai ke bulan rasanya !
Seketika Ayra mendekati Arya yang sudah terlelap dan hampir mengambil semua tempat tidur di atas katil. Ayra mula memanjat perlahan ke atas katil. Namun tempatnya terlalu kecil.
" Arya....tepi ahh sikit..."kata Ayra.
Arya tidur tanpa berikan apa - apa respon.
" Arya...tepi lah sikit...aku pun nak tidur juga..."kata Ayra seraya menolak - nolak kecil tubuh Arya yang nyenyak gila tidur.
Arya masih sama dan langsung tak terkesan pun dengan tolakan Ayra.
" Eeee mamat ni kan...buat sakit hati aku aje hari ni..." Ayra mula menolak kuat tubuh Arya sehingga Arya bergerak sendiri ke belakang jadinya. Namun betul - betul hujung katil. Ni kalau Arya pusing belah sana confirm jatuh.
Arghhh lantak lah. Janji aku puas hati.
Selepas itu bantal panjang mula diletakkan di tengah - tengah sebagai penghadang dan untuk menjamin keselamatan Ayra daripada dipeluk oleh Arya masa tidur nanti.
Ayra akhirnya merebahkan tubuhnya juga. Fuhh lega. Penat juga dia hari ni. Hmm sebelum terlelap dia sempat berdoa di dalam hati agar hari esok dan seterusnya akan baik - baik saja.
✿✿✿
Azan subuh yang berkumandang mula menyedarkan tidur Arya yang terlalu nyenyak itu. Mata dicelik perlahan. Leganya dapat tidur nyenyak semalam. Agak terasa terbatas apabila Arya ingin bergerak. Arya mula memandang perlahan ke sisi kanannya. Dia sedikit tersentak.
Kenapa ?
Mana maunya tak tersentak kalau wajah Ayra benar - benar di bahunya. Dah tu tangan kecil milik Ayra juga turut sama erat memeluk lengannya. Amboii dia ni kan....semalam cakap jangan buat macam - macam...ni tak siap peluk lengan aku lagi eh ?
Seketika Arya mula ingin meleraikan pelukan Ayra itu. Dia harus bangun menunaikan solat subuhnya.
" Ermm...Ermmm..." Ayra merengek kecil tidak mahu melepaskan pelukan lengan Arya.
Arya mendengus kecil. Sedap betul dia tidur peluk lengan aku ea ?
" Ayra lepas lah lengan aku...Aku nak bangun solat subuh ni..."kata Arya perlahan.
" Ermm....ermm..." makin kuat lagi Ayra memeluk lengan Arya. Tidak mahu dia melepaskannya.
Arya menggeleng kecil. Dia juga tidak mengalah, Arya pantas juga meleraikan pelukan Ayra itu. Biarlah walaupun sampai menganggu tidur Ayra.
Budak perempuan ni kalau makin layan makin menjadi. Akibat tarikan kuat itu, Ayra mula terjaga jadinya.
" Hmm kau ni asal kacau aku tidur..."kata Ayra yang separuh sedar itu.
" Kau yang peluk lengan aku sampai tak nak lepas...aku pula yang disalahkannya..." balas Arya.
" Ish mana ada lah...aku peluk bantal lah tadi..." nafi Ayra seraya mula menyambung tidurnya.
Arya menggeleng kecil. Setelah itu dia mula bergerak untuk membersihkan dirinya dan mulai menunaikan solat subuh. Nak diajak sekali si Ayra dia bendera Jepun pulak.
Dirasakan tidurnya terlalu lama, Ayra akhirnya mula mencelikkan mata. Dia mula duduk daripada baringnya. Mata digosok perlahan. Dia memerhati sekeliling. Sunyi dan kosong. Hanya dia saja di dalam bilik.
" Eh ? Mana si mamat pendek tu ? " ngomelnya sendiri.
" Baru nak bangun ke tuan puteri ? " sapa satu suara yang baru keluar daripada bilik air.
Ayra menoleh ke empunya suara. Kelihatan Arya yang agak smart pagi itu dengan pakaian t-shirt hitamnya.
" Asal kau tak kejutkan aku ? "
" Hmm kejutkan kau ? Dah banyak kali dah lah...kau yang tak bangun - bangun..."balas Arya seraya mula bergerak ke hadapan meja solek.
Ayra sedikit mencebik.
" Cepat lah pergi mandi...bersiap...cakap nak balik rumah mama kau kan semalam...."
Ayra sedikit tersentak.Haah lah nak balik rumah mama. Terlupa pulak aku. Seketika Ayra pantas turun daripada katil dan mencapai tualanya sebelum berlalu masuk ke dalam toilet.
Arya hanya menggeleng kecil di hadapan cermin meja solek. Apa lah nasib aku dapat isteri yang bangun lambat macam ni ? Alahaii sabar aje lah Arya. Tak lama pun...sekejap aje kau kena hadap semua benda ni...hmm hanya sampai...
Semuanya...
Bertukar...
Milik nanti...
#Apa yang bertukar milik ? Arya pun tak ikhlas la ni terima Ayra ? Hmm nak tahu ? Stay tuned ya ! Heee keep vote and comment okeee ☺️🤍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro