
_5_
Anne segera menuju ke arah taman yang terletak di belakang bangunan itu.
Seperti yang diarahkan oleh Seokjin, Anne perlu menjaga taman itu dengan baik.
Anne berjalan-jalan dikawasan itu sambil tangannya membelai lembut pokok-pokok bunga yang ada disitu.
Udara yang segar itu disedut dan dihembusnya beberapa kali.
"Cantiknya taman ni." Ucap Anne.
Sedang dia asyik leka dengan taman itu, satu suara menyapanya.
"Memang cantik sebab orang yg jaga taman ini menjaganya dengan baik." Ujar lelaki itu.
Anne hanya mengangguk.
"Tapi kenapa Tuan Seokjin yang suruh saya jaga kalau dah ada orang yg jaga taman ini?" Tanya Anne pelik.
Lelaki itu senyum.
" Sebelum tu, saya Kim Namjoon. Awak?"
"Saya Anne. Kim Anne."
Mereka berjabat tangan. Keadaan senyap seketika.
"Siapa yang jaga taman ini?" Tanya Anne apabila masing-masing diam tidak bersuara.
"Park Jimin.. Dia yang jaga taman ini sebelum dia sakit." Jawab Namjoon.
"Sakit?"
"Yee dia sakit. Dan sampai sekarang kami masih tidak tahu ubat apa yang boleh sembuhkan dia."
Anne hanya mengangguk tanda faham.
"Baiklah, saya minta diri dulu." Ucap Namjoon sambil menunduk hormat lalu beredar dari situ.
Anne menggangguk lalu turut membalas tunduk hormat itu.
*******
Jimin merenung ke luar tingkap. Hatinya tambah risau. Acara meraikan pasangan yang berjaya sudah semakin dekat.
Hujung bajunya digenggam sambil menahan tangis.
Tiba-tiba matanya tertumpu kepada sesusuk tubuh milik seorang perempuan yang sedang sibuk membelek helaian kertas disebuah bangku kayu.
Jimin mengecilkan matanya sambil melihat kearah perempuan itu.
" Oppa jangan lupa..."
" Oppa jangan tinggalkan..."
" Oppa tanda ni cantikkan?"
Jimin cuba mengingati nama kawannya yang selalu bermain dengannya sewaktu dia masih kecil. Namun sikit pun tidak dapat diingatinya.
Mereka terpisah sewaktu mereka masih kecil.
Ketika itu Jimin dan keluarganya dalam perjalanan pulang, namun hujan yang turun sangatlah lebat sehingga jalan pun dilihat samar-samar sahaja.
Dan akhirnya berakhir dengan kejadian yang tidak diingini apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas.
Keluarga Jimin meninggal ditempat kejadian manakala Jimin selamat.
Tidak lama selepas itu Jimin diambil oleh sepasang suami isteri untuk dijadikan anak angkat.
Sejak itu, Jimin tidak pernah berhubung dengan kawannya itu.
"ARGHH!!!"
Jimin menjerit kesakitan sambil memegang leher belakangnya.
Panas. Pedih. Itulah yang dirasakan Jimin.
Cermin dituju untuk melihat lehernya. Urat biru yang timbul itu sedang menyala berkelip-kelip.
Jimin menggosok lehernya untuk mengurangkan sakit.
Senyum sikit😁😁😁
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro