Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

_6_


1 minggu kemudian...

Sejak kali pertama Jimin melihat gadis yang selalu duduk di bangku itu, hatinya tergerak untuk mengenali perempuan itu.

Jimin bangun dari katil. Dia bergerak ke arah pintu biliknya. Dia mengarahkan tangannya pada tombol pintu bilik. Namun belum sempat dia mencapai, pintu bilik dibuka oleh Seokjin.

Jimin terdorong ke belakang.

"Jimin? Kau nak apa-apa ke?" Tanya Seokjin apabila Jimin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Errr... Hyung, boleh tak Jimin nak keluar? Jimin nak jalan-jalan." Tanya jimin sambil bermain dengan jarinya.

Senyuman lebar terukir dibibir Seokjin. Akhirnya Jimin mahu juga keluar. Namun yang menghairankan Seokjin, apa yang membuatkan Jimin hendak keluar. Kerana sebelum ini sudah banyak kali Seokjin memaksanya untuk keluar dari bilik.

"Boleh. Tapi aku nak kau bersihkan diri kau dulu. Jadi Jimin yang dulu. Kacak dan bergaya." Jawab Seokjin. Jimin pula malu apabila Seokjin berkata begitu.

"Thanks, Hyung." Ucap Jimin lalu memeluk Seokjin.

Dia segera menuju ke bilik air.

Skip...

Seokjin dan Jimin mengatur langkah menuju ke arah taman. Sepanjang perjalanan mereka, ramai yang teruja melihat Jimin sudah kembali seperti dulu. Begitu juga Jimin, yang tidak lepas dari senyuman manisnya.

"Sejuk hati aku tengok kau macam ni." Ucap Yoongi yang sedang menghampiri mereka.

Jimin hanya senyum.

Tiba-tiba dia memeluk erat lengan Seokjin dan menyorok di belakangnya apabila melihat Jungkook juga sedang menghampiri mereka.

" Wahh Jimin-ssi! Ingatkan nak mati jer dalam bilik tu." Sindir Jungkook lalu gelak.

" Tak apa Jimin. Jangan takut, aku ada." Ucap Seokjin.

" T-takut.."

Jimin masih lagi tidak dapat melupakan apa yang dibuat oleh Jungkook.

" Kau jangan takutkan dia." Kata Yoongi.

"Aigoo Jimin-ssi, aku nak minta maaf atas apa yang aku dah buat pada kau." Ucap Jungkook tiba-tiba.

Mereka terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Jungkook.

"Aku bukannya nak sangat pukul kau tapi aku tak terima tengok perubahan kau. Hati aku sakit tengok kau sedih."

Jimin diam tidak tahu mahu berkata apa.

Jungkook memeluk Jimin lalu dibalas oleh Jimin.

Akhirnya mereka pun jalan bersama-sama.












Yehek!!!

Nak tengok Jungkook ngamuk kat Jimin tak??

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro