
_7_
FLASHBACK...
Jimin duduk di birai katil sambil termenung. Pintu bilik dibuka. Dia hanya memandang sekilas ke arah Jungkook yang sedang membawa semangkuk bubur sebagai sarapan pagi untuknya.
Jungkook mengukir senyuman lalu duduk di sebelah Jimin. Walaupun sebenarnya hati Jungkook hancur melihat kawan baiknya sedemikian rupa.
Tetapi Jungkook cuba mengawal emosinya.
" Jimin..." Panggil Jungkook. Namun Jimin tidak menyahut.
"Jimin..." Panggil Jungkook lagi namun reaksi Jimin masih sama.
Jungkook mengeluh sambil mengacau bubur yang masih panas itu.
"Jimin, jom makan." Ajak Jungkook lalu mengarahkan sudu yang berisi bubur itu ke mulut Jimin.
Jimin menggeleng.
"Makanlah sikit." Pujuk Jungkook.
Jimin masih menggeleng.
Jungkook mengeluh kasar. Dia cuba menahan sabar.
"Makan..."
"TAK NAK!!" Jerit jimin lalu menolak kasar sudu yang dipegang oleh Jungkook sehingga mangkuk yang dipegangnya turut terjatuh.
PANG!!
Satu tamparan hinggap di pipi Jimin. Dada Jungkook berombak-ombak kerana amarah.
Sabarnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Hatinya semakin sakit.
Jimin memegang pipinya yang sakit sambil melihat kearah Jungkook.
"Kau memang menyusahkan aku!! Susah sangat ke makan!!? Aku tak minta apa pun dari kau!! Aku nak kau makan jer!!"
Kolar baju Jimin ditarik oleh Jungkook sehingga Jimin terbangun.
"Kau tu dahlah sakit!! Lepastu menyusahkan orang!! Kau memang nak mati ke!!?"
Badan jimin dihempaskan ke atas lantai menyebabkan lelaki itu menjerit kesakitan.
Badan jimin dipukul beberapa kali lalu disepak.
Jimin hanya menjerit kesakitan.
"Argh!! Sakit!!!"
"Baik kau mati tau tak!!!"
Sekali lagi Jungkook cuba menyepak Jimin namun Seokjin dengan cepat menahannya.
"Apa kau buat ni, Jungkook!?" Tanya Seokjin sambil menghampiri Jimin yang terbaring di atas lantai menahan sakit.
Dengan pantas Jimin memeluk Seokjin dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia ketakutan.
Jungkook diam tidak menjawab pertanyaan Seokjin malah memandang tajam kearah Jimin lalu keluar dari bilik itu.
Jimin yang masih ketakutan itu segera ditenangkan oleh Seokjin.
Sejak kejadian itulah, Seokjin mengambil alih dalam menjaga Jimin. Bahkan Jungkook tidak pernah muncul menjenguknya.
Kerana setiap kali Jungkook cuba melawatnya, Jimin pasti ketakutan.
Jadi Jungkook mengambil keputusan untuk tidak melawatnya.
Mungkin suatu hari nanti Jungkook pasti boleh melawatnya.
Amacam??
Terhibur tak??
Komen tau jgn tak komen😁😁😁
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro