01
Tiada angin, tiada ribut entah mengapa tiba - tiba dia mendapat pengkhabaran yang amat mengusutkan kepalanya saat ini ? Nafasnya dihela berat. Tiada pilihan kata putus yang dapat dia berikan kepada mamanya. Tahu saja perkataan 'Tidak ' takkan ada dalam kamus hidup mamanya.
" What mom ? Kahwin dengan anak kembar mama ? Anak aunty Mahzeera ? Arya ?" kata Ayra sambil memandang dengan penuh rasa tidak puas hati ke arah Maheera saat ini.
Maheera mengangguk tenang. Dia sedikit lega setelah menyampaikan hasratnya yang sudah berapa minggu terbuku di hati, walaupun dia tahu pasti saja anak perempuannya tidak akan bersetuju.
Ayra tertawa sinis." But why ? Mama tahu kan Ayra dah ada boyfriend ! Ayra tak nak kahwin dengan orang lain...lagi pun Ayra masih belajar kan ? Masih tingkatan empat ! Lambat lagi Ayra nak kahwin..."
" Dah ada boyfriend ? Oh jadi Ayra masih berhubungan dengan budak lelaki tu lah ? Berapa kali dah mama cakap, mama tak suka dengan budak lelaki yang Ayra berkawan tu...mama dah suruh Ayra break up dengan dia kan ?"
Ayra terkelu. Dia tersedar yang dia sudah terlepas cakap. Ya memang dia tahu mamanya tidak pernah suka akan boyfriendnya iaitu Nufael Adni. Maheera juga pernah menyuruh dirinya untuk memutuskan hubungan dengan Nufael tetapi dia tidak melakukan itu sama sekali.
Ayra menggigit kecil bibirnya. " Ermmm Ayra sayang dia maa ! Ayra tak boleh putus dengan Fael ! " katanya masih tidak mahu kalah.
Maheera menggeleng kecil.
" That's your problem ! Mama tak nak dengar apa - apa lagi, yang mama nak tahu dua minggu lagi Ayra bertunang dengan Arya ! " Maheera sudah tidak mahu berdalih lagi. Nak ikutkan sangat kepala Ayra yang degil ni bukannya boleh.
" Apa bising - bising ni ?" suara papa Ayra, Tengku Laes mula kedengaran. Dia mula menuruni anak tangga.
Maheera dan Ayra serentak memandang Tengku Laes yang baru turun daripada tingkat atas waktu itu. Wajah dingin Tengku Laes mula menghiasi pandangan mereka berdua. Maheera tersenyum lebar buat sang suami. Dia terasa memperoleh kemenangan bila suaminya mula memunculkan diri. Kenapa ?
" Hmm ni anak papa protes tak nak bertunang dengan...."
" Okay fine ! Buat la apa yang mama nak buat ! " putus Ayra seraya mula bangun dan beredar pergi dari ruang tersebut. Seorang Tengku Ayra Tahleea takkan berani nak melawan di hadapan papanya, Tengku Laes. Itu kelemahannya.
✿✿✿
Dua kanak - kanak kecil lingkungan dalam lima tahun sedang berlarian sesama sendiri di taman permainan. Gelak ketawa mereka juga seiring dengan kaki yang berlari. Sungguh bahagia mereka ketika itu tanpa memikirkan apa - apa masalah memandangkan diusia mereka tiada apa yang patut dirisaukan.
Setelah penat bermain lari - lari, kini salah satu kanak - kanak kecil tersebut mula naik buaian pula. Dihanyun kecil dengan kaki yang terkial - kial. Maklumlah baru lima tahun kaki mana nak sampai sangat kan ?
" Sini lah Arya ayunkan !" ujar satu lagi kanak - kanak kecil itu. Tali buaian mula digenggamnya.
Ayra hanya menguntum senyuman. " Ayun laju - laju tau Arya !"
Arya hanya akur dan menuruti permintaan Ayra waktu itu. Sungguh teruja la si Ayra bila dapat main buaian ditambah dengan kelajuan bagaikan ribut hahaha. Namun siapa sangka apabila terlampau laju sangat ayunan buaian tersebut sehingga menyebabkan si Ayra jatuh tersembam mencium rumput jadinya.
Tersentak Arya waktu itu.
"Ayra !" Langsung diterpa ke arah Ayra.Cuba membantu Ayra yang sudah menangis teresak - esak jadinya. Arya mula memapah Ayra lalu didudukkannya di suatu sudut.
Dibelek kaki Ayra masa tu oleh Arya yang kelihatan sedikit terluka. Risau kalau ada kecederaan yang teruk. Pasti saja dirinya yang akan dimarahi pula oleh mama Ayra nanti.
Esakkan Ayra makin menjadi - jadi. Naik risau pula Arya dibuatnya. Sakit sangat ke si Ayra ni ? Haish habis lah aku kenal membebel dengan mama nanti.
" Shhh...jangan la nangis Ayra. Luka sikit aje ni.." pujuk Arya sambil ditiup - tiup kecil Arya.
Melihatkan usaha Arya yang meniup luka di kakinya itu, esakkan Ayra makin reda. Sebenarnya tak ada lah sakit mana pun, sengaja nak tengok si Arya ni kisah ke tidak dengan dirinya.
" Jangan bagitahu mama Heera ya yang Arya ayun buaian laju - laju...nanti Arya kena marah dengan mama Zeera..."pinta Arya sambil wajah kesian ditayangnya.
Ayra menggangguk.
" Boleh ! Ermm....tapi dengan satu syarat...." Jari telunjuk yang melambangkan satu ditunjuk pada Arya waktu itu.
Arya sedikit berkerut dahinya. Syarat apa pula si Ayra ni ?
" Syarat apa ?"
" Nanti....bila dah besar..kahwin dengan Ayra !"
Pap !
Meja Ayra ditepuk kuat sehingga melayang terus bayangan masa lampaunya itu. Ayra mendongak memandang empunya tangan yang menepuk meja itu. Ayra tayang wajah berkerut.
" Kau asal ni babe ? Mengelamun aje hari ni ? Ada problem ke ? Tak nak share ?" soal Dareena. Kawan baik Ayra daripada mula masuk sekolah menengah. Nama penuhnya Arfa Dareena. Nama secantik orangnya.
Dareena mula mengambil tempat duduk di sebelah Ayra memandangkan meja dioarang dalam kelas memang sebelah menyebelah. Cuma meja belajar dipisah - pisahkan sedikit.
" Hmm nothing..." Ayra cuba berdalih. Entah mengapa untuk masalah yang satu ini dia tidak mahu berkongsi pada Dareena.
" Seriously nothing ? Ke kau gaduh dengan Nufael ?" teka Dareena.
Ayra menggeleng malas. " Bukan lah. Mana ada aku gaduh dengan Fael. Jangan risau, aku okay aje..."nafi Ayra.
" Hmm okay...kalau kau rasa nak cerita dekat aku...cerita ya !" bahu Ayra diusap lembut.
Hmm buat masa sekarang, Ayra tak rasa yang dia boleh ceritakan masalahnya pada sesiapa pun. Biar setakat ni hanya dia saja yang tahu. Bila teringatkan kembali bayangan masa lampaunya tadi, dia sedikit mengeluh. Ish takkan lah si Arya sepupunya itu menganggap syarat yang dibuatnya dulu tu satu hal yang serius ? Haish aku main - main aje lah. Nama pun budak - budak masa tu.
Macam mana agaknya Arya yang sekarang ya ? Dah hampir berapa tahun rasanya aku tak jumpa dia. Kali terakhir jumpa pun masa umur kitaorang enam tahun. Selepas tu dah tak jumpa atau berhubungan langsung sampai sekarang. Dah tu sekarang tiba - tiba kena bertunang ? Haish mesti dia yang minta pada mamanya ni untuk bertunang dengan aku !
✿✿✿
Cincin dijari manisnya dibelek tidak henti - henti. Sekelip mata Ayra sah menjadi tunang orang. Tak sangka dua minggu yang ditetapkan oleh mama itu secepat ini. Sumpah aku tak ready gila ! Di usia 16 tahun ni aku jadi tunang orang ? Dah tu dengan orang yang bukan pilihan hati aku pulak tu. Betul - betul mimpi buruk.
Ayra baru aje selesai majlis pertunangannya tadi. Kelihatan semua tetamu yang dijemput sudah beransur balik ke rumah masing - masing. Kini Ayra hanya duduk - duduk santai di meja makan bersama Maheera dan Mahzeera.
" Ayra..kenapa muka monyok aje tu ? " tegur Maheera sedangkan dia dah tahu kenapa ? Sengaja nak naikkan angin anak perempuannya itu.
Ayra menjeling kecil. Hish geram aje aku dengan mama ni. Buat - buat tanya pulak. Muka aku macam ni pun semua sebab dia juga lah ! Tunang aku ni pun satu ! Boleh pula hari pertunangan ni dia tak boleh nak datang ? Lepas tangan betul ! Macam tak kisah aje kan bertunang awal macam ni ?
" Arya memang tak boleh datang ke Zeera ? " soal Maheera yang juga agak terkilan tidak boleh bersua muka dengan bakal menantunya itu. Maklumlah dia juga dah lama tak berjumpa dengan si Arya tu. Kali terakhir juga masa kecil - kecil dulu.
Ayra hanya mencuri - curi dengar akan perbualan mamanya itu dengan aunty Mahzeeranya.
Mahzeera menggeleng kecil. " Dia sibuk sikit akhir - akhir ni...lagi pula dalam masa terdekat ni kan dia dah nak pindah sekolah..." jelas Mahzeera.
Pindah sekolah ? Nak pindah sekolah mana pula si Arya ni ? Haish misteri betul nampak. Ayra masih mencuri - curi dengar lagi. Telinga lintah betul ya kau ni Ayra.
" Ohh macam tu...tak apa lah...ermm ada gambar Arya ? Lama tak tengok dia...mesti dah besar handsome kan ? " pinta Maheera benar - benar ingin melihat rupa paras anak saudaranya yang ingin menjadi menantunya nanti.
Dengarkan saja permintaan Maheera, automatik Ayra turut sama memanjangkan leher ke arah mamanya. Hahahah kantoi nak tengok juga tu. Sudah semestinya lah ! Tunang aku kot. Nak juga tengok muka dia. Ehhhhh.
" Ermmm macam mana nak cakap eh...Arya ni bila dah besar dia lain sikit..."
Ayra tayang wajah terpinga. Dah besar dia lain sikit ? Maksudnya ? Tak normal ke ? Aduh mampus aku tertunang dengan orang tak normal pulak dah. Ayra menepuk kecil dahinya.
" Apa yang lain ? " soal Maheera terkejut.
Mahzeera tergelak kecil mendengarkan pertanyaan Maheera yang agak kedengaran terkejut tu. " Bukan lain apanya...cuma dia tak suka bergambar...Zeera sendiri pun tak simpan gambar dia.." jelas Mahzeera.
Ayra menghembus nafas lega. Ingatkan apa tadi haish aunty Zeera ni buat aku kecut perut aje. Hm tapi ada betulnya juga cakap mama si Arya ni. Sumpah weh aku dah cari instagram dia. Ingatkan boleh lah stalk ke apa kan ? Hmm hampeh ! Habuk pun tak ada ! Dia ada follower ramai tapi gambar dia satu pun tak ada. Semuanya hanya semata - mata gambar pemandangan yang tak ada tunjuk muka dia langsung.
" Mesti tak handsome, sebab tu tak suka bergambar." gumam Ayra perlahan tanpa sedar hampir didengari oleh Maheera dan Mahzeera.
" Ayra cakap apa ? " soal Maheera.
" Hah ? Tak cakap apa pun..." dalih Ayra sambil tersengih - sengih cuba menutupi kelancangan kata - katanya sebentar tadi.
Tergeleng - geleng kepala Maheera jadinya. " Dah pergi masuk dalam. Mandi ke apa...jangan curi - curi dengar orang tua nak berborak..." halau Maheera sambil ditolak - tolak kecil tubuh Ayra.
Ayra mencebik. Ish mama ni ! Punggungnya diangkat malas. Dia mula melangkah pergi dari situ.
#Heyyo ! We meet again. Heee ada reader yg rindu story daripada author tak ni ? Author pun rindu vote and comment2 reader. So amacam bab 1 ? Orite tak orite ! Keep vote and comment ya ✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro