Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

_1_

HALL OF KW GOLDEN.........

Sebuah majlis yang sedang berlangsung disebuah dewan yang agak mewah itu cukup meriah.

Seperti yang dirancang pada setiap bulan, King Wolf sedang meraikan kejayaan anak-anak buahnya yang berjaya mendapatkan pasangan hidup.

Ini merupakan bulan kedua terakhir dan akan berakhir pada bulan hadapan.

Mereka yang masih belum menjumpai pasangan mereka, ada yang gelisah, takut dan sebagainya. Bahkan ada yang sudah putus asa dan bersedia untuk menghadapi masa hadapan mereka yang bakal mereka tempuhi itu dengan penuh keperitan.

Muzik yang rancak dan membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya sedikit pun tidak mengganggu mereka yang sedang leka berseronok dengan pasangan mereka.

Berbual, bergelak ketawa dan bergurau senda, seolah-olah mereka sahaja yang berada disitu.

Namun siapa sangka, dalam suasana yang cukup menggembirakan itu, terdapat satu insan yang sedang bersedih.

Itulah PARK JIMIN..

Lelaki yang telah banyak kali gagal dalam mencari soulmatenya.

Satu keluhan berat dilepaskan lalu dia memandang sayu kearah enam sahabatnya yang sedang berseronok bersama soulmate mereka.

Timbul rasa cemburu dihatinya apabila melihat sahabat-sahabatnya.

Cemburu kerana mereka berada dalam kumpulan yang kedua iaitu TITAN WOLF. Jadi tidak hairanlah mereka senang untuk mendapatkan soulmate.

Berbeza pula dengan Jimin kerana dia seorang sahaja yang berada didalam kumpulan IMPERIAL WOLF. Dan yang menyedihkannya, dia tergolong dalam kalangan mereka yang sudah mendapatkan pasangan hidup.

PAP!

Bahunya ditepuk seseorang menyebabkan dia sedikit tersentak. Lantas dia memandang kearah orang itu.

Satu senyuman diukir oleh Jimin lalu ditepuk kerusi yang berada di sebelahnya menyuruh lelaki itu duduk.

"Yoongi hyung tak berseronok ke?"

Tanya Jimin sebaik sahaja Yoongi melabuhkan punggungnya di sebelahnya.

"Nak rehat jap, penat." Jawab Yoongi lalu meneguk segelas wine yang dituang nya tadi.

Jimin hanya mengangguk dan keadaan mereka senyap seketika.

"Jimin...."

Panggil Yoongi apabila melihat Jimin sedang termenung sambil tangannya bermain-main dengan gelas yang masih berisi air alkohol itu.

Jimin memandang Yoongi dengan pandangan yang sayu.

"Aku tahu kau kuat. Satu je aku nak pesan, jangan sesekali putus asa."

Jimin hanya mengangguk lalu senyum. Setelah itu Yoongi bangun meninggalkan Jimin.








Ok, satu je aku nak cakap... Aku harap korang enjoy.........

Harap chapter 1 ni tak hambar......

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro