09
Ayra mengenggam penumbuknya. Dareena ni memang eeeee ! Kurang ajar. Seketika Ayra ingin melangkah untuk memberikan sedikit pengajaran pada Dareena namun tiba - tiba....
Zap !
Belakang beg Ayra ditahan seseorang. Ayra toleh.
" Arya... "gumam perlahan Ayra.
" Hm duduk tempat Aya... Biar Aya yang duduk situ... " arah Arya.
Dareena tersentak kecil. Dia memandang tidak puas hati dengan layanan yang diberi oleh Arya jadinya.
Mendengarkan arahan Arya itu, Ayra pantas mengambil tempat duduk Arya. Dareena mengetap giginya menahan geram. Dia geram dengan tingkah laku Arya yang acah - acah sweet di hadapannya itu. Hmm sengaja lah tu nak sakit kan hati aku ?
Seketika Arya mula mengambil tempat duduk Ayra jadinya. Dia sempat memandang sinis ke arah Dareena. Puas hatinya melihat wajah masam Dareena saat itu. Hmm jangan ingat sesenang tu Arya nak biarkan Dareena sakitkan Ayra. Kau yang nak bermain sangat kan dengan aku Dareena ? Now aku ikut permainan kau !
Arya mula memadang sekilas Ayra. Pada masa yang sama Ayra juga memandangnya saat itu. Tanpa dipinta kenyitan mata dihadiahkan oleh Arya.
Ayra sedikit terkelu menerima kenyitan mata itu. Haih kenapa dengan aku ni ? Rasa lain macam kalau terima kenyitan mata macam tu daripada Arya. Dulu masa dengan Nufael tak rasa macam ni pun.
Beberapa minit selepas itu, guru matapelajaran bahasa inggeris mula masuk. Semua pelajar mula mengeluarkan buku masing - masing. Arya dan Ayra mula fokus pada pelajaran mereka.
Loceng rehat mula berkumandang. Semua pelajar mula menyimpan barang masing - masing dan bangun bergerak untuk ke cafeteria di sekolah mereka. Dareena sudah berlalu terlebih dahulu. Panas hati dan punggungnya selama di kelas melihat tingkah laku Arya kepada Ayra.
Arya juga sudah mula bangun hendak ke cafeteria. Namun tingkah lakunya terhenti apabila melihat Ayra yang masih duduk dan selamba aje lentokkan kepala dekat atas meja.
Langkah kaki Arya mula mengorak mendekati meja Ayra.
Tok.. Tok..
Meja Ayra diketuk kecil.
Ayra mula mengangkat kepalanya lalu memandang Arya.
" Tak rehat ke ? "soal Arya.
Ayra menggeleng lemah.
" Kenapa tak rehat ?"
" Malas... "
" Apa malas - malas ? Tak boleh.. Jom rehat... "ajak Arya seraya menarik pergelangan tangan Ayra yang berlapik. Tidak menantikan balasan kata daripada Ayra lagi.
Ayra terbangun jadinya. Dia mendengus kecil. Namun dia hanya akur mengikuti langkah Arya jadinya.
✿✿✿
Ayra hanya duduk di suatu tempat dan menunggu Arya yang belikan makanan untuk dirinya. Hmm dia nak beli sendiri tetapi tidak dibenarkan oleh Arya. Kenapa Arya terlalu menjaga dirinya hari ni ? Hmm rasa pelik pula.
Baru saja beberapa minit Ayra melabuhkan punggungnya di situ, tiba - tiba kedengaran beberapa suara sumbang mula mengata tentang dirinya di tempat duduk belakang.
" Hmm aku dengar kan yang si Ayra curang dengan Nufael.. "
" Haah lah weh. Dengar kata dia ada hubungan special dengan budak baru yang masuk kelas dia tu... "
Ayra mengetap bibirnya. Penumbuk juga digenggam erat. Sakit hati dan telinga nya mendengar segala kenyataan yang tidak benar itu. Kenapa aku pula yang dituduh curang sedangkan sebaliknya ?
" Hmm rugi gila si Ayra tu kan... curang dengan Nufael... Nufael tu perfect kot daripada semua segi.. "
" Itu lah... Yang si pendek tu juga dia nak ? Hahaha terlalu berbeza la dengan Nufael...Ketua pelajar kot.. "
Entah kenapa Ayra bertambah panas hati bila mereka mula mengata soal Arya pula di sini. Ayra mula pantas ingin bangun dan memberi sedikit pelajaran kepada pelajar di belakangnya ini.
Namun tiba - tiba salah satu pelajar di belakang Ayra mula terjerit kecil. Ayra menoleh sepantasnya. Eh dah kenapa ? Aku tak sempa buat apa - apa lagi pun.
Toleh - toleh saja terbeliak mata Ayra dibuatnya.
" Apa yang you buat ni ?" soal pelajar perempuan yang kutuk tadi.
Ayra hanya terdiam menjadi pemerhati saat itu.
" Opsss sorry. My fault ! Ingat kan you haus tadi... hmm" balas Arya selamba.
Habis dicurahnya Arya segelas air oren di atas kepala pelajar perempuan itu. Ayra menahan tawa. Hahaha padan muka ! Seisi cafeteria mula memandang akan pelajar perempuan tersebut. Mesti malu punya lah !
Membahang wajah pelajar perempuan itu. Serta merta dia bangun dan berlalu terkedek - kedek bersama - sama kawannya dari situ. Hendak ke toilet barang kali. Seketika Arya mula menghampiri Ayra bersama segelas lagi air oren yang masih tersisa.
Dia mengambil tempat duduk di hadapan Ayra. Ayra juga mula duduk semula di tempatnya.
" Apa kau buat ni ? "soal Ayra perlahan.
Arya tersenyum nipis.
" Aku siram pokok bunga tadi. Bagi dia vitamin c sikit...hmm supaya dia tak bercakap yang bukan - bukan pasal orang... "kata Arya.
Ayra ketawa kecil mendengar jawapan Arya itu. Hahaha.
" Ermm... thanks Arya...kau dah banyak tolong aku hari ni hmm... "
" My pleasure dear... "ucap Arya kendengaran romantis.
Ayra tersentak dan blushing apabila hujung ayat Arya terselit perkataan 'dear' itu.
✿✿✿
Ayra dan Arya jalan beriringan keluar daripada kelas mereka menuju ke perkarangan sekolah di mana driver Ayra selalu tunggu. Arya menghantar Ayra betul - betul di hadapan pintu kereta.
" Nak balik sekali ke ? " soal Ayra. Buat pertama kalinya dia mengajak Arya balik bersama dengan rela hati.
Arya menggeleng.
" Kau balik lah dulu... Hari ni driver aku datang jemput.. Ermm jumpa malam nanti... "kata Arya.
" Hah ? Jumpa malam nanti ? Kenapa pula ? "soal Ayra tidak mengerti.
" Mama tak bagitahu kau ke ?"
Ayra pantas menggeleng. Seketika Arya mendekati Ayra dan menghampiri telinganya.
" Lah... Malam nanti kita nak pergi tengok location weding kita... "kata Arya perlahan di tepi kuping telinga Ayra.
Ayra sedikit terkelu.
" Hah ? Oh.. Hah betul juga... Lupa lah... " kata Ayra sambil digaru - garu kepalanya.
" Dah pergi balik... Bye take care... " kata Arya seraya memusingkan tubuh Ayra seraya dibukakan pintu kereta.
Ayra hanya akur lalu meloloskan diri ke dalam keretanya. Arya hanya menanti daripada luar sehingga kereta Ayra berlalu. Dia tersenyum sendiri jadinya. Entah mengapa dia berasa lega dapat menjaga Ayra hari ni.
Dalam diam ada sepasang mata melihat setiap adegan tersebut dengan perasaan cemburu yang membuak - buak disebalik tembok yang berdekatan.
" Tak guna kau kan Ayra ? Hmm happy sekarang ? Semua tu takkan bertahan lama lah...dan Arya bukan sepenuhnya milik kau... "gumam Dareena sendiri.
Malam kian mejelma. Ayra sudah bersiap untuk pergi melawat location wedingnya yang akan diadakan pada minggu depan bersama mamanya. Papanya Tengku Laes tidak dapat ikut kerana ada hal lain.
Arya dan Ayra bergerak daripada rumah masing - masing. Mereka telah berjanji akan bertemu langsung di tempat weding nanti. Papa Arya juga tidak dapat menemani mereka kerana ada hal lain.
Setibanya mereka di destinasi yang dituju iaitu Glasshouse Seputeh. Maheera dan Mahzeera yang paling excited melihat sekeliling kawasan di situ.
Manakala Arya dan Ayra hanya sibuk membuat hal masing - masing. Arya sibuk dengan phonenya dan Ayra pula hanya cuci mata melihat kawasan tersebut.
" Arya... Arya... "panggil Ayra sedikit teruja.
" Hmm what ? " balas Arya acuh tak acuh. Entah apa yang sibuk dengan phone pun tak tahu.
" Tengok lah area sini... Lawa kan ? "kata Ayra sambil ditunjuk sekeliling tempat.
" Hah not bad... "balas Arya seraya dipandang sekeliling sekilas. Matanya mula kembali menatap phonenya.
Ayra mendengus kecil. Sakit hati pula bila Arya tak seexcited dirinya ! Tidak semena - mena, phone ditangan Arya dirampas Ayra.
Arya sedikit tersentak.
" Ayra apa ni ? "
" No phone for tonight ! Please focus to me... " kata Ayra.
Arya sedikit terpinga namun lama kelamaan dia menghembus nafas berat.
" Yelah - yelah... Bak balik phone... " pinta Arya.
" No ! Biar aku yang simpan dulu... Nanti dah habis semua malam ni, aku bagi balik... "
Arya mendengus kecil seraya jelingan maut dihadiahkan pada Ayra malam itu. Akhirnya dia terpaksa akur.
Mulalah mereka berdua berjalan melihat tempat yang bakal mereka adakan majlis minggu depan itu.
( Gambaran Glasshouse Seputeh. )
#Nahhh Arya dan Ayra korang ! huhuhu sorry for late update . Hmm mmg story kali ni sis akan slow update ya. Hope korang dpt bersabar ya 🙏 Keep vote and comment ❤🥺
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro