_18_
Mata Seokjin memandang tajam ke arah Anne yang sedang menundukkan wajahnya.
"Dah lupa apa yang aku bagitahu kau?" Soal Seokjin kepada Anne.
"T-tak tuan. Semalam dia yang ajak saya." Jawab Anne gagap. Lelaki itu kalau sudah dikuasai oleh marah, tiada siap yang berani hendak mengangkat wajah. Sungguh takut.
"Sampai bergelak ketawa sehingga lupa jalan balik?" Sambung Seokjin. Marahnya sedaya upaya ditahan.
"M-maaf tuan." Ucap Anne.
"Ingat, kamu masih lagi berstatuskan orang luar. Asal-usul kamu pun masih diselidiki oleh kami. Lepas apa yang berlaku pada kawasan aku, kau ingat aku nak berdiam diri? Entah-entah kau ni dihantar untuk memburukkan lagi keadaan kat sini." Ujar Seokjin.
Anne mengetap bibirnya. Sungguh dia terasa akan kata-kata lelaki itu. Hati mana yang tidak sakit kalau dituduh sedemikian rupa.
Perlahan-lahan wajahnya dianggukkan.
"Maaf kalau kata-kata aku menyakitkan hati kau. Ingat, ini kawasan aku, dan aku ada hak ke atas kau sebagai anak buah aku." Ucap Seokjin lagi manakala Anne hanya mengangguk perlahan.
"Dah keluar. Selesaikan tugas kau yang belum selesai dan berehatlah sebelum makan malam tiba."
Anne menganggukkan kepalanya buat kali ketiga. Perlahan-lahan dia menapak keluar dari ruangan pejabat Seokjin itu.
"Anne..." Panggil Jimin. Namun tidak diendahkan oleh Anne. Dia terus berjalan tanpa menghiraukan lelaki itu.
"Anne..." Panggil Jimin lagi lalu tangan gadis itu segera dicapai tetapi cepat-cepat Anne menepis dengan kasar.
"It's all your fault!" Marah Anne. Hatinya sakit kerana kata-kata Seokjin tadi. Dan hatinya turut menyesal kerana menerima ajakan lelaki itu tadi.
"Anne, saya tahu salah saya. Tolong maafkan saya." Ucap Jimin.
"Cukup Jimin, cukup. Mulai sekarang, tolong jangan pernah ganggu saya lagi." Kata Anne lalu segera beredar dari situ meninggalkan Jimin.
Jimin berdecit kesal lalu dia segera menapak masuk ke dalam bilik pejabat Seokjin tanpa mengetuk pintu itu terlebih dahulu.
"Hyung, apa semua ni!?" Marah Jimin.
Ya, Jimin mendapat tahu bahawa gadis itu diberi amaran supaya menjauhkan dirinya sementara Seokjin dan yang lain masih menyiasat tentang kejadian yang berlaku itu.
"Jimin, dengar dan faham. Kita tak tahu dia datang dari mana dan kami taknak kau sakit balik disebabkan perempuan lagi. Sementara aku dan yang lain masih menyiasat tentang dirinya, aku berharap sangat agar kau dapat memahami apa yang kami sedang lakukan." Ujar Seokjin.
"Tapi hyung takkan kau taknak bagi aku peluang langsung?"
Seokjin menghela nafas.
"Aku akan bagi bila segalanya dah selesai." Ucap Seokjin.
"Hyung..."
Seokjin mengangkat tangannya lalu menyuruh Jimin keluar. Jika dibiarkan, kepalanya makin bertambah serabut. Ditambah lagi dengan masalah yang sering melanda kawasan mereka.
Jimin menyerabutkan rambutnya lalu dia segera keluar dari bilik itu manakala Seokjin hanya menggelengkan kepalanya dan menyambung kembali kerjanya yang tertangguh.
Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro