_12_
Flashback...
12 tahun yang lalu, Jimin dan Anne merupakan kawan rapat. Mereka selalu bermain bersama dan menghabiskan masa bersama.
"Jimin oppa, kenapa dengan leher oppa tu?" Tanya Anne apabila ternampak sesuatu yang timbul pada belakang leher lelaki itu.
"Entah." Jawab Jimin manakala Anne hanya mengangkat bahunya lalu menyambung permainan mereka.
"Jimin oppa, janji kan taknak tinggalkan Anne." Kata Anne.
"Ya, oppa janji takkan tinggalkan Anne." Ucap Jimin.
"Kalau macam tu, berjanjilah sekarang dengan Anne, bila besar nanti oppa akan kahwin dengan Anne." Ujar Anne lalu menghalakan anak jarinya pada Jimin dan digoyang-goyangkan.
"Mana boleh macam tu..."
"Alaa... Berjanjilah..."
"Baiklah.. oppa berjanji..."
Lalu mereka pun menyatukan jari mereka.
"Oppa, jom main seberang sana, nak? Anne bosanlah main kat sini." Omel kanak-kanak perempuan itu.
"Mana boleh, bahaya. Kena lintas jalan." Kata Jimin.
"Alaaa... Jomlah.. kat sana macam lagi best.." pujuk Anne.
"Nanti ibu kamu marah macam mana?" Tanya Jimin cuba untuk memujuknya supaya tidak ke seberang sana.
"Tak... Jomlah..." Jawab Anne sambil menarik-narik baju Jimin.
"Sekejap je tau." Kata Jimin.
Mereka pun berpegangan tangan ketika hendak melintas jalan.
(Jap mana orang tua korang ni..)
"JIMIN OPPA!!!"
Sebuah kenderaaan jenis sport meluncur laju ke arah mereka ketika mereka sedang melintas jalan. Namun Anne pantas menolak Jimin ke tepi sehingga dia dilanggar. Tubuh kecil kanak-kanak perempuan itu terbaring lemah setelah kepalanya mendapat hentakan kuat pada jalanraya itu.
Jimin terkaku, diam. Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Kedua-dua orang tua mereka segera menghampiri apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat.
Kereta itu pula sudah pergi meninggalkan mereka sebaik sahaja Anne dilanggar.
Darah dikepala Anne tidak berhenti mengalir keluar.
Jimin hanya mampu menangis apabila dia dituduh menyebabkan Anne dilanggar.
"Mulai sekarang, jangan jumpa Anne lagi!" Jerit ibu Anne lalu segera membawa Anne ke hospital.
Kedua-dua orang tua Jimin pula tidak henti-henti meminta maaf. Sejak itu, Jimin tidak pernah lagi berjumpa dengan Anne.
Dia juga sering mengalami tekanan perasaan sehingga separuh daripada ingatannya hilang. Kerana itulah dia tidak mengingati Anne. Dan ditambah lagi dengan pemergian kedua ibu bapanya selepas 2 tahun kejadian itu berlaku. Hidup Jimin semakin tidak menentu.
Akhirnya, dia diambil oleh sebuah keluarga lalu dijadikan sebagai keluarga angkat. Itulah dia keluarga Kim Seokjin.
Berbalik kepada Anne pula, apabila gadis itu meningkat dewasa, kehidupannya seratus peratus diatur oleh keluarganya sendiri menyebabkan gadis itu berusaha untuk melarikan diri dari rumah.
Dia tekad, dengan semangat yang dikumpul akhirnya dia berjaya lari tanpa pengetahuan keluarganya.
Sebuah tempat yang dinamakan FIONA'S MANSION menjadi tempat dia menyambung hidupnya.
Disitu dia berasa lebih tenang dan selamat. Dengan kawan-kawannya yang baik, keadaan yang menyenangkan, dia melupakan segala masalahnya yang lalu.
Namun apabila keluarganya mendapat tahu bahawa dia berada di situ, dia segera diperintahkan untuk berpindah ke tempat lain.
Namun, mata-mata keluarganya sangat cekap melakukan kerja mereka. Kerana itulah, kawasan KW GOLDEN itu telah diserang.
End flashback...
Flashback aku😭😭
Sumpah aku takde idea😫
Flashback yang tak seberapa haraplah divote 😌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro