(5)
Hyera memandang ke arah gaun perkahwinan yang akan dipakainya nanti. Keluhan berat dilepaskan.
Dalam beberapa jam lagi, dia akan melangsungkan perkahwinannya bersama dengan lelaki yang dicintainya.
"Hyera.. tak siap lagi ke?" Soal puan Kim sambil menghampirinya. Bahu gadis itu disentuhnya lalu bibirnya mengukir senyuman.
"Kejap lagi Hyera siap." Kata Hyera.
"Kalau macam tu, mama keluar dulu. Jangan lambat pula."
Apabila puan Kim sudah keluar, gaun putih yang labuh itu dicapainya lalu disarungkan pada tubuhnya.
Tidak lama selepas itu, dia mendapat sebuah panggilan dari pihak hospital.
Hatinya... Remuk dan berkecai tatkala diberitahu ibunya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Ibunya telah pun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Hyera jatuh terduduk. Airmatanya tidak berhenti mengalir keluar.
Pintu keluar ditujunya. Dia melangkah keluar tanpa dia tidak tahu arah tujunya.
"Ibu... Ibu..." Mulutnya tidak henti dari memanggil ibunya.
Taehyung pantas mengejar gadis itu lalu tangannya dicapai. Badan gadis itu dipeluknya cuba untuk menenangkan gadis itu.
"Tae, saya nak jumpa ibu. Saya nak jumpa ibu." Rayu Hyera.
"Ok, ok. Tapi setelah kita selesai. Biar pihak hospital yang uruskan segalanya dulu." Kata Tae.
Dada lelaki itu dipukul oleh Hyera.
"Tae!! Ibu saya macam ni pun awak boleh nak teruskan majlis ni!?" Marah Hyera dalam tangisnya.
"No! Lagipun tetamu dah ramai. Kalau dibatalkan, mana aku dan mama nak letak muka." Ujar Taehyung.
"Tae..."
"Aku janji, sekejap jer. Selesai kita terus pergi hospital."
Mahu tidak mahu, Hyera mengangguk tanda setuju. Lalu mereka pun menapak masuk kembali ke dalam dewan itu.
Airmata yang mengalir dilap beberapa kali. Hyera menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskan kembali. Dia cuba untuk berlagak tenang dihadapan ribuan tetamu yang hadir. Dia juga tidak mahu lelaki itu mendapat malu termasuk keluarganya.
"Kim Taehyung, adakah anda sudi menjadi suami kepada park Hyera? Dan menjaga dan merawatnya dengan sebaik mungkin?" Soal paderi(?) itu kepada Kim Taehyung.
"Setuju."
"Park Hyera?" Panggil paderi itu apabila melihatkan gadis itu termenung.
"Sayang?" Panggil Taehyung pula.
"N-nae?" Hyera menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Park Hyera, adakah anda sudi menjadi isteri kepada Kim Taehyung? Dan bersedia susah senang bersamanya?"
"S-setuju..."
Sorakan gembira daripada tetamu itu bergema diseluruh ruang dewan itu tatkala mereka menyatukan bibir mereka.
Hyera memejamkan matanya cuba mencari ketenangan disebalik ciuman itu.
Tidak lama selepas itu, ciuman dileraikan. Hyera memandang sayu ke arah Taehyung.
Faham akan apa yang diinginkan oleh gadis itu, Taehyung pun mengangguk. Tangan gadis itu dipegang lalu mereka pun segera keluar dari dewan itu.
Enjin kereta dihidupkan lalu dia pun terus memecut laju.
******
Wajah pucat ibunya dipandang sayu. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Dia tidak kuat untuk menahannya lagi.
"Seronoknya ibu nak tengok anak ibu kahwin nanti. Mesti cantikkan?"
"Nanti biar ibu yang dandankan anak ibu cantik-cantik.."
"Nanti dah jadi isteri orang, jangan sedih-sedih lagi."
"Kalau ibu tak ada nanti, ada lah orang yang tolong jagakan anak ibu.."
Kata-kata ibunya semalam masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia mengeratkan pelukannya pada tubuh ibunya.
"Ibu, bangun. Jangan tinggalkan, Hyera. Ibu..."
Taehyung hanya mampu mengusap bahu isterinya. Dia turut bersedih atas apa yang menimpa gadis itu.
"Dah, jangan nangis. Kalau ibu tahu, dia pun akan sedih." Kata Taehyung.
Badan gadis itu ditariknya lalu dibawa kedalam pelukannya. Kepala dan bahu gadis itu diusap-usap untuk menenangkan gadis itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Badan Hyera direbahkan diatas katil setelah dia tertidur dalam perjalanan pulang dari pemakaman ibunya.
Walaupun dalam keadaan tertidur, suara esakannya masih dapat didengari oleh Taehyung.
Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut kepala gadis itu sebelum dia mencium dahi gadis itu.
Bibirnya mengukir senyuman sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
Huwaaaaaaaa takde idea 😌
Apa-apa pun asyileee vote 😘💃
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro