Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

_2_

1 minggu kemudian..

Kini Jimin yang sekarang bukan lagi Jimin yang dulu. Dia sekarang lebih banyak menyendiri berbanding melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya.

Setiap hari dia mengurungkan dirinya dalam bilik. Makan dan minumnya juga dijamah sedikit sahaja. Hampir sahaja dirinya tak terurus tetapi kawan-kawannya banyak membantunya.

Termenung, menangis, mengamuk. 3 perkara ini seperti sudah menjadi sebahagian dari dirinya.

Jika dia termenung, menunjukkan dia sedang memikirkan pasangan hidupnya
Menangis pula, dia berasa sedih dan takut kerana terlalu memikirkan masa hadapannya. Mengamuk pula apabila dia tidak dapat mengawal dirinya.

Pernah sekali dia memecahkan pasu bunga, lalu diambil serpihan kaca yang pecah itu dan cuba melukakan pergelangan tangannya.

Mujur Hoseok sempat menghalang perbuatannya.

°°°°°

Jimin duduk di satu sudut dinding sambil memeluk lututnya. Keadaannya tak ubah seperti orang sakit jiwa.

(Peminat Jimin jgn kecam aku.)

Dia sedang menangis. Mungkin teringatkan masa hadapannya yang bakal dilaluinya nanti.

Esak tangisnya jelas kedengaran.

"Kenapa aku!?"

"Aku tak nak semua ni!?"

"Omma!! Appa!! Chim nak ikut korang!!"

Jerit Jimin apabila dia sudah tidak dapat menahan perasaannya.

Keadaannya bertambah teruk apabila rindu pada keluarganya menyerangnya semula.

Orang tuanya telah lama meninggal kerana sakit ketika Jimin masih kecil. Sewaktu kecil Jimin asyik menangis kerana rindu pada keluarganya. Tetapi apabila Jimin meningkat remaja, dia sudah mula terima.

Jimin bangun dari duduknya. Segala yang ada di sekitarnya, menjadi tempat dia melepaskan perasaan yang dia sudah tidak dapat kawal lagi.

KLERK!!

Pintu dibuka dan muncullah Seokjin dan Yoongi. Mereka segera menghampiri Jimin lalu menenangkan Jimin yang masih mengamuk.

Jimin masih mengamuk. Dia sudah tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya lagi.

"Jimin!!"

























Idea aku keluar sampai sini dulu......

Semoga  korang terhibur 😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro