06
*Dissuggest baca chapter ni dgn lagu kt atas ni. Tq ❤*
Ayra melangkah dengan penuh malas sekali. Haish mamat pendek ni memang menyusahkan aku ! Nak balik dengan aku buat lah cara nak balik. Ni menghilang mengalahkan budak kecik !
Dah tak pasal - pasal buang masa aku nak kena cari dia bagai. Membebel punya pasal, tak sedar Ayra dah hampir sampai dekat kelasnya. Terjenguk - jenguk Ayra ke dalam kelas. Kelihatannya agak sunyi dan kosong saja. Ayra mendengus kecil. Haish mamat ni pergi mana ?
Seketika Ayra meneruskan lagi pencariannya. Kawasan kelasnya kelihatan agak sunyi disebabkan dah ramai pelajar yang balik. Hanya dirinya saja yang tercari - cari akan kelibat si Arya. Dia mula turun ke blok bawah.
Namun setibanya di suatu tempat, kedengaran suara orang tengah berborak. Ayra rasa macam familiar akan suara - suara tersebut. Maka dia mula mengintai sedikit.
Ayra mula mengintai disebalik dinding yang menghala ke arah datangnya suara orang yang berborak itu. Kelihatan ada dua orang pelajar iaitu perempuan dan lelaki. Pelajar perempuan memakai hoodie sambil kepalanya tertutup. Ayra tak dapat nak kesan sangat siapa pelajar perempuan tu. Namun dia sedikit tersentak apabila melihat wajah pelajar lelaki yang ada di situ.
" Fael ? "hatinya mula berbisik.
Ayra mula mencuri - curi dengar perbualan Nufael bersama pelajar perempuan itu.
" Sayang listen...you jangan lah macam ni... Jangan merajuk okay ? You tahu kan yang I cuma betul - betul sayangkan you sorang aje... "ucap Nufael. Sedikit sebanyak menyentakkan hati Ayra yang mendengarnya tika ini.
What ? Nufael curang dekat belakang aku ? Jadi ni ke yang dimaksudkan oleh Arya ?
" Habistu... How Ayra ? Takkan you tak ada langsung perasaan dekat dia ? You dah lama kan stay dengan dia ? " ucap perempuan di hadapan Nufael ketika itu yang masih membelakangi Ayra. Ayra seakan - akan mula tidak senang hati bila dia mendengar jelas suara pelajar perempuan itu. Takkan lah dia....
Nufael menggeleng.
" No.. I tak pernah sayangkan Ayra pun... You know right ? Apa motif I dengan dia ? I cuma sayangkan duit dia aje... "ucap Nufael.
Kprak ! 💔
Bagai nak luruh hati Ayra mendengar pengakuan yang dibuat oleh Nufael itu. Matanya mula berkaca.Kata - kata sayang Nufael tempoh hari mula datang silih berganti.
" Walau apa pun yang terjadi... Saya akan tetap usahakan hubungan kita ni... Saya takkan lepaskan awak Ayra... Even mama awak tak suka saya sekali pun.. Saya tetap akan cuba cari cara untuk buat mama awak suka saya.. Dan terima saya.. Awak jangan risau ehh.."
Seketika pelajar perempuan dihadapan Nufael mula menurunkan topi hoodie yang menutupi rambutnya sejak daripada tadi. Terlihat sepenuhnya pelajar perempuan itu. Namun kali ni, memang menitis air mata Ayra dibuatnya. Dia menekup mulutnya sendiri. Menahan esakannya sendiri.
Kenapa ?
" Betul ni you sayangkan I sorang aje kan ? "kata Dareena.
" Yes dear. Only you.. "kata Nufael seraya menarik Dareena ke dalam pelukannya.
Tergeleng - geleng kepala Ayra dalam diam menidakkan semua yang sedang terlayar di hadapan matanya. Ya Allah apa semua ni ? Selama ni diaorang permainkan aku ? Nufael tipu aku ? Dareena bestfriend aku sendiri curang dengan boyfriend aku ?
Zap !
Tangan Ayra ditarik pantas sehingga dia tertoleh ke belakang. Ayra sedikit tersentak melihat si gerangan yang menariknya itu.
" Arya... "hati Ayra bermonolog sakit.
Mata redup Arya tika itu mula memandang wajah Ayra yang sudah banjir dengan air matanya. Hmm sudah. Semuanya dah terbongkar.
" Jom balik.. "ucap Arya perlahan. Lantas ditarik tangan Ayra untuk beredar jauh daripada kawasan itu. Ayra hanya akur mengikuti langkah Arya.
✿✿✿
" Ikutkan hati mama... Mama nak percepatkan majlis kahwin korang... "kata Maheera teruja daripada tadi membahaskan tentang majlis Ayra dan Arya yang akan kunjung tiba nanti. Langsung dia tidak perasan akan Ayra yang berubah wajah dan tidak fokus langsung dari tadi itu.
Ayra hanya menguis - nguis nasi yang ada di dalam pinggannya. Dia banyak termenung daripada memberikan perhatian pada bicara mamanya. Arya sorang aje yang kelihatan terangguk - angguk dan melayan keletah Maheera.
" Apa pendapat korang ? Okay ke kalau majlis tu kita buat minggu depan aje ? "
Arya sedikit tersedak mendengarkan cadangan tersebut.
" Ermm...tak cepat sangat ke maa ? "kata Arya sedikit gugup. Dia juga sudah memanggil Maheera dengan gelaran mama atas permintaan Maheera sendiri.
Arya sedikit melirih ke arah Ayra. Ayra masih dengan dunianya. Seketika Maheera mula perasan akan itu semua setelah dia sedar yang anak daranya itu hanya mendiamkan diri saja sejak dari tadi. Kalau tak memang akan selalu berdebat dengan dirinya.
" Ayra ? Mama tanya ni...macam mana ? "tangan Ayra mula disentuh bagi menyedarkan gadis itu.
Ayra sedikit tersentak seraya memandang Maheera.
" Mama cakap apa tadi ? " soal Ayra agak blur di situ.
" Mama cakap...mama nak percepatkan majlis korang minggu depan... "
Ayra mula memandang ke Arya. Kebetulan Arya tengah memandangnya juga saat itu.
Debaran di hati Arya mula terasa menantikan jawapan daripada Ayra waktu tu. Namun wajahnya seperti biasa hanya beriak tenang.
" Hmm ikut suka hati mama lah... Ayra ikut aje..Hmm Ayra dah kenyang...Ayra naik dulu..."putus Ayra seraya mula bangun tanpa banyak bicara lagi.
Mendengarkan saja kata - kata Ayra itu, Maheera lah yang paling bahagia saat itu. Arya pula hanya terdiam. Ekor matanya hanya mampu melihat Ayra yang berlalu itu. Hatinya sedikit terdetik kasihan.
" Mesti dia broken gila kan... " desis hati Arya.
Keesokan harinya, Ayra hanya masuk sekolah seperti biasa. Dia masih berlagak biasa seperti tidak mengetahui apa - apa tentang hubungan rahsia Nufael dan Dareena itu. Namun walaupun dia berlagak kuat, dia masih tidak mampu menyembunyikan rasa kecewa dan sakit hatinya bila tiap kali memandang wajah Nufael mahupun Dareena.
Ayra hanya melangkah berat menapak naik tangga untuk ke kelasnya..Hari ni sebenarnya dia sedikit tidak bermaya hendak masuk ke sekolah. Rasa macam tak sedap badan pun ada. Namun dia hanya gagahkan diri saja. Nasib baik hari ni tak ada perhimpunan yang akan dibuat.
Di tangga dia berselisih dengan Dareena.
" Eh hai babe ! " sapa Dareena ramah seperti biasa.
Ayra sedikit terdiam. Wajah manis Dareena itu dipandang penuh dengan rasa kecewa dan benci. Benar - benar dia tak menyangka kawan baiknya sendiri menikam belakangnya.
" Kenapa ni babe ? Kau nampak pucat semacam aje ? Tak sihat ke ? "soal Dareena acah - acah risau.
" Hm aku okay... "
" Oh okay lah macam tu... Aku nak pergi toilet bawah kejap eh... Toilet atas rosak... "kata Dareena seraya mula meneruskan langkahnya semula.
Ayra hanya memandang Dareena yang berlalu pergi itu. Benar - benar dia tak sangka kawan baiknya yang dianggap seperti adik beradik sendiri ternyata menikam belakangnya. Apa salah aku dengan kau Dareena sampai kau sanggup buat aku macam ni.
Tanpa membuang masa, Ayra mula meneruskan langkah lemahnya itu ke atas.
✿✿✿
Tidak tahu ke mana waktu rehat macam ni disebabkan dia jarang nak makan dekat kafeteria, Arya mula membawa langkahnya naik ke rooftop sekolah. Ingin juga dia menyambung cuci mata akan taman rekreasi yang dibina di rooftop. Hari itu tak sempat nak usya-usya sebab kena dengar Ayra membebel.
Seketika Arya mula sampai di tingkat atas. Udara yang nyaman mula dihirup Arya berulang kali. Dia mendepakan seketika tangannya. Arghhh freshnya !
Lama kelamaan dia menyedari akan kehadiran seseorang. Hmm macam Ayra aje tu ?
Namun Arya sedikit tersentak apabila dia melihat Ayra yang mula memanjat tembok rooftop dan gayanya seperti ingin melompat saja dan dalam erti kata lain bunuh diri !
" Ya Allah Ayra... "desis hati Arya sejurus berlari pantas untuk menyelamatkan Ayra ketika itu.
Buk !
Ayra pantas ditarik oleh Arya ! Ayra jatuh ke dalam dakapan Arya di atas lantai jadinya. Kedengaran Ayra teresak - esak menangis. Mereka mula terduduk.
" Apa yang kau nak cuba buat ni ? Kau dah gila ke ? "teriak Arya risau. Dia mula memaut kedua bahu Ayra.
Ayra menangis teresak - esak.
" Aku nak mati ! Kenapa kau kena selamatkan aku ? "
" Hah ? Kau nak mati ? Sebab diaorang ? Kau terseksa tapi kau nak biar diaorang bahagia ? Macam tu ? " soal Arya.
" Kau tak faham Arya ! Kau tak faham apa yang aku rasa ! Kau tak ada dekat tempat aku sekarang ! "hambur Ayra seraya memukul - mukul dada Arya.
Alahai kesian Arya jadi tempat pukulan Ayra melampiaskan rasa kecewanya pada Nufael dan Dareena. Arya menggeleng kecil. Dia mula memaut lebih erat lagi kedua bahu Ayra..
" Kau salah... Aku tahu apa yang kau rasa... Aku faham macam mana rasa sakitnya ditipu...dan Dicurangi... " luah Arya jadinya.
Ayra terdiam. Dia mula memandang Arya dengan mata merahnya akibat banyak menangis tadi.
" Kau tak hairan ke macam mana aku tahu yang Nufael tu tak ikhlas sayangkan kau ?"
Ayra mengangguk kecil.
" Hm sebelum kau rasa kecewa dan sakit hati macam sekarang... Aku yang lebih dulu ada dekat tempat kau... "ucap Arya sedikit sedih apabila mengimbas kenangan lama dan pahitnya.
" Maksud kau apa Arya ?"
" Hmm Dareena...ex girlfriend aku... "
Membuntang mata Ayra dibuatnya ! What ? Dareena ex girlfriend Arya ?
#Omg ! Saling berkait nampaknya. Sama - sama tersakiti lah macam ni ? Hmmm agak2 apa yang bakal jadi pada Ayra dan Arya ? Mereka akan bersatu ke ? Keep vote and comment ❤😍
Epilog
" Kenapa you pindah sini ? " Dareena mula bersuara.
Tanpa dipinta Arya mula mengangkat kepalanya. Dia memandang gadis di hadapannya itu. Pandangan dingin dilemparkan pada Dareena.
" You sengaja nak stalk I eh ? You still tak boleh move on dengan I kan ? "
Arya mula bangun dan menolak kerusinya ke belakang. Malas hendak melayan manusia di hadapannya ini. Buang masa dan buang tenaga. Dia mula ingin melangkah untuk berlalu pergi.
Zappp !
Bahu Arya ditarik sehingga menghadap gadis itu.
" I bercakap dengan you Tengku Arya ! " bentak gadis itu sedikit setelah Arya tidak pedulikan dirinya.
Arya mula memandang tajam ke arah Dareena.
" I pindah sini bukan sebab you ... And one more thing... kita kenal ke ? Bukan kita orang asing yang tak pernah sekali pun kenal ke ? "bidas Arya serious seraya menepis tangan Dareena yang masih memaut bahunya dari tadi.
Terdiam jadinya gadis itu. Arya mula melangkah ingin pergi semula.
" I minta maaf Arya.. I tahu I salah selama ni tapi... "
" Enough is enough.. "balas Arya ringkas seraya mula meloloskan dirinya daripada kelas 4 Alpha. Malas dia nak dengar setiap ucapan maaf dari mulut gadis itu. Dia dah muak dan semuanya sudah terlambat. Ya Dareena adalah ex girlfriendnya. Dia juga sudah terkantoi lebih dulu dengan Arya yang dia curang dengan Nufael.
Kerana itu, Arya dah banyak kali bagi hint dekat Ayra agar jangan terlalu percayakan kata sayang yang sering diucap oleh Nufael. Semua itu hanyalah dusta semata - mata. Namun siapa sangka, semuanya sudah terbongkar dan telah menyakiti hati dan perasaan Ayra.
TBC ✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro