Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(32)


Seluruh badan Taehyung yang dicucuk dengan berbagai-bagai jenis wayar dipandang oleh Hyera. Bunyi mesin pernafasan yang menjadi bantuan untuk Taehyung bernafas itu memecahkan kesunyian bilik itu.

Sudah seminggu berlalu, namun Taehyung masih belum sedarkan diri setelah kejadian itu.

Jika bukan kerana Jimin yang memaksa untuknya menjaga Taehyung, dia tidak mahu.

Berkali-kali dia membantah namun tetap sahaja dipaksa oleh Jimin.

Perlahan-lahan dia bangun lalu menghampiri Taehyung. Melihatkan keadaan lelaki itu, dia sendiri tidak tahu hendak merasa apa. Sedih? Seronok? Dia tidak tahu.

Terketar-ketar tangannya bergerak memegang tangan Taehyung yang berbalut itu.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Susah sangat ke awak nak biarkan saya bahagia dengan diri saya yang sekarang? Bukan ini ke  yang awak nak?" Ucap Hyera. Airmatanya jatuh.

"Kenapa hati saya sakit tengok awak macam ni? Sepatutnya saya gembira. Saya gembira tengok awak terseksa macam ni. Sebab ini yang saya nak selama ini."

"Saya menyesal sebab percayakan awak."

Bunyi pintu yang terbuka membuatkan Hyera cepat-cepat mengelap air matanya. Lantas dia kembali duduk di atas sofa lalu mempamerkan riak wajah yang tegang. Pandangannya dialihkan ke arah lain.

"Hyera?" Panggil Puan Kim.

Hyera hanya memandang ke arah puan Kim lalu tersenyum nipis.

"Hyera dah lama kat sini? Kan mama dah pesan, tak perlu susahkan Hyera. Lagipun kasihan Hyera kan tengah mengandung." Kata puan Kim.

"Tak lama pun, mama. Lagipun Jimin oppa yang suruh Hyera datang sebab katanya mama sibuk." Balas Hyera.

Puan Kim tersenyum lalu tangan gadis itu dicapai.

"Mama tahu yang kamu masih tak dapat nak maafkan anak mama. Tapi percayalah cakap mama, anak mama betul-betul menyesal atas apa yang dia dah buat pada Hyera dulu."

Hyera hanya diam.

"Dia mangsa Jihyo. Mama pun tak sangka selama ini kami ditipu oleh dia. Dia buat Taehyung mati-mati cintakan dia untuk ambil harta kami. Dia gunakan Taehyung untuk rosakkan masa hadapan kamu juga. Mama tak sangka dia selicik itu."

Hyera masih diam. Dia tidak tahu hendak membalas apa.

"Maaf, mama tak boleh lama. Terima kasih sebab sudi jagakan anak mama."

Pipi Hyera dikucup sekilas sebelum wanita itu meninggalkan ruangan bilik itu.

Setelah itu, dia menghampiri semula ke arah Taehyung lalu tangannya disilangkan pada dadanya.

Taehyung hanya dipandang kosong sebelum matanya membulat apabila melihat jari jemari lelaki itu bergerak.

Tanpa berlengah, dia segera memanggil doktor untuk melihat keadaan lelaki itu.

"Syukur, pesakit sudah sedar. Tetapi keadaannya masih lemah dan perlukan rehat secukupnya. Jadi, jangan terlalu memaksa pesakit untuk berbuat apa-apa." Ujar doktor itu.

"Baik, doktor. Terima kasih."

"Sama-sama. Kalau macam tu, saya minta diri dulu."

Hyera hanya mengangguk sambil tersenyum.

......

Wajah Hyera yang tekun bermain dengan Hyemin itu dipandang lama oleh Taehyung. Terbit sebuah senyuman dibibirnya melihat Hyemin yang ketawa terkekeh-kekeh apabila digeletek oleh Hyera.

"Seronok ya anak mama gelak." Ucap Hyera lalu ketawa.

Pintu bilik itu terbuka. Seorang jururawat bersama dengan troli makanan masuk. Lantas Hyera berdiri lalu menghampiri jururawat itu.

"Maaf, puan. Sekarang masa untuk encik Taehyung makan ubat." Kata jururawat itu. Hyera hanya mengangguk lalu jururawat itu pun keluar.

Katil Taehyung dinaikkan sedikit memudahkan untuknya duduk. Memandangkan keadaan masih lemah.

Hyera kembali duduk di atas sofa. Namun matanya kembali tertumpu pada Taehyung yang sedang diam tanpa menjamah makanan.

"Kenapa tak makan lagi?" Soal Hyera.

"S-suap." Balas Taehyung membuatkan Hyera terkejut.

"Ada tangan makanlah sendiri. Tak kuasa aku nak suap kau." Ucap Hyera.

"T-tapi tangan saya..."

Taehyung mengangkat perlahan-lahan kedua-dua tangannya yang berbalut seakan-akan seperti sarung tangan peninju itu.

Hyera menggulingkan biji matanya lalu bangun menuju ke arahnya.

"Tepi sikit." Arah Hyera sambil menolak Taehyung sedikit ke tepi lalu dia duduk disebelah lelaki itu.

"Buka mulut." Arah Hyera lalu menyuap bubur nasi itu ke dalam mulut Taehyung.

Belum sempat Taehyung hendak menelan, satu suapan disuap lagi kedalam mulutnya.

"Sabarlah, aku kan tak habis lagi." Kata Taehyung manakala Hyera memandang tajam ke arahnya

"Nak suruh aku suap, kan?" Balas Hyera lalu menyuap lagi bubur itu ke dalam mulut Taehyung.

"Garangnya." Ucap Taehyung lalu mengunyah makanan tersebut.

"Dah, makan ubat pula." Ucap Hyera. Taehyung hanya mengangguk. Sekurang-kurangnya Hyera masih mahu menolongnya walaupun tahu gadis itu hanya terpaksa.










































































































































































































Ahaks!

Best tak chapter kali ini?😌

Ok , bye jangan lupa vomment tau 😉😘

Sayang korang 💖💖💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro