Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

_17_


Sepanjang perjalanan mereka, masing-masing hanya diam tanpa berkata apa-apa.

Sesekali mata Jimin galak memandang ke arah gadis itu yang sedang sibuk melihat sekeliling hutan itu.

Terbit sebuah senyuman manis dibibirnya. Gadis itu nampak lembut dan tenang di matanya.

Entah mengapa setiap kali dia berada lebih dekat dengan gadis itu, satu perasaan aneh muncul. Seperti dia sangat-sangat merindui gadis itu.

"Lambat lagi ke nak sampai?" Soal Anne seraya mematikan senyuman Jimin.

"Lagi sikit je.." Jawab Jimin.

Anne hanya meng'oh'kan sahaja lalu kembali melihat sekeliling hutan itu.

Beberapa minit setelah itu, mereka pun sampai ditempat yang ingin dituju oleh mereka.

Setelah selesai dia memberikan bunga itu, mereka langsung berangkat pulang.

"Erm, Anne..." Panggil Jimin.

Anne hanya memandang ke arah lelaki itu.

"Awak suka bunga kan? Kalau saya tunjukkan awak sesuatu nak, tak?" Soal Jimin manakala Anne berfikir sejenak sebelum dia mengangguk laju.

"Tengok tau."

Kedua tangan Jimin dihalakan ke hadapan lalu menghasilkan bebola angin berwarna biru. Setelah cukup besar bebola itu dihasilkan, dia pun melemparkan ke satu arah lalu terhasillah pokok-pokok bunga yang tumbuh dengan subur dan mekar.

ZASS!!!

Tangannya dilambai sekilas keatas lalu terbentuklah sebuah taman disertai oleh air kolam terjun yang amat menarik perhatian Anne.

Bebola angin berwarna biru seperti tadi dihasilkan lalu turut melakukan hal yang sama.

Mulut Anne ternganga kerana tidak percaya akan apa yang dilihatnya.

"Hebatnya. Macam mana awak buat?" Soal Anne yang masih tertarik dengan keadaan sekelilingnya.

Jimin hanya tersenyum lalu jarinya dipetik. Sebuah buaian mula terhasil pada sebuah pokok. Siap sahaja, gadis itu terus meluru laju ke arah buaian itu lalu diduduknya.

"Seronoknya!!" Jerit Anne sambil menghayun-hayunkan buaian itu.

Jimin hanya ketawa melihat gelagat gadis itu.

"Awak suka?" Soal Jimin sambil berpeluk tubuh.

"Suka. Suka sangat-sangat." Balas gadis itu lalu dia turun dari buaian.

Sekuntum bunga dipetik lalu dia menghampiri ke arah Jimin. Bunga yang dipetiknya tadi diselitkan pada belakang telinga Jimin.

Wajah Jimin dipandang lalu bibirnya mengukir senyuman manis.

"Maaf." Ucap Anne apabila dia tersedar atas apa yang dia lakukan. Bunga yang diselitkan pada belakang telinga Jimin itu cuba diambilnya kembali namun cepat-cepat Jimin menghalang.

"Tak apa. Saya suka." Kata Jimin dengan tangan yang masih menghalang bunga itu.

Anne tersenyum lalu dia menghampiri bunga yang lain.

Mereka terus bermain dan bergelak ketawa sehingga lupa yang hari sudah mulai gelap.

Dan tidak disangka, segala perbuatan mereka telah diperhatikan oleh seseorang dengan perasaan yang sangat geram dan marah.








































Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Stay strong semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro