Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

04

Nufael mula mengiringi Ayra sampai lah ke kelasnya. Menjaga betul keselematan kekasihnya ini. Dalam perjalanan Ayra berborak kecil dengan Nufael.

" Ermm awak.."panggil Ayra meleret.

" Hmm ya sayang... "sahut Nufael sambil kepalanya tertoleh memandang Ayra.

Ayra turut sama memandang Nufael waktu itu.

" Ermm awak sayang saya kan ? "

" Mesti lah...kenapa tanya macam tu? "

Ayra mula mengetap bibirnya kejap. Hujung skirt sekolahnya dipintal - pintal kecil. Dia teragak - agak ingin meneruskan pertanyaan.

" Kenapa ni sayang ? " soal Nufael lagi masih tertanya - tanya.

" Ermmm....kalau... Kita terpaksa berpisah... disebabkan mama saya tak suka awak dan  nak jodohkan saya  dengan orang lain macam mana ? "luah Ayra sedikit gementar.

Nufael terdiam. Wajahnya sedikit bertukar muram.

" Awak marah ke dengan soalan saya tu ? Saya tanya aje... Bukannya betul pun.. " Ayra mula gelabah.

Langkah Nufael terhenti. Begitu juga Ayra. Mereka mula berhadapan antara satu sama lain. Tidak semena - mena atas kepala Ayra disentuh Nufael.

" Walau apa pun yang terjadi... Saya akan tetap usahakan hubungan kita ni... Saya takkan lepaskan awak Ayra... Even mama awak tak suka saya sekali pun.. Saya tetap akan cuba cari cara untuk buat mama awak suka saya.. Dan terima saya.. Awak jangan risau ehh.. "jelas Nufael kedengaran begitu ikhlas di telinga Ayra.

Hmm baiknya Nufael ! Kenapa mama tak boleh nampak semua tu ? Kenapa mama kena salah menilai Nufael ? Perlahan - lahan Ayra mengangguk sambil menghadiahkan senyuman manisnya kepada Nufael. Seketika mereka mula meneruskan langkah ke kelas.

Sesampai di kelas, mereka masih susah untuk berenggang. Alahai macam lah tak boleh nak jumpa dah nanti. Kelas pun bukannya jauh sangat.

" Awak balik lah kelas awak dulu.."kata Ayra sambil ditolak - tolak kecil tubuh Nufael.

" Its okay... Awak masuk kelas dulu baru saya balik kelas... " kata Nufael tidak mahu kalah.

Alah jadi scene tolak menolak pula kat depan pintu kelas ni. Sehinggallah tiba - tiba kedengaran suara seseorang mula menyapa.

" Ehem... Excuse me... "

Ayra dan Nufael serta merta berganjak dan mula menoleh ke empunya suara. Ayra tayang wajah menyampah. Nufael pula sedikit terpinga. Mungkin sedikit ganjal melihat ketinggian lelaki di hadapannya kini.

Sempat Arya memberi jelingan ke arah Nufael dan Ayra waktu itu sebelum dia mula mengorak langkah masuk ke dalam kelas.

" Budak baru ke ? " soal Nufael sedikit hairan dengan pandangan yang dilemparkan oleh Arya tadi.

" Haah.. Budak baru... "

" Nama apa ? " Hmm kenapa rasa macam familiar aje ea ? Aku pernah jumpa ke ?

" Entah... Tak ambil tahu pun.. Dah abaikan dia.. Dah la saya masuk dulu eh... Bye sayang... Muahh.. " kata Ayra sempat lagi bagi flying kiss dekat Nufael.

Nufael hanya tersengih kecil melihat gelagat Ayra itu. Comel aje girlfriend aku.Seketika dia mula ingin berlalu pergi. Baru saja beberapa langkah dia terserempak dengan Dareena pula dari arah hadapan.

" Bye sayang... "ajuk Dareena sinis. Dia sempat mendengar kata - kata Ayra tadi.

Nufael menggeleng kecil. Dia sedikit ingin meraih tangan Dareena. Namun cepat saja Dareena mengelak.Dareena sedikit mencebik lalu sengaja berlalu sambil melanggar bahu Nufael. Nufael sedikit terundur. Dia mula menoleh ke belakang cuba bercakap dengan Dareena.

" Sayang... " panggil Nufael separuh berbisik. Takut orang lain dengar.

Dareena buat - buat tak dengar dan hanya berlalu masuk ke dalam kelas. Nufael sedikit menghembus nafas berat. Hmm sudah merajuk pulak kekasihnya yang satu lagi ni.

What ? Dua kekasih dalam satu masa ? Dah tu bestfriend pulak tu ? Bencana alam betul !

✿✿✿

Semua pelajar mula menyimpan segala buku - buku pelajaran mereka hari ini. Alah maklumlah dah nak balik kan ? Tunggu loceng sekolah berbunyi aje ni..

Tak lama macam tu bunyi lah loceng sekolah. Semua pelajar mula berpusu - pusu keluar. Kelihatan Arya mula bangun terlebih dahulu. Ayra hanya memandang pelik melihat gelagat Arya yang bangun itu. Oh kalau balik awal betul ya budak pendek ni. Seketika Ayra juga mula mengemas beberapa bukunya malas dia nak sibuk pasal budak baru tu.

" Babe.. Aku keluar dulu eh... Nak pergi toilet kejap.. "

" Haah okay bye ! " balas Ayra sambil dilambaikan tangannya.

Baru saja Dareena keluar daripada kelas, Arya tiba - tiba mendekati meja Ayra. Ayra sedikit tersentak. Dia mendongak memandang Arya memandangkan Ayra masih duduk di tempatnya.

" Nak apa ? " soal Ayra pelik.

Buk !

Modul matematik Sir Ah Heng milik Ayra diletakkan selamba di atas meja setelah itu dia berlalu tanpa menunggu respon daripada Ayra.

Membulat mata Ayra melihat modulnya elok saja ada yang dibawanya hari ni. What ?! Mamat tu yang punya kerja bawa sorok aku punya modul ? Dah tu boleh aje dia biar aku kena denda hari ni ? Ini boleh mendatangkan kemarahan. Ayra pantas mencapai modul tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg sekolah. Setelah dia mula melangkah untuk mengejar Arya. Dia kena bagi ceramah sikit dekat budak pendek tu !

Namun siapa sangka langkah Arya begitu laju sehingga sekelip mata saja dia sudah lesap entah ke mana.

" Eh ? Mana dia pergi ? Cepat betul dia jalan ? Turbo ke apa kaki dia ni ? " bisik hati Ayra sambil mata melirih mencari kelibat Arya di sekelilingnya.




Malas hendak mencari lagi kelibat si Arya, dia mula berlalu untuk ke pintu pagar JIKJIN. Hmm hari ni Nufael ada training basketball pulak. Tak  boleh lah nak jumpa dia sebelum balik. Sesampainya di kereta, Ayra pantas masuk ke dalam. Pasti drivernya dah tunggu lama kan ? Hahaha cari si Arya punya pasal.

" Sorry abang Lan... Ayra terlam.... " kata - katanya terhenti. Mulutnya sedikit ternganga. Dia baru perasan akan kehadiran orang yang agak asing di seat sebelahnya .

Tersentak hebat juga dibuatnya. Aku punya lah cari mamat pendek ni rupa - rupanya...

" Kau buat apa dalam kereta aku ?! " teriak Ayra.

Arya hanya tayang wajah dinginnya. Langsung tidak terkejut akan kehadiran Ayra disebelahnya itu.

Setelah tidak mendapat respon daripada Arya, dia pantas menyoal drivernya pula.

" Abang Lan ! Mamat pendek ni buat apa dalam kereta Ayra ?! Siapa bagi izin dia naik kereta Ayra ?"

" Errr...tapi dia kan tu..tu... " tergagap abang Lan dibuatnya.

" Tu.. Tu... Apa abang Lan ?! " bentak Ayra mula geram. Abang Lan ni pun time sekarang juga nak tergagap la apa lah.

" Abang Lan... Jalan aje... Tak payah hiraukan anak majikan abang Lan ni... "balas Arya selamba.

Tertoleh terus Ayra ke arah Arya. What ? Beraninya dia bagi arahan dekat driver aku. Dia ingat dia siapa ?

" Kau apa hal ? Kau turun sekarang ! Pandai - pandai aje naik kereta orang... " kata Ayra seraya memukul - mukul Arya waktu itu. Dia dah tak boleh nak bertenang dengan mamat pendek ni.

Zap !

Tangan yang memukul tadi pantas ditahan oleh Arya. Arya memandang tajam ke arah Ayra. Tersentak Ayra dibuatnya. Arya mula mendekatkan wajahnya ke arah Ayra.

Glurp !

Tertelan liur Ayra dibuatnya. Hanya tinggal seinci Arya mula tersenyum sinis.

" Kau panggil aku apa tadi ? Mamat pendek ? " soal Arya sambil anak matanya menikam anak mata Ayra waktu itu.

" Err.. Lepaslah tangan aku ! " tangan dirontanya sedikit. Dia sedikit gerun menerima pandangan mata daripada Arya waktu itu.

Arya masih kuat mencengkam tangan milik Ayra.

" Kau...kau...nak apa ? Kau siapa hah sebenarnya? " balas Ayra.

" Aku ? Heh... Aku... Tengku Arya Tashfeen.... Tunang kau Ayra... "ucap Arya sepatah demi sepatah.

Ayra tersentak hebat dan terdiam jadinya. Terkejut juga lah dibuatnya. Tidak menyangka di hadapannya kini adalah tunang dia sendiri. Jadi yang aunty Mahzeera cakap Arya nak pindah sekolah tu ? Sekolah aku lah ?

Tidak disangka - sangka Ayra tiba - tiba melorot jatuh pengsan. Hahahah punya tak boleh terima kenyataan sampai pengsan dibuatnya.

" Ehh Ayra... " Arya mula mendakap tubuh Ayra jadinya.

" Ya Allah cik Ayra ! " teriak abang Lan di hadapan juga.

✿✿✿

Terpacak Ayra  tersedar daripada pengsannya yang agak lama juga. Dia menarik nafas panjang. Aku mimpi ke ? Tadi semua tu mimpi kan ? Namun dia baru perasan yang dia masih lengkap berpakaian sekolah. Bermakna memang apa yang jadi tadi tu realiti lah ?

" Ayra dah sedar ? " sapa Maheera yang baru masuk ke dalam bilik Ayra tika itu.

" Maa !! " teriaknya kuat.

" Heyy apa jerit - jerit ni ? " ngomel Maheera lalu mendekati Ayra.

" Maa.. Apa yang jadi ? Ayra pengsan kan ? Ermm siapa yang bawa balik Ayra ? "

" Hah Ayra pengsan...Siapa bawa balik Ayra ? Tunang Ayra lah... Arya... "

Tiba - tiba orang yang disebut - sebut mula memunculkan diri. Dia mengusung sebuah dulang dengan riak wajah tenangnya.

" Hah panjang umur... Tu Arya dah datang... "

Ayra menoleh. Hmm memang realiti bukan mimpi. Ayra hanya memandang setiap pergerakkan Arya. Wajah tenang yang dipamerkan sedikit sebanyak membuatkan Ayra geram.

" Rileks betul kan dia ? Means memang dalam kelas seharian ni dia tahu lah aku ni tunang dia ? Tapi dia berlagak buat tak tahu aje ? " bisik hatinya.

" Ma.. Boleh tinggalkan Ayra sekejap dengan Arya ? " pinta Ayra.

" Okay... Tapi jangan buat yang bukan - bukan.. Korang baru aje bertunang.. Bukan suami isteri lagi... Ingat ! "

" Ish mama ni... Orang tahu lah..."

Seketika Maheera mula berlalu pergi. Tinggallah mereka berdua di bilik itu.

" Hmmm asal kau tak mengaku aje awal - awal yang kau tunang aku dekat sekolah tadi ? Kau nak  bodohkan aku ke apa ? "

Arya sedikit terdiam. Dia hanya memandang wajah Ayra yang sedang mencerlung ke arahnya. Hmm kenapa Ayra  ni agak berbeza dengan Ayra yang aku jumpa masa kecik - kecik dulu ? Kenapa sekarang garang semacam ? Tertelan anak singa ke hape ?

" Kau diam kenapa ? "

Arya  meletakkan seketika dulang tersebut di atas meja bersebelahan katil Ayra. Selepas itu, dia mula berpeluk tubuh.

" Macam mana aku nak bagitahu kalau kau asyik sibuk sangat dengan boyfriend kau tu ? " balas Arya pedas.

Ayra terdiam jadinya. Hah ambik terkena batang hidung sendiri.

" Hmm suka hati aku lah.. Lagi pun aku tak suka pun dijodohkan dengan kau ! Aku dah ada boyfriend lah...dan aku sayangkan dia...bukannya kau.. " jelas Ayra straight to the point.

Arya sedikit tersenyum sinis.

" Kau sayang boyfriend kau ? Kau ingat dia sayangkan kau sangat ke ? " balas Arya kembali. Dia juga tidak mahu kalah.

Ayra sedikit terpinga. Apa maksud Arya ni ? Kenapa nak kena kaitkan dengan Nufael pulak ? Macam lah dia kenal sangat dengan Nufael.

#Alahaiii banyak teka teki ya. Hmm betul ke Nufael tak betul - betul sayangkan Ayra ? Hmm Arya tahu ke siapa Nufael sebenarnya di belakang Ayra ? Keep vote and comment 🦋




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro