(8)
Jari jemari Jimin ligat menari-nari diatas papan kekunci komputer itu sambil matanya tidak lepas dari memandang ke arah skrin komputer itu.
Kaca mata yang sudah melorot ke bawah dinaikkan semula.
Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya diketuk.
"Yow Jimin!" Jerit Kim Taehyung. Satu-satunya sahabatnya yang paling rapat.
"Yow!" Balas Jimin sambil matanya masih tidak lepas dari memandang ke arah skrin komputer itu.
"Makin sibuk ye kau sekarang." Ucap Taehyung lalu melabuhkan punggungnya dihadapan lelaki itu.
"Biasalah, kalau dah naik pangkat macam ni." Balas Jimin lagi.
"Kau macam mana, sihat? Aku dengar kau kahwin lagi satu."
Taehyung tergelak kecil.
"Nak buat macam mana, kan. Aku perlukan zuriat untuk jadi pewaris nanti." Terang Taehyung.
"Tulah kau. Aku dah suruh kau cari lain, tapi kau tetap nak si jihyo tu."
"Eh, mulut kau. Jihyo baik apa. Lagipun dia cinta mati aku tau." Kata Taehyung manakala Jimin hanya gelak.
"Kau, dah jumpa belum adik kau yang kau yang kau kata dah lama terpisah?" Soal Taehyung lalu Jimin menghentikan kerjanya.
Keluhan berat dilepaskan oleh Jimin.
"Belum. Aku tak tahu mana lagi nak cari dia. Segala maklumat terkini tentang dia semua aku dah dapat tapi tulah dia je belum jumpa." Terang Jimin.
"Sabarlah, Jim. Lambat laun kau akan jumpa juga adik kau." Ucap Taehyung. Jimin hanya menganggukkan kepalanya lalu kembali menyambung kerjanya yang tertangguh.
Taehyung memandang ke arah sekeliling bilik pejabat milik Jimin itu. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada sebuah gambar yang tergantung kemas pada dinding itu.
Gambar Jimin yang sedang memeluk seorang perempuan sambil ketawa itu membuatkan Taehyung membulatkan matanya serta merta.
"Park Hyera...." Ucap Taehyung perlahan namun masih dapat didengari oleh Jimin.
"Kau kenal ke adik aku?" Soal Jimin apabila melihat Taehyung yang sudah berubah air mukanya.
Cepat-cepat Taehyung menggeleng tanda tidak.
"T-taklah. Adik kau pun aku tak pernah jumpa, macam mana nak kenal." Balas Taehyung lalu ketawa.
Jimin hanya mengangkat keningnya dan kembali menyambung kerjanya manakala Taehyung menelan air liur payah. Kalaulah Hyera isteri keduanya itu benar-benar adik Jimin, pasti Jimin akan kecewa dengannya.
Ya, Jimin adalah abang kepada Hyera. Mereka terpisah sejak 6 tahun yang lepas kerana Jimin hendak mengejar cita-citanya untuk belajar dan bekerja di luar negara.
Setiap hari, Hyera akan menunggu kepulangan Jimin seperti yang dijanjikan oleh Jimin bahawa dia akan balik. Namun lelaki itu memungkiri janjinya. Bahkan dia juga tidak berhubung dengan keluarganya. Semakin lama semakin Hyera putus asa dan membuatkan gadis itu semakin melupakan abangnya.
6 tahun berlalu akhirnya Jimin mengambil keputusan untuk kembali ke Korea. Dia juga bertekad untuk mencari semula keluarganya.
Hatinya hancur disaat menerima khabar kematian ibunya. Sampai sekarang dia masih tidak tahu siapakah punca kematian ibunya dan dimanakah keberadaan Hyera.
Sungguh dia amat rindu akan keluarganya dan dia juga sangat menyesal akan apa yang dia telah lakukan pada 6 tahun yang lepas.
Eheks!
Muehehehehehehe!!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro