Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

08

Arya tersandar pada dinding pintu masuk toilet perempuan. Menantikan kehadiran Ayra yang masuk ke dalam untuk membersihkan blousenya yang agak kotor dek kerana tumpahan air starbucks tadi. Nasib baik toilet perempuan masa tu tak ramai orang. Tu yang Arya berani tunggu situ.

Sementara menantikan Ayra, dia sempat lagi flashback apa yang berlaku di hadapan Dareena dan Nufael. Dia tersengeh sendiri. Puas hati aku tengok muka diaorang tadi. Mesti terkejut gila kan bila aku panggil Ayra sayang ?

Zap !

Sepasang tangan milik seseorang mula menahan tubuhnya daripada belakang. Ayra tersentak begitu juga Dareena dan Nufael.

Perlahan - lahan Ayra memandang empunya tangan.

" Arya... "desis hatinya.

Dareena dan Nufael mulai terkejut dengan kehadiran Arya waktu itu. Seketika Arya mula membantu Ayra untuk berdiri dengan betul semula. Dia memaut Ayra ke sisinya. Ayra agak tersentak. Tidak menyangka yang Arya akan muncul di saat - saat begini.

" You buat apa dekat sini Arya ? " soal Dareena tidak senang hati.

Arya berlagak biasa. Dia memandang Dareena dan Nufael silih berganti. Hmm ni lah manusia -  manusia yang pernah tolak aku sampai aku jatuh dulu. Aku takkan biarkan diaorang tolak Ayra pula jatuh macam aku.

" I buat apa dekat sini ? "soal Arya kedengaran sinis.

Ayra sedikit berdebar - debar jadinya. Dia menoleh ke arah sisi Arya ketika itu.Apa lah yang nak dijawab Arya eh ? Jangan lah yang bukan - bukan.

Arya mula memandang Ayra pula tiba - tiba. Pandangan mereka berdua bertembung. Ayra terkaku.

" Jom sayang... Urusan kita dah selesai dekat sini... "kata Arya selamba.

Membuntang mata Ayra dibuatnya. Apatah lagi Dareena dan Nufael. Ternganga habis beb ! Padan muka korang dua.

" Amboi seronok kau eh ? Mesti tengah flashback pasal tadi kan ? "tegur Ayra yang baru keluar dan mematikan lamunan Arya.

Arya menoleh.

" Hm not bad but memang seronok pun. Kau tengok lah tadi muka diaorang masa aku panggil kau sayang... Hahaha terkejut mat... "

Ayra sedikit terkedu. Hmm bukan diaorang aje yang terkejut dengan aku sekali weh terkejut !

" Dah lah.... Lepas ni akan ada masalah baru. Mesti diaorang berdua curious lah macam mana kita berdua boleh bersayang - sayang pula... " bebel Ayra sambil memeluk tubuh.

Seketika Arya seakan - akan memandang Ayra daripada atas hingga bawah. Dah kenapa ?

" Hm dah lah jom... mama mesti dah tunggu lama... "kata Ayra seraya ingin berlalu.

Namun pantas saja Arya menarik bahu Ayra. Ayra tertoleh ke arah Arya jadinya.

" Apa lagi ? Jom lah... "keluh Ayra. Dia ni kan suka tarik - tarik aku. Haish !

Tidak semena - mena Arya melepaskan jaket hitam yang dipakainya sejak daripada tadi lalu disarungkan ke tubuh Ayra. Ayra sedikit tersentak. Mamat ni dah kenapa ?

" Baju kau basah sangat... sampai jarang dan nampak yang dalam... pakai jaket aku ni dulu... "kata Arya perlahan.

Ayra terkaku namun dia mengangguk perlahan. Wajahnya terasa membahang. Barangkali malu apabila ditegur sebegitu oleh Arya. Arghhh malunya dia nampak habis apa pakaian dalam aku !

Selepas itu Arya mula menarik pergelangan tangan Ayra yang berlapik untuk mengikut langkahnya beredar dari situ.

✿✿✿

Malam itu Dareena mundar mandir di dalam biliknya. Dia tidak henti - henti dan habis memikirkan tentang Ayra dan Arya. Sumpah dia masih terkejut saat ini dengan apa yang dia dengar dan lihat sendiri. Aku belum pekak lagi kan ? Arya panggil Ayra sayang ? Diaorang berhubungan selama ni dekat belakang aku ?

Dareena terasa tertipu jadinya. Sedikit sebanyak dia juga agak terasa tercabar.

" Aku ingat aku aje yang tikam belakang Ayra....tapi...dia pun sama aje lah... " gumam Dareena sendirian. Dia benar - benar rasa ditikam sekarang ni.

Tiba - tiba dia teringatkan perbualannya dengan Arya semasa first day Arya berpindah ke sekolah mereka.

" I pindah sini bukan sebab you ..."

Dareena mula menggigit bibirnya geram bila dia teringatkan ucapan Arya tempoh hari. Bermakna Arya pindah ke sini disebabkan Ayra ? Macam tu ? Tak guna betul ! Hebat permainan diaorang kan ?

Seketika Dareena mula duduk di birai katilnya. Dia seakan - akan memikirkan sesuatu. Lama kelamaan dia tersenyum sinis.

" Arya... Ayra... Hmm korang takkan dapat hidup bahagia lah... "gumam Dareena.

Part of Nufael.

Sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Nufael tidak senang hati apabila ucapan Arya sering kali berulang - ulang di pendengarannya.

" Arghh tak mungkin ! "tempik Nufael mula mengubah posisi ke duduk.

Dia tidak selesa dan suka dengan kehadiran si Arya itu. Hmm patut lah macam familiar aje aku tengok budak pendek tu. Rupa - rupanya dia ex Dareena. Sekarang dah jadi boyfriend Ayra pula ?

Nufael mendengus kecil. Sebenarnya sejak hampir beberapa tahun dia bermain cinta dengan Ayra yang pada mulanya hanya pura - pura, dalam diam dia dah jatuh cinta betul - betul pada Ayra. Namun disebabkan Dareena, dia tersepit jadinya. Dia tidak menyangka yang hubungannya dengan Ayra akan berakhir secepat ini..

Hmm bila difikirkan balik, mungkin ini yang dinamakan karma. Dulu aku yang rebut Dareena daripada Arya. Sekarang giliran Arya pula yang rebut Ayra dari aku...

Seketika Nufael mencapai telefon bimbitnya. Terpancar saja lock screen phonenya, automatik terpapar wajah selfie dia dan Ayra. Nufael sedikit sedih jadinya. Dia agak terkilan apabila hubungannya bersama Ayra berakhir sebegini.

Jujur dia cakap, memang dulu dia inginkan duit Ayra semata - mata namun setelah mengenali siapa Ayra sepanjang mereka bercinta, Ayra memang seorang gadis yang amat perfect dan telah berjaya membuat dirinya jatuh cinta.

Screen phone diusap perlahan. Senyuman kecil diukirnya berat.

" Maafkan saya Ayra... "

✿✿✿

Keesokan harinya, Ayra datang sekolah macam biasa walaupun hakikatnya dia agak takut juga dengan reaksi yang akan diberikan oleh Dareena dan Nufael. Hmm diaorang boleh terima ke dengan apa yang berlaku semalam ?

Arghh asal pulak kau nak kisah pasal reaksi diaorang ? Diaorang yang dah tipu kau ! Diaorang yang dah bermain cinta dekat belakang kau.

Sedang leka Ayra berjalan masuk ke blok sekolah tiba - tiba seseorang mula menyaingi langkahnya.

" Morning sayang.. "sapa Arya selamba disebelah.

Bagai ingin gugur jantung Ayra dibuatnya. Dia menoleh terkejut ke sisinya. Kelihatan wajah tampan Arya pagi itu memandang manis ke arahnya.

Dup dap !

Jantung Ayra berdegup kencang. Weh asal mamat pendek ni tiba - tiba handsome pulak pagi ni ?

" Kenapa ? Melting ke aku panggil kau sayang ? " kata Arya lagi galak mengusik. Dia tahu Ayra dah blushing sekarang ni.

Langkah Ayra terhenti. Ayra pantas menyentuh pipinya. Aku blushing ni apa hal ?

" Errr jangan panggil aku macam tu lah dekat sekolah... Nanti budak - budak sekolah dengar lah...dapat masalah kang.."bisik Ayra.

Arya tersenyum kecil. Seronok pula tengok Ayra gelabah semacam aje ni.

" Hmm...kalau kat sekolah tak boleh panggil sayang... Dekat luar sekolah nanti... Boleh lah kan ? "kata Arya lagi tidak mahu menyudahkan usikannya.

Pipi Ayra semakin merah jadinya. Terasa membahang di seluruh wajahnya. Ya Allah apa kena dengan Arya hari ni ? Selalu dia buat derk aje dengan aku ? Selalunya dia akan belagak tenang aje !

" Eeee dah lah... " kata Ayra pantas berlari kecil meninggalkan Arya di situ.

Arya hanya tergelak kecil sambil melihat Ayra yang berlari kecil meninggalkan dirinya itu.Senang hatinya apabila dapat mengusik Ayra pagi itu. Seketika dia menyentuh dadanya. Haish jantung ni pun... Apa yang seronok sangat sampai buat marathon? Seketika Arya mula meneruskan langkahnya semula.




Setelah tamat perhimpunan sekolah pagi itu, semua pelajar mula masuk ke kelas masing - masing. Hmm Ayra agak terasa berat langkahnya untuk masuk ke kelasnya. Ya lah malas nak hadap muka Dareena !

" Ermm Ayra... "sapa seseorang yang mula menahan langkah Ayra waktu itu.

Ayra mendongak memandang Nufael waktu itu. Hmm mamat ni nak apa lagi hah ? Seketika Ayra mula meneruskan langkahnya. Dia melintasi Nufael dengan selamba.

" Ayra.. Dengar dulu apa yang Fael nak cakap ni... " Nufael cuba juga untuk bersuara.

Ayra buat tak endah saja. Dia malas hendak melayan kata - kata Nufael itu. Entah nanti ya betul ke tidak pun tak tahu. Langkah Ayra tetap diteruskan lagi. Nufael juga tidak mengejarnya.








Dalam tidak sedar Ayra akhirnya sampai juga di hadapan kelasnya. Hmm malasnya aku nak masuk hmm dah la duduk sebelah Dareena pula tu,

Seketika Ayra gagahkan juga langkah masuk ke dalam. Kelihatannya Dareena sedang duduk santai sambil bermain phonenya. Ayra hanya memandang jengkel dengan reaksi Dareena yang bersahaja. Tetap saja tidak berasa bersalah langsung.

Baru saja Ayra ingin bergerak ke tempat duduknya tiba - tiba Dareena sengaja menendang kerusi Ayra....

Ayra sedikit tersentak. Buat seketika Dareena mula memandang Ayra.

" Hmm semak ahh kerusi ni... "hambur Dareena tidak semena menendang lagi kerusi Ayra sehingga jatuh.

Ayra mengenggam penumbuknya. Dareena ni memang eeeee ! Kurang ajar. Seketika Ayra ingin melangkah untuk memberikan sedikit pengajaran pada Dareena namun tiba - tiba....

Zap !

Belakang beg Ayra ditahan seseorang. Ayra toleh.

" Arya... "gumam perlahan Ayra.

" Hm duduk tempat Aya... Biar Aya yang duduk situ... " arah Arya.

Dareena tersentak kecil. Dia memandang tidak puas hati dengan layanan yang diberi oleh Arya jadinya.

#Alololo Arya makin sweet pula ni. Keep vote and comment ya ❤✨




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro