Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(4)


Bibirnya dioleskan sedikit pelembap bibir supaya tidak kelihatan terlalu kering. Rambutnya panjang dibiarkan lepas tanpa berikat.

Hyera bangun dari duduknya apabila pintu biliknya diketuk. Pintu dibuka olehnya lalu terpancullah wajah ibu kesayangannya. Hyera mengukir senyuman.

"Ibu rasa betul ke apa yang Hyera buat?" Soal Hyera. Gadis itu berasa tidak senang hati apabila membuat keputusan seperti itu.

Puan Park mengelus lembut tangan Hyera lalu menatap wajah anak gadisnya itu.

"Kalau Hyera rasa itu yang terbaik untuk Hyera, ibu akan sentiasa sokong anak ibu. Lagipun Ibu tengok Taehyung betul-betul mencintai kamu." Terang Puan Park.

"Tapi ibu, Hyera..."

"Hyera, peluang yang ada jangan sia-siakan. Gembirakan lah Taehyung. Anggap sahaja sebagai membalas segala jasa baik yang dia lakukan pada kita."

Hyera mengeluh perlahan.

"Baik, ibu. Hyera akan gembirakan dia. Ibu doakan yang terbaik untuk Hyera, tau."

"Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu. Nanti bila dah sampai sana, jaga diri baik-baik." Kata Puan Park lalu mengelus pipi Hyera.

"Dah, jangan sedih-sedih. Nanti tak cantik anak ibu." Sambung Puan Park lagi manakala Hyera hanya gelak.

Tidak lama selepas itu, Taehyung pun datang. Bibirnya tidak lepas dari mengukir senyuman.

'Dia terlalu cantik. Macam mana aku tak boleh nak jatuh cinta kalau dia lagi cantik dari Jihyo sendiri.' getus hati Taehyung.

Cepat-cepat Taehyung menggeleng laju apabila Hyera memanggilnya beberapa kali.

"Sorry, you look so beautiful." Kata Taehyung manakala Hyera tersenyum malu.

Selepas itu, mereka pun meninggalkan perkarangan rumah Hyera.

Sepanjang perjalanan, Hyera hanya diam. Sesekali dia menggosok-gosokkan tangannya.

"Kenapa? Sayang takut nak jumpa keluarga oppa?" Soal Taehyung.

"Oppa, kalau parents oppa tak setuju, macam mana?"

Taehyung tersenyum lalu tangan gadis itu dipegangnya.

"Don't worry. Parents oppa pasti akan setuju." Kata Taehyung cuba menenangkan gadis itu.

Skip sampai...

Puan Kim tersenyum lebar apabila melihat kedatangan mereka. Tangan Hyera dipegang Taehyung sambil menghampiri Puan Kim.

Hyera menundukkan badannya tanda hormat sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Sebuah senyuman sempat diberikan kepada Puan Kim.

Jihyo? Awal-awal pagi lagi gadis itu sudah keluar setelah Taehyung memeberikannya sejumlah wang yang cukup besar kepadanya.

Lagipun kalau dia ikut serta, apa yang akan Hyera fikirkan. Kerana selama ini, setiap kali Taehyung membawa gadis itu ke rumahnya pasti Jihyo akan keluar.

"Jadi inilah menantu mama, cantik." Ucap Puan Kim.

Hyera hanya tersenyum.

"So, Taehyung. how about your plan?" Soal puan Kim.

Taehyung memandang sekilas ke arah Hyera lalu memandang semula ke arah mamanya.

"Satu minggu dari sekarang. Segala persiapan Tae dah uruskan." Jawab Taehyung.

Mata Hyera membulat seakan-akan tidak percaya. Manakala puan Kim hanya mengangguk.

Wajah Taehyung dipandangnya cuba meminta kepastian. Lelaki itu mengangguk disertai oleh senyuman yang terukir di bibirnya.

*****

Kedua-dua tangannya penuh dengan beg kertas yang berisi dengan barang yang dibelinya tadi.

Dapat duit, tunggu apa lagi berbelanjalah. Jihyo ketawa kecil.

"Seronok betul kahwin dengan orang kaya, kan? Lagi-lagi kalau dah sayang. Minta sikit, tapi dapat banyak." Ujar Jihyo. Lelaki dihadapannya hanya ketawa.

"Of course, bila u dah dapat separuh dari harta dia, mesti akan lagi seronok." Kata lelaki itu.

"Tapi bila? Dah 3 tahun i tunggu." Omel Jihyo.

"U kenalah sabar. Nak ambil semua harta dia bukan semudah 123."

"Tapi dia nak anak untuk jadi waris kepada semua harta dia." Ucap Jihyo sambil bermain-main dengan jarinya.

"Kalau macam tu, mengandungkan lah anak dia."

"No! How about you? I love u not him."

Lelaki itu memandang ke arah Jihyo sambil tersenyum manakala gadis itu turut melakukan hal yang sama.

"Habis rancangan u selama ini untuk apa?" Tanya lelaki itu apabila teringatkan yang dia juga sedang bekerjasama dengan perempuan tu.

"Perempuan itu? Hahaha! I nak dia rasa macam mana dipermainkan dan termasuk menghancurkan masa depannya." Jawab Jihyo lalu bibirnya mengukir senyuman sinis.





























































Terhibur tak 😂💃
Ekceli author tak reti nak buat citer macam ni😌tapi belum cuba belum tahu kan😁
Author nak buat biar citer ni sampai ke hati para readers tapi tulah otak author ni tak boleh nak perah 😅🙊🙉
Apa-apa pun asyileee vote 😘💃💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro