_13_
Jimin mengeluh buat kali kelima. Sudah beberapa kali dia meminta izin dari Seokjin untuk bertemu dengan Anne. Tetapi lelaki itu kerapkali mengelak ataupun cuba mengubah topik.
"Kenapa aku terlalu rindu dia, eh? Aku pernah jumpa jumpa ataupun kenal ke dia?" Omel Jimin.
Jimin memegang kepalanya yang berasa sakit. Setiap kali dia memikirkan gadis itu pasti kepalanya sakit atau bahagian belakang lehernya.
"Jimin..." Panggil Jungkook apabila melihat lelaki itu sedang mengurut perlahan kepalanya.
Jimin segera memandang ke arah Jungkook sambil tersenyum. Ditangan lelaki itu terdapat beberapa biji buah epal hijau bersama sebilah pisau kecil.
"Jin hyung suruh kau makan buah ni supaya luka kau cepat sembuh." Kata Jungkook sambil melabuhkan punggungnya disebelah Jimin.
"Terima kasih." Ucap Jimin manakala Jungkook hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Jim... Kau suka Anne?" Tanya Jungkook secara tiba-tiba. Jimin menghentikan aktivitinya lalu memandang ke arah Jungkook.
Keluhan berat dilepaskan olehnya.
"Ya, aku tak boleh nak nafikan. Aku betul-betul dah sukakan dia." Jawab Jimin lalu menyambung semula memotong buah itu.
"Aku bukannya apa. Aku harap kau buatlah yang terbaik. Aku akan sentiasa sokong kau. Kitorang taknak kau sakit lagi disebabkan perempuan." Ujar Jungkook sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu.
"Thanks, bro. Aku beruntung sebab ada kawan macam korang." Kata Jimin.
Setelah itu, Jungkook pun meminta diri lalu keluar dari bilik itu.
*****
Seokjin memandang satu persatu wajah kawan-kawannya, dia berharap dengan apa yang dirancangkan olehnya membuahkan hasil.
"Ok, aku taknak panjang-panjang. Namjoon dan Suga, aku nak korang berdua pantau kawasan. Pastikan kawasan kita, bukan mudah untuk musuh masuk. Apa-apa yang berlaku, segera beritahu aku."
Namjoon dan Suga hanya mengangguk tanda faham.
"Taehyung dan Hoseok, gunakan kepintaran korang dalam nak meningkatkan lagi keselamatan kawasan kita. Aku taknak perkara yang sama berlaku. Sebab keselamatan kita yang lama ni sudah bocor. Sebab itu musuh senang masuk menceroboh kawasan kita." Terang Seokjin. Taehyung dan Hoseok pun turut mengangguk.
"Aku dan Jungkook akan siasat siapa musuh yang serang kawasan kita sekali dengan perempuan itu. Dan akhir sekali, pasal Jimin. Aku taknak dia dalam keadaan tidak terkawal. Kerana hasil ujian yang aku lakukan pada dia, kalau seseorang yang dia sayang itu tersakiti, emosinya takkan dapat dikawal melainkan orang yang dia sayang itu. Faham?" Panjang lebar dia menerangkannya. Kelima-lima lelaki itu menjawab.
Selepas itu mereka pun bersurai lalu melakukan tugas-tugas yang diarahkan tadi.
Amasyam gaesssss 😁
Aku takdok idea senanya🤣
Apa-apa pun asyileee vote 😘💃
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro