_11_
Jimin membuka matanya perlahan-lahan lalu dia melihat keadaan disekelilingnya. Dia cuba bangun dari baringnya tetapi biasanya yang masih sakit dan lemah membuatkan dia meringis kesakitan. Dadanya yang berbalut kemas itu disentuhnya.
"Argh!" Aduh Jimin lalu kembali membaringkan tubuhnya. Kepalanya diurut seketika bagi menghilangkan pening yang masih tersisa.
"Jimin, kau dah sedar?" Tanya Suga lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sebelah Jimin.
"Mari aku tolong dudukkan kau, lepastu kau makan." Kata suga lalu menolong Jimin untuk duduk. Sesekali lelaki itu mengaduh sakit.
"Dah berapa hari, aku tak sedar?" Tanya Jimin sebaik sahaja dia duduk.
"2 hari jugalah." Ucap Suga.
"2 hari? Anne macam mana? Tanya Jimin apabila dia teringatkan gadis itu.
"Yup, dah 2 hari. Tentang Anne, dia masih belum sedar. Seokjin cakap, hentakan pada kepalanya cukup kuat." Terang Suga. Manakala Jimin menunjukkan reaksi terkejut.
"Tapi sejak kebelakangan ini, dia sering sebut perkataan oppa." Tambah suga.
"Op... Auch."
Jimin menggosok leher belakangnya apabila terasa pedih dan sakit.
"Kenapa?" Tanya Suga apabila melihat keadaan Jimin itu. Jimin hanya menggelengkan kepalanya.
"Aku nak tengok dia boleh?"
"Buat masa ini, kau rehat secukupnya. Bila kau dah betul-betul baik, kau boleh tengok dia." Ujar Suga lalu Jimin pun mengangguk.
Setelah semangkuk bubur habis dijamahnya, dia kembali baring. Fikirannya kembali teringatkan Anne.
'Kenapa aku rasa dekat sangat dengan dia? Tapi aku pernah kenal ke dia?' berbagai soalan bermain di mindanya. Namun satu pun tidak terjawab olehnya.
Akhirnya Jimin memilih untuk melelapkan matanya.
******
Wajah Anne yang pucat itu dipandang lama oleh Seokjin. Bahu Seokjin ditepuk Suga lalu dia segera berpaling ke arah lelaki itu.
"Jimin dah sedar." Kata Suga lalu Seokjin hanya mengangguk.
"Aku takkan biarkan gadis ini menguasai hati Jimin. Aku taknak Jimin kembali sakit." Ucap Seokjin. Suga hanya mengangguk.
"Kau ada beritahu kat Jimin yang Anne selalu mengigau nama dia?" Tanya Seokjin.
"Ada. Tapi aku tak sebut nama dia, aku hanya sebut perkataan oppa." Jawab Suga. Seokjin hanya mengangguk.
"Aku bukan nak pisahkan Jimin dari dia. Kita tak tahu gadis ini dari kelompok mana." Ucap Seokjin.
"Maksud kau?"
"Tengoklah, sekian lama kawasan kita tak diserang. Dia datang terus kawasan kita diserang. Jimin pun tak pernah sekali berubah dalam bentuk macam tu." Terang Seokjin.
Suga hanya mengangguk.
"Aku nak kau pastikan gadis ini. Kalau boleh siasat latar belakangnya."
"Ok, aku akan siasat."
Lalu mereka pun keluar bersama.
"Jimin..."
Akhirnya dapat pun update😆
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro