Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

_10_


Hari demi hari berlalu, hati Jimin sudah tidak mampu bertahan lagi. Dia betul-betul menyukai gadis itu.

Namun adakah gadis itu ingin menerimanya jikalau dia luahkan segala isi hatinya pada gadis itu?

Ketika langkahnya ingin menuju kearah gadis itu, awan tiba-tiba bertukar menjadi hitam.

Seluruh penduduk yang sedang melakukan hal masing-masing lari melarikan diri apabila satu teriakan keras berkumandang di langit.

Kawasan juga sudah bertukar gelap. Angin ribut menerbangkan sesiapa sahaja.

Jelas kedengaran suara seorang perempuan menjerit meminta tolong.

Mata Jimin membulat apabila melihat Anne sedang ditarik oleh seseorang. Dengan langkah yang pantas, dia menuju ke arah Anne.

"Lepaskan dia atau aku bunuh kau!" Jerit Jimin.

Makhluk yang menyerupai seakan-akan serigala itu menyeringai. Matanya yang tajam dan berwarna merah itu memandang tepat ke arah Jimin dengan pandangan membunuh.

Cengkaman pada lengan Anne dikuatkan sehingga gadis itu meringis kesakitan.

Jimin mula risau.

Cahaya biru pada urat di lehernya berkelip-kelip. Jimin cuba menghampiri mereka. Namun dia terdorong ke belakang apabila makhluk itu menghalakan tangannya ke arah Jimin seolah-olah angin yang menolaknya.

Melihatkan Jimin yang masih degil untuk menghampiri mereka, makhluk itu menolak kuat badan Anne sehingga gadis itu terlanggar dinding dan jatuh pengsan.

Dada Jimin berombak-ombak kencang apabila melihat Anne yang sudah tidak sedarkan diri.

"ARGH!!!" Jeritan Jimin bergema.

Matanya bertukar menjadi biru. Dadanya masih berombak-ombak menahan marah. Badannya yang kini tidak berbaju penuh dengan urat biru yang menjalar keseluruh tubuhnya. (Boleh imagine tak😅)

Dia menghampiri makhluk itu dengan tatapan tajam. Tangannya dikepal disertai dengan cahaya biru yang menguasai tubuhnya.

"Kau memang tempah maut!" Jerit Jimin lalu melemparkan bebola biru yang dihasilkan oleh tangannya kearah makhluk itu.

Dalam sekali balingan, makhluk itu hilang tetapi muncul lagi yang lain.

Sungguh, Jimin sekarang diluar kawalan.

Kawan-kawan Jimin yang lain turut datang menolongnya. Bilangan makhluk itu juga bertambah ramai.

Namjoon, Jin, Suga, Taehyung dan Hoseok segera merubah diri mereka lalu ikut bertempur. Jungkook pula membawa Anne di tempat yang selamat.

"Namjoon, kau belah selatan. Taehyung, Hoseok, belah barat. Suga, kau utara. Aku akan tolong Jimin disebelah timur. Bawa anak buah masing-masing." Arah Jin.

Jimin betul-betul bertindak diluar kawalan. Tidak dihiraukan lagi mangsa yang dia bunuh.

Jungkook kembali tapi dia menggaru kan kepalanya kerana buntu untuk bertempur di pihak yang mana.

"Suga!! Kau tolong Namjoon! Aku akan uruskan bahagian kau!" Jerit Jungkook apabila melihat Namjoon yang sudah dikepung.

Satu persatu musuh jatuh ditangan Jungkook. Libasan demi libasan pedang yang terhunus keras oleh Jungkook. Jungkook seorang yang mahir dimedan perang dalam kumpulan itu, jadi tidak hairanlah jika dia dapat menumpaskan musuhnya dengan sekaligus.

Jimin menggunakan kuasa angin bagi menjauhkan musuhnya yang sudah mara ke arahnya. Pedang diangkat ke langit. Dia membuat beberapa pusingan sebelum dia melibas beberapa mangsanya dengan sekali libasan.

"Jimin kawal diri kau juga! Jangan terlalu emosi!" Jerit Jin apabila melihat Jimin rakus melibas mangsanya.

Akhirnya kemenangan berpihak pada mereka. Keadaan juga kembali seperti sediakala.

Mereka juga telah merubah diri mereka kembali kecuali Jimin. Jimin masih dengan dirinya. Mereka yang melihat Jimin terkejut.

Ini adalah kali pertama mereka melihat Jimin dalam keadaan begitu. Mereka cuba menghampiri Jimin namun Jimin menghalakan tangganya pada mereka menyebabkan mereka jatuh kebelakang.

"ARGH!!!" Jimin menggengam erat rambutnya. Jeritan Jimin yang begitu kuat menyebabkan yang lain menutup telinga.

Jimin terus menjerit seperti sedang menahan sakit. Cahaya ditubuh Jimin semakin hilang. Urat biru yang menyala juga turut melakukan hal yang sama. Sedikit demi sedikit cahaya itu pun hilang lalu Jimin jatuh keatas tanah dengan keadaan lemah.

Deruan nafas Jimin jelas kedengaran kasar.

"S-sakit.." ucap Jimin yang masih bernafas dengan kasar. Jimin segera diangkat oleh Suga lalu dibawa ke biliknya.

"Huh! Huh! Huh! S-sakit..." Ucap Jimin sekali lagi sebelum dia tidak sedarkan diri apabila Hoseok mencucuk ubat pengsan dilengannya.

Badan Jimin yang penuh dengan cakaran itu dicuci sebelum dibalut.

Setelah itu masing-masing kembali ke kediaman masing-masing sementara Hoseok dan Jin merawat Jimin.


Seronok tak perang kat atas...

Kalau seronok silalah vote...😘😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro