_4_
KW MANSION'S
" Ini kunci biliknya. Kalau ada apa-apa yang perlu, boleh jumpa saya di bilik yang berada dihujung sana." Kata Seokjin kepada 2 orang gadis itu.
Anne menyambut kunci itu lalu berterima kasih. Setelah itu, Seokjin meminta diri.
Pintu bilik dibuka. Anne dan kawannya masuk lalu masing-masing merebahkan badan di atas katil. Mungkin penat kerana perjalanan yang jauh dan hampir memakan masa yang lama untuk sampai di sini.
*****
Jimin menggelengkan kepalanya buat kali ketiga apabila Seokjin cuba untuk menyuapkan makanan kedalam mulutnya.
Keluhan berat dilepaskan.
"Nanti kau sakit. Makanlah sikit."
Pujuk Seokjin lagi.
Sudu yang masih bersisa bubur itu dihalakan pada mulut Jimin.
"Makanlah." Ucap Seokjin.
Jimin membuka mulutnya. Mungkin sudah terlalu penat untuk menghalang Seokjin dari menyuapnya.
"Dah." Kata Jimin sebaik sahaja selesai menelan bubur itu. Air kosong diambil diteguk. Selepas itu dia terus membaringkan tubuhnya.
Mata dipejam.
Seokjin hanya melihat kelakuan Jimin. Jelas sekali banyak perubahan yang berlaku pada dirinya.
"Jimin." Panggil Seokjin.
Jimin membuka mata lalu memandang Seokjin.
"Aku keluar dulu. Nak selesaikan kerja yang tertangguh. Kalau ada apa-apa yang perlu, panggil aku, ok?" Ucap Seokjin sambil mengusap kepala Jimin
Jimin hanya mengangguk.
Sebenarnya Jimin kagum dengan Seokjin. Kerana dia sabar dalam menjaga Jimin. Sebelum Seokjin, Jungkook yang menjaganya. Tetapi Jungkook tidak tahan sabar. Setiap kali Jimin mengamuk, pasti teruk dikerjakan oleh Jungkook.
"Maafkan Jimin, hyung."
K seronok tak??
Vote tau.... Penat aku perah otak ni....
Hihihihi
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro