Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

_19_


Anne menyanyi kecil sambil tangannya ligat membuang daun-daun kering yang berada didalam pasu bunga itu.

"Anne?" Panggil Jimin. Namun tidak diendahkan oleh gadis itu.

"Anne?" Panggil Jimin lagi.

Satu jelingan diberikan kepada Jimin lantas dia bangun lalu beredar dari situ.

Jimin mengeluh perlahan lalu langkah gadis itu diturutinya.

"Awak ni memang degil, kan? Kata Anne sambil memandang tajam ke arah lelaki itu.

"Saya tahu saya salah. Tapi tolong bagi saya peluang. Saya betul-betul sukakan awak. Saya janji saya akan buat Jin hyung percaya yang awak bukan orang yang dia sangka selama ini." Terang Jimin.

"Cukup Jimin, cukup. Saya tak nak disebabkan saya, awak sakit macam dulu. Tolong jangan seksa diri awak untuk kejar saya." Ucap Anne.

"Anne, tolong kali ini sahaja." Pinta Jimin.

"Maafkan saya, Jimin." Balas Anne lalu segera beredar dari situ.

Baru sahaja Jimin hendak membuka langkahnya, satu jeritan dapat didengar olehnya dengan jelas. Lantas dia memusingkan badannya untuk melihat empunya suara itu.

Bulat matanya apabila melihat seorang lelaki sedang cuba menarik tangan Anne dengan kasar.

"Anne!!" Jerit Jimin lalu segera menghampiri ke arah mereka.

"Jangan dekat!" Arah lelaki itu sambil terus menguatkan cengkamannya pada tangan gadis itu.

Dada Jimin mula berombak-ombak apabila melihat keadaan Anne yang sedang menahan sakit.

Tidak lama selepas itu, Seokjin dengan yang lain mula datang. Masing-masing cemas melihatkan Jimin yang sudah mula berubah.

"Jimin, kawal perasaan kau. Jangan biarkan perasaan kau menguasai diri kau." Arah Seokjin namun tidak diendahkan oleh Jimin.

Mata Jimin mula berubah menjadi biru manakala urat biru itu mula menjalar perlahan-lahan ke seluruh badannya.

"Lepaskan dia." Ucap Jimin perlahan.

Lelaki itu hanya tersenyum sinis.

"Lepaskan dia." Ucap Jimin lagi.

"Takkan sesekali lepaskan dia." Ucap lelaki itu.

"Lepaskan dia atau nyawa kau melayang."

"Ini Kwon Victor. Bukan mudah untuk nyawa melayang."

Jeritan Jimin mula bergema diseluruh ruang udara itu. Sedikit demi sedikit, ingatannya mula kembali.

Jimin pov

"Ini Kwon Victor. Bukan mudah untuk nyawa melayang."

Nama itu, ya nama tu. Aku ingat. Dia yang bunuh mama dan papa aku. Dia yang bunuh. Dan dia juga punca aku dituduh menyebabkan Anne dilanggar.

Jap, Anne? Aku memandang ke arah Anne yang sedang berusaha minta dilepaskan. Tak mungkin dia teman bermain aku masa kecil dulu?

Aku memegang kepalaku yang sakit. Dan entah kenapa juga, aku menjerit sekuat hati aku menyebabkan kawan-kawan aku yang lain menutup telinga mereka.

End pov

Jimin melihat ke arah dirinya. Terkejut apabila melihat cahaya biru mula menguasai tubuhnya.

"Jimin! Kawal perasaan kau!" Ucap Seokjin dengan cemas.

"Aku cuba! Tapi tak dapat!" Balas Jimin.

Masing-masing tidak tahu hendak berbuat apa.

Jimin memegang kepalanya yang semakin sakit. Dia turut menjerit kesakitan.

"Jimin!" Jerit Seokjin apabila melihat yang Jimin sudah berubah.

Mata Jimin tajam memandang ke arah Victor yang sedang berusaha menarik tangan Anne. Perlahan-lahan langkahnya mendekati mereka.

"JIMIN OPPA!!!"

Jeritan Anne membuatkan Jimin jatuh tersungkur manakala Victor memegang dadanya kerana sakit. Perlahan-lahan darah mula keluar membuak-buak dari mulut Victor lalu dia jatuh dan terus tidak sedarkan diri.

Masing-masing terpaku dengan apa yang telah terjadi.

Jimin rebah. Perlahan-lahan cahaya biru itu mula menghilang. Dadanya turut berombak-ombak mengatur nafasnya

Tanpa berlengah, Tubuh Jimin segera diangkat oleh Seokjin lalu dibawa ke biliknya.

.......

Seokjin berjalan melintasi bilik Anne lalu langkahnya terhenti apabila terdengar erangan kesakitan.

Lantas pintu bilik itu diketuk.

Matanya membulat saat melihat Anne yang sedang menahan sakit pada leher dan juga dadanya.

Tangan Anne yang menutupi lehernya itu diketepikan oleh Seokjin.

"Jap? Tanda ni?"

Seokjin berlari keluar lalu segera menuju ke arah bilik Jimin. Tidak lama selepas itu, terdengarlah suara Jimin yang menjerit-jerit memanggil nama Anne.

Jimin mendekati Anne lalu tubuh gadis itu dipeluk erat tanpa Anne membalasnya.

"Aku jumpa kau. Aku jumpa kau." Ucap Jimin lalu meleraikan pelukan itu. Bahu gadis itu dipegang sebelum matanya memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu.

Perlahan-lahan Anne mengangguk lalu airmatanya tumpah.

"Saya rindukan awak. Dah lama saya cuba cari awak. Tapi tak sangka yang saya akan jumpa awak kat sini." Ucap Anne lalu Jimin tergelak kecil.

Jimin menyatukan dahi mereka. Mata mereka dipejamkan buat seketika cuba melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.

Perlahan-lahan tubuh mereka tenggelam dan hilang didalam cahaya biru.



































































































































Chak!

Hiks! Setelah sekian lama tak update😭

Satu chapter lagi , insya Allah ff ni akan tamat😫

Thanks sebab sudi stay dan tunggu ff ni diupdatekan😫

Jangan lupa vomment tau 😉😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro