03
Jam mula bergerak ke angka 11.30 pagi, ini bermakna bermula lah kelas Sir Ah Heng iaitu subjek Matematik. Semua pelajar mula sibuk mengeluarkan modul Matematik yang telah disediakan oleh Sir Ah Heng sebelum ni.Namun hanya Ayra saja yang terkulat - kulat sendiri masih menyelongkar beg sekolahnya. Eh mana pula hilangnya modul Sir ni ? Aku rasa aku dah bawa pagi tadi.
Dareena di sebelah kanan hanya memerhati sejak tadi Ayra yang menyelongkar beg sekolahnya.
" Asal babe ? " soalnya turut sama tertanya - tanya.
" Modul aku tak ada...Tapi aku yakin aku bawa pagi tadi... " bisik Ayra. Takut kalau Sir Ah Heng dengar pula nanti.
" What ? Seriously? Kau jangan buat main tak bawa modul Sir ?! "teriak Dareena kedengaran agak kuat di segenap kelas 4 Alpha.
" Shhhh ! " Ayra memberi isyarat menyuruh Dareena perlahankan suaranya yang agak kuat itu. Takut didengari oleh Sir Ah Heng pula.
Namun semuanya sudah terlambat apabila mereka berdua tidak menyedari yang Sir Ah Heng sudah berdiri sambil bercekak pinggang di antara meja yang sedang mereka duduki saat ini.
" Apa ? Ada student I yang tak bawa modul matematik I ? " soal Sir Ah Heng serious. Nada seakan memerli Ayra saat itu.
Ayra mengetap bibir menyedari akan dirinya yang sudah terkantoi dek kerana suara kuat Dareena. Dia mula mempamerkan wajah kesian kepada Sir Ah Heng. Itu saja lah yang mampu dia buat sekarang. Cuba meraih simpati !
" Get out from my class ! " teriak nyaring Sir Ah Heng jadinya. Memang takkan dapat lah belas kasihan kalau waktu kelas Sir Ah Heng ni.
Ayra mengangkat punggungnya malas lalu mengorak langkah untuk keluar berdiri di luar kelas. Dah faham sangat dah apa yang denda Sir Ah Heng akan berikan. Eh macam selalu aje kena denda dengan Sir nampak ? HAHAHA.
Di luar kelas seperti biasa akan didenda berdiri sehingga tamat waktu kelas Sir Ah Heng. Hm nasib Ayra la hari ni kena denda ! Ayra mendengus kecil. Dia sedikit tidak berpuas hati. Masa kan tidak dia membawa buku Sir Ah Heng ! Aku ingat lagi aku ada pegang sebelum aku terlanggar orang lepas tu...
" Hah terlanggar budak lelaki tak silap aku tadi... Tapi aku tak perasan pula muka dia haish..."ngomel kecil Ayra tanpa sedar. Mulut tu duk pok pek pok pek aje daripada tadi.
Namun tiba - tiba dia berhenti bercakap apabila seseorang mula melintasi dirinya dan mengambil tempat di ruang kanannya. Ayra tayang wajah pelik. Dah kenapa budak baru ni pun berdiri dekat luar ? Kena denda juga ke ?
Kelihatan pelajar lelaki tersebut mula bersandar kecil pada dinding seraya tangannya di masukkan ke dalam poket seluar sekolah. Dia hanya tenang memandang ke hadapan. Langsung tidak endah akan Ayra yang terus menerus memandangnya dari sisi.
" Psstt... Pssttt... " panggil Ayra perlahan acah - acah berbisik.
Tidak sedikit pun dia berpaling ke arah Ayra. Masih diposisi yang sama.
Ayra mengetap bibir menahan geram. Dia ni pekak ke hape ? Buat derk aje dekat aku ? Ayra memandang pelajar lelaki yang ketinggiannya paras telinga Ayra. First time dho aku jumpa budak lelaki dekat JIKJIN ni rendah.
" Oii budak pendek... " mulutnya mula tiada insurans.
Serta merta pelajar lelaki itu memandang tajam dan dingin ke arah Ayra.
Glurp !
Bebola mata Ayra mula bergerak ke arah kiri dan kanan. Alamak ! Aku tersalah panggil ke ? Dia terasa ke ? Mampus aku !
" Errr... Ermmm.. Errrr... Asal kau kena denda sini juga ? " soal Ayra sedikit gugup.
" Hmm none of your business.. "jawabnya selamba. Dia mula memandang ke hadapan semula.
Pehhh angin bhaiii dibuatnya Ayra. Aku tanya elok - elok kot. Dia ni memang nak di blacklist kan dalam hidup aku ni. Ayra mula buat tak endah dengan pelajar lelaki itu. Malas aku nak layan budak sombong macam mamat pendek ni. Ayra mula memusingkan kepalanya ke arah lain. Malas nak tengok mamat pendek berlagak ni. Dah kenapa kena denda dengan dia entah !
Lama kelamaan cincin pemberian Nufael ditilik Ayra seketika. Eh dia boleh pakai aksesori ke sekolah ? Well JIKJIN memang boleh kalau nak berhias cantik - cantik dengan aksesori janji tak mengganggu pelajaran sudah. Namun itu yang sedikit sebanyak menganggu pelajar baru disebelah Ayra. Hmm kenapa cincin pemberian lelaki lain juga yang bertahta di jari manis Ayra ?
" Tengku Ayra Tahleea.. " gumam pelajar baru itu tiba - tiba.
Automatik tertoleh Ayra ke arahnya.
" Mana kau tahu nama penuh aku ? Kita tak berkenalan apa - apa lagi pun ea ! " Ayra mula tidak senang hati. Creepy pula mamat pendek ni.
Pelajar itu tersenyum sinis. Sebelum dia mula menghadap Ayra dengan lebih dekat. Ayra sedikit ke belakang jadinya.
" Dengan tunang sendiri pun dah tak kenal ke ? "
Membulat besar mata Ayra dibuatnya ! What ? Tunang aku ? Arya ? Tengku Arya Tashfeen ?!
Buk !
Lamunan Arya terhenti. Terus terbang ditiup angin jadinya cehh ! Terasa kepalanya sedikit sakit. Kenapa ? Mana tak nya kalau dia dibaling botol mineral kosong dari jauh. Arya menoleh ke arah datangnya balingan tersebut.
" Kau nak berdiri lama mana dekat situ ? Sir Ah Heng dah keluar lah... Tak nak masuk ke ? " soal Ayra yang hanya menjengukkan kepalanya daripada dalam kelas. Muka bersahaja ditayangnya walaupun baru baling botol mineral dekat kepala Arya. Hahaha bertuah punya budak !
Arya hanya balas dengan jelingan saja. Hish dia ni suka - suka aje baling botol air dekat aku? Hmm mimpi rupanya ! Ingatkan dah betul dah tadi yang dirinya sudah mengaku sebagai tunang Ayra.
Jadi betul lah pelajar lelaki itu tunang Ayra ? Hm ya, dia Tengku Arya Tashfeen. Sepupu dan merangkap tunang kepada Tengku Ayra Tahleea. Namun masih lagi si Ayra tak perasan akan kehadiran tunang sendiri memandangkan mereka juga sudah lama tidak bersua.
Hanya Arya seorang saja yang masih mengingati raut wajah sepupunya a.k.a tunangnya itu.
✿✿✿
Loceng rehat telah berbunyi apabila angka jam telah bergerak menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Kini tiba untuk para pelajar menikmati waktu lunch mereka. Kelihatan semua pelajar mula berpusu - pusu keluar daripada kelas 4 Alpha.
" Babe... Kau nak makan apa hari ni dekat cafe ? "soal Dareena.
" Ermmm entah lah... Tengok lah nanti aku tanya Fael... " tangan ligat menyimpan buku - buku di dalam laci meja.
Tetiba Ayra melirih sedikit ke arah pelajar baru yang hanya melentokkan kepalanya di atas meja membelakangi dirinya. Mamat ni tak nak rehat ke ? Tak lapar ke tak makan lunch ?
Tok ! Tok !
Pintu hadapan kelas diketuk mula mendapat perhatian Ayra dan Dareena.
" Tu cinta hati kau dah datang... "kata Dareena teruja. Macam lah boyfriend dia yang datang cehh !
Ayra menguntum senyuman melihat jejaka handsome yang siap berpakaian kemas sebagai ketua pelajar di pintu kelas. Terlupa terus akan pelajar lelaki baru di sebelah.Pantas dia dan Dareena mula mengatur langkah mendekati Nufael di situ.
Mereka bertiga mula menghilang buat seketika. Tinggallah Arya seorang diri di kelas itu. Kepalanya masih sedap dilentok di atas meja. Tidak langsung terusik. Entah apa yang dia mengantuk sangat pun tak tahu lah.
Namun ketenangannya tidak terhenti di situ apabila seorang gadis mula menapak masuk ke dalam kelas 4 Alpha.Pintu kelas ditutupnya sedikit.Gadis itu mula mendekati meja yang Arya sedang duduki.
" Kenapa you pindah sini ? " dia mula bersuara.
Tanpa dipinta Arya mula mengangkat kepalanya. Dia memandang gadis di hadapannya itu. Pandangan dingin dilemparkan.
" You sengaja nak stalk I eh ? You still tak boleh move on dengan I kan ? "
Arya mula bangun dan menolak kerusinya ke belakang. Malas hendak melayan manusia di hadapannya ini. Buang masa dan buang tenaga. Dia mula ingin melangkah untuk berlalu pergi.
Zappp !
Bahu Arya ditarik sehingga menghadap gadis itu.
" I bercakap dengan you Tengku Arya ! " bentak gadis itu sedikit setelah Arya tidak pedulikan dirinya.
Arya mula memandang tajam.
" I pindah sini bukan sebab you ... And one more thing... kita kenal ke ? Bukan kita orang asing yang tak pernah sekali pun kenal ke ? "bidas Arya serious seraya menepis tangan si gadis yang masih memaut bahunya dari tadi.
Terdiam jadinya gadis itu. Arya mula melangkah ingin pergi semula.
" I minta maaf Arya.. I tahu I salah selama ni tapi... "
" Enough is enough.. "balas Arya ringkas seraya mula meloloskan dirinya daripada kelas 4 Alpha. Malas dia nak dengar setiap ucapan maaf dari mulut gadis itu. Dia dah muak dan semuanya sudah terlambat.
✿✿✿
" Kenapa semalaman sunyi aje ? " soal Nufael tenang. Dia duduk berhadapan dengan Ayra.
Ayra mengetap bibir. Dia terkulat sendiri. Aduh mati aku ! Aku nak jawab apa ni ? Ermm otak berfungsi please.
" Errr... Semalam... Semalam... Ayra... Ada family dinner dengan keluarga belah papa.. " bohong Ayra.
" Ohhh... Macam tu... Okay tak apa lah... " Nufael mula memercayai Ayra.
Fuhhh nasib baik Fael percaya dan tak tanya banyak. Ayra mengesat peluh di dahinya dengan tangan.
" Stop.. " tahan Nufael tiba - tiba.
Terhenti tindakan Ayra. Dia sedikit terpinga.
Seketika sapu tangan kecil dikeluarkan daripada poket seluar lalu dilap perlahan peluh Ayra itu.
" Jangan guna tangan... Kotor nanti... " bicara Nufael lembut sambil tangannya giat mengelap peluh Ayra.
Ayra menguntum senyuman lebarnya. Alahai sweetnya boyfriend aku ni ! Nufael juga mula mempamerkan senyuman manisnya kepada Ayra.
" Amboi - amboi sweet couple ni...ingat cafeteria ni korang dua punya aje ke ? " tegur Dareena yang baru muncul setelah meminta diri ke toilet tadi.
Ayra tersenyum malu. Nufael juga sedikit terdiam sambil mengusap kecil belakang kepalanya. Dia sedikit berdehem.
" Korang dah makan ke ? " soal Dareena mula mengambil tempat duduknya.
" Haah dah... Kau nak makan apa ? "
" Ermm tak apa la malas... "
" Eh no ! Tak boleh macam tu... Fael sayang... Tolong orderkan makanan macam kita tadi untuk Dareena boleh ? " kata Ayra.
Nufael sedikit tercengang namun lama kelamaan dia mengangguk seraya mula bangun dan berlalu untuk membuat pesanan.
" Kau jangan malas nak makan sangat eh... Jangan kata kau nak diet pulak ! Badan dah langsing dah pun... " bebel Ayra.
Dareena hanya mencebik.
" Ish kau ni kan... " balas Dareena seraya mencubit pipi Ayra.
#Hmm siapa agak2 nya gadis yg datang menemui Arya ? Curious tak ? Stay tuned ya ! Keep vote and comment 🦋
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro