13
( Hanya Gambaran Semata - Mata )
Baju pengantin telah diganti untuk majlis persandingan pula. Tema majlis adalah Baby Blue. Warna lembut telah menjadi pilihan Arya dan Ayra hari itu. Warna yang tenang itu tidak menggambarkan langsung hati mereka yang tak tenang saat ini. Hendak berjalan di tengah hall sambil diperhatikan para tetamu yang datang tidak mudah ya di usia muda mereka berdua.
Mereka berdua sudah dipertemukan di hadapan pintu masuk Glasshouse Seputeh. Ayra yang paling gelisah teruk. Tak duduk diam dia dibuatnya. Arya perasan akan hal itu.
" Rileks Ayra..."gumam Arya waktu itu.
Ayra memandang Arya.
" Aku nervous lah...nanti kita jalan tetiba aku terjatuh macam mana ? "luah Ayra. Itu yang ditakutnya dari tadi.
" Aku kan ada...nak risau apa ? Kalau kau nak jatuh...aku yang akan sambut kau...okay ? "pujuk Arya.
Ayra terdiam.
" Di umumkan ketibaan pengantin dan diiringi paluan kompang, berjalan ke arah majlis. Pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari Tengku Arya Tashfeen dan pasangannya Tengku Ayra Tahleea..." pengacara majlis mula berucap. Itu bermaksud Arya dan Ayra harus mula bergerak masuk.
Arya mula memberikan lengannya kepada Ayra. Ayra mula memaut perlahan. Ayra mula menenangkan dirinya.
" Jangan buat apa - apa...senyum aje.."gumam Arya sebelum mereka sama - sama bergerak masuk ke dalam.
Mereka mula berjalan berdua di tengah - tengah hall. Semua para tetamu melihat raja sehari kita berjalan berdua. Kelihatan amat padan dan sesuai mereka berdua di situ. Agak juga unik di situ apabila melihatkan pengantin lelaki yang lebih rendah daripada pengantin perempuan.
Arya dan Ayra masing - masing tersenyum lebar cuba menghilangkan rasa gugup yang mungkin saja tidak dapat dibendung. Orang umur macam mereka ni sekarang tengah siapkan homework dekat rumah tapi diaorang ? Hahaha berjalan sebagai pengantin dekat tengah - tengah hall ni ?
Seketika mereka mula naik ke atas pelamin yang sudah disediakan. Sangat cantik hiasan yang dibuat. Mereka amat - amat berpuas hati dengan apa yang mereka booking. Semuanya dipermudahkan hari ini.
( Hanya Gambaran Semata - Mata )
Seketika mereka berdua duduk bersanding indah di atas pelamin. Hilang sedikit rasa gugup setelah mereka duduk di situ. Arya menoleh ke sisi memandang Ayra.
" Okay ? " soalnya prihatin.
Ayra memandang Arya juga jadinya.
" Ermm okay..." balas Ayra.
Arya tersenyum tipis dan jujur dia sangat terpegun dan sedikit cair melihat kecantikan Ayra hari ni. Apa saja yang dipakai Ayra hari ni, benar - benar mendapat tempat di hatinya.
✿✿✿
Jam sudah bergerak ke angka 5. Para tetamu juga kebanyakannya sudah mula beransur balik. Ramai juga yang datang ya hari ni walaupun hanya lah majlis tertutup. Hmm maklumlah kedua - dua belah pihak memang adalah orang - orang ternama. Memang agak ramai lah kenalan.
Dalam keadaan yang agak tenang, Ayra mula meminta diri seketika untuk pergi ke toilet. Dah berapa lama dia tahan nak buang air kecil. Tadi nak pergi tak boleh sebab masih ramai tetamu yang nak dilayan dan disapa.
Setelah Ayra selesai melepaskan hajatnya. Dia mula bergerak keluar daripada toilet. Baru beberapa tapak saja dia melangkah hendak kembali masuk ke dalam, dia tak sengaja ternampak kelibat Mahzeera a.k.a ibu mertuanya di suatu sudut. Kelihatan Mahzeera yang tergesa - gesa masuk dan entah dari mana datangnya.
" Mama buat apa dekat situ ? "desis hati Ayra.
Seketika Ayra ingin membuat tak endah saja. Namun tiba - tiba ada satu lagi orang yang mula bergerak juga dari situ. Ayra sedikit tersentak.
" Papa pun ada dekat situ? "
Ya. Tengku Laes juga muncul di situ. Ayra bertambah pelik jadinya. Hmm diaorang buat apa dekat situ berdua ?
" Ayra kat sini rupanya..."seseorang mula menyapa.
Ayra toleh. Kelihatan Maheera mula muncul memanggilnya.
" Ayra pergi mana ? " soal Maheera.
" Hah ? Err Ayra pergi toilet tadi..."
" Ohh dah - dah jom..."
" Errr maa...tadi papa...." kata - kata Ayra terhenti.
" Papa ? Kenapa ? "
" Ehh tak ada apa - apa lah...jom la kita masuk..."kata Ayra mula mengubah topik. Dia tidak mahu kalau mamanya salah faham pulak nanti. Kang jadi gaduh pulak.
Seketika mereka mula masuk ke dalam semula. Ayra turut sama menghapus segala tanda tanya di hatinya. Malas pula nak fikir yang bukan - bukan.
Setelah selesainya majlis, masing - masing mula bergerak balik ke rumah. Buat pertama kalinya, Ayra dan Arya akan berpindah masuk ke rumah baru yang telah dihadiahkan oleh mama dan papa Ayra sempena hadiah perkahwinan mereka. Semua barang - barang dan kemudahan telah disediakan di rumah tersebut. Beberapa pembantu rumah juga telah dikirimkan.
Kiranya, mereka mula berpecah balik ke rumah. Ayra dan Arya telah dihantar oleh driver baru yang telah disediakan oleh Tengku Laes iaitu Pak Rashid. Berusia dalam lingkungan 50 an macam tu. Pak Rashid yang akan ditugaskan menghantar Ayra dan Arya ke mana saja.
Sesampainya mereka di rumah baru, Arya baru perasan yang Ayra sudah terlena keletihan di sampingnya. Pak Rashid sudah keluar terlebih dahulu dari kereta untuk bawa keluar barang - barang di belakang. Tinggallah Arya berdua dengan Ayra yang tertidur itu.
Arya mula mencuri - curi melihat wajah tidur Ayra itu dengan lebih dekat lagi.
" Tak sangka...kau dah jadi isteri aku Ayra..."gumam Arya perlahan.
Tiba - tiba Ayra bergerak kecil lalu dibuka matanya perlahan. Arya pantas duduk tegak cuba tidak kantoikan dirinya yang mencuri - curi melihat Ayra tadi.
" Kita dah sampai ke ? " soal Ayra sambil melihat sekeliling. Matanya juga digosok - gosok kecil.
" Haah baru aje sampai...dah jom turun..."kata Arya seraya mula membuka pintu.
Setelah itu Ayra turut membuat tindakan yang sama.
✿✿✿
Benda pertama yang dicari adalah bilik tidur mereka. Letih mat ! Rasa nak mandi nak tidur aje ni. Seketika Arya mula memulas tombol pintu bilik yang telah ditunjukkan oleh pembantu rumah. Kata pembantu rumah, bilik ini adalah bilik pengantin untuk mereka berdua. Setelah pembantu rumah mula beredar, Ayra mula bersuara.
" Eh jap...takkan kita kongsi bilik ? "
" Dah tu ? Nak bilik asing ke ? " soal Arya.
Ayra mengangguk pantas.
Arya terdiam sejenak. Kata - kata mamanya, Mahzeera mula menyinggah.
" Arya ingat eh...jangan sesekali bilik asing ! Kalau asing macam mana Arya nak tawan hati Ayra ? "
" Kita bilik asing eh...aku tak ready dho nak satu bilik dengan lelaki..."kata Ayra seraya ingin berlalu mencari bilik yang lain.
Zap !
Belum sempat Ayra memula langkah. Tangannya disambar Arya. Ayra tertoleh ke Arya jadinya.
" Siapa cakap kita boleh bilik asing ? "kata Arya serious seraya mula menarik Ayra masuk ke dalam bilik tersebut.
Ayra pantas terdorong masuk ke dalam juga jadinya.
Arya meminta diri untuk mandi terlebih dahulu. Dia dah rasa rimas ya amat. Ayra yang rasa sedikit geram dengan tindakan Arya memaksa untuk sebilik juga pula boleh sambung tidur atas katil balik. Hahaha penat sungguh dia hari ni jadi pengantin. Tu dalam tak suka sebilik pun dia yang rasmi tidur atas katil dulu.
Setelah Arya selesai mandi, dia hanya keluar dengan bertuala saja memandangkan bajunya lupa dibawa masuk. Dipanggil Ayra dari tadi untuk mengambil bajunya namun tidak disahut langsung. Entah ke mana lah budak ni pergi.
" Lahh sambung tidur rupanya...aku punya terjerit - jerit minta baju lah...dia tak sahut langsung..."bebel kecil Arya seraya dia melihat sekujur tubuh yang sedap gila landing atas katil.
Seketika Arya melihat dirinya yang hanya bertuala saja itu. Idea nakal mula menyinggah. Dia mula mendekati Ayra yang tidur di atas katil itu.
" Ehem...ehem...sayang..."panggil Arya acah - acah romantis..
" Hmmmm..." balas Ayra dalam keadaan mengantuk.
" Bangun lah ayang...mandi..."kata Arya seraya mula mencuit - cuit hidung Ayra. Dia menahan tawa melihat Ayra yang berkerut - kerut dahi apabila dikacau tidurnya itu.
" Hmmm jangan ah kacau..."rengek Ayra seraya menolak - nolak tangan Arya.
" Bangun cepat mandi ayang..."kata Arya meleret.
" Hmmm kejap lagi lah..."
" Sekarang...bangun sekarang..." makin galak Arya mencuit hidung mancung Ayra.
" Eeeeee jangan lah kacau ! "teriak Ayra seraya bangun duduk dan mencelikkan matanya.
Ayra tersentak hebat melihat Arya yang bertuala saja itu. Tubuhnya yang sedikit berotot mula tertayang di hadapan Ayra. Ayra tertelan liur. Buat pertama kalinya dia melihat Arya seperti itu.
Arya pula mula bercekak pinggang memandang Ayra. Lagi suka lah dia duk tayang body berototnya yang disimpan selama ini disebalik baju. Hahaha penat dho aku work out ! Sekarang lah masanya untuk aku tunjuk dekat isteri aku. Ceh !
Automatik Ayra menekup wajahnya dengan bantal.
" Eee tak malu lah kau ni Arya ! Pakai lah baju ! "teriak Ayra.
Arya menahan tawa. Suka dia mengusik Ayra. Comel aje.
" Aku akan pakai baju...kalau kau pergi mandi sekarang...kalau kau tak nak pergi mandi...aku buka tuala dekat sini juga kang !" kata Arya mengugut Ayra. Tuala yang terlilit sudah acah - acah ingin dibukanya.
Ayra spontan melompat turun daripada katil seraya berlalu mengambil barang - barangnya masuk ke dalam toilet. Hahahaha. Takut sungguh.
#Hahaha kiut aje dua orang ni ya ! Siapa makin suka dengan chemistry antara Ayra dan Arya ni ? Cer comment. Keep vote and comment ya guys ! 🤍🥰
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro