Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

_8_


Mulut Anne terkumat-kamit mengikut bait-bait lirik lagu SOME yang dinyanyikan oleh kumpulan BOLBBALGAN4 sambil tangannya masih menyiram pokok-pokok bunga di taman itu.

Sekian lama taman itu tidak terjaga, sekarang telah cantik dijaga rapi olehnya.

Anne selesai menyiram pokok bunga. Nafas dihela dengan kasar. Udara yang segar itu disedutnya lalu dihembus kembali.

Bakul yang berisi bermacam-macam jenis bunga yang dipetik yang tadi sebelum dia menyiram pokok bunga itu diangkat.

Dia mengatur langkah sambil melihat kedalam bakul itu.

Buk!!

"Aduh." Anne mengaduh sakit sambil menggosok kepalanya yang sakit.

Lelaki yang dilanggarnya tadi hanya diam.

"Maaf.. maaf.. saya tak sengaja." Ucap Anne yang masih menunduk.

"Tak apa. Langgar banyak kali pun tak apa." Kata lelaki itu sambil memegang dadanya.

"MWO??" Anne terkejut. Dia mandang lelaki itu yang sedang tersenyum kearahnya.

Cepat-cepat lelaki itu menggeleng.

"Aaa.. T-tak ada apa-apa."

"Sekali lagi saya minta maaf." Ucap Anne.

"Oh tak apa."

"Errr... Kalau macam tu, saya minta diri dulu." Kata Anne.

Baru sahaja hendak pergi, dia dipanggil.

"Boleh saya tahu nama awak?" Tanya lelaki itu.

"Anne.. Kim Anne.."

"Ouh. Saya Park Jimin."

Mereka berjabat tangan buat seketika. Lalu Anne pun meminta diri dan beredar dari situ.

"Cantik nama dia. Macam tuan dia." Ucap Jimin lalu ketawa.

"Auch!"

Sekali lagi urat belakangnya menyala berkelip-kelip. Jimin hanya menggosok lehernya sambil melihat keadaan sekeliling taman itu.

"Cantik. Lagi cantik dari yang sebelum ni." Ucap Jimin lalu dia pun berjalan-jalan didalam taman itu.






















Hmmmmm....

Nak sad atau happy ending eahh🤔

Baideway jangan lupa vote atau komen tau😉

Jasa anda sgt dihargai😁

Mungkin akan tamat dalam beberapa chapter lagi😙

Thanks yang mana support😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro