(31)
Setelah selesai menidurkan Hyemin, Hyera terus keluar ke ruang tamu. Tiada apa yang perlu dia lakukan, kerana Jimin terlebih dahulu sudah menyelesaikan semuanya. Televisyen dihidupkan. Tetapi dia hanya memandang kosong kerana tiada rancangan yang menarik.
"Tch! Jimin oppa ni kedekutlah. Nak ikut pun tak boleh. Dahlah bosan. Hyemin pulak dah tidur." Ucap Hyera.
Ketukan pada pintu mengejutkan Hyera. Lantas dia bangun lalu membukakan pintu itu.
"Jimin oppa..."
Hyera terdiam apabila melihat sesusuk tubuh milik Taehyung yang sedang berdiri tegak dihadapannya.
Cepat-cepat Hyera ingin menutup pintu itu kembali namun Taehyung pantas menghalang.
"Kau nak apa lagi!?" Marah Hyera apabila Taehyung berjaya melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Please, Hyera. I'm begging you. Untuk kali ini sahaja kau terima aku semula."
"Untuk apa? Di antara kita, sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Untuk apa aku nak terima balik kau? Untuk sakitkan hati aku lagi? Sekaligus mental dan fizikal aku?"
"Untuk anak kita. Tolong aku, Hyera. Aku janji aku akan jaga kau baik-baik."
Hyera tergelak kecil.
"Anak kau? Kau yakin ke ini kau?" Soal Hyera.
Taehyung meraup wajahnya kasar.
"Ofkoslah anak aku. Aku sorang je yang pernah sentuh kau." Jawab Taehyung lalu bahu gadis itu cuba disentuh namun Hyera cepat-cepat menepisnya.
"Don't you dare to touch me." Kata Hyera lalu memandang tajam ke arah lelaki itu.
"Hyera, please. Jangan seksa perasaan aku lagi." Kata Taehyung.
"Aku? Aku seksa perasaan kau!? Kau cakap aku seksa perasaan kau!?"
Taehyung diam.
"Pembetulan. Bukan hati kau yang terseksa tapi hati aku. Hati aku yang terseksa."
"Hyera, aku..."
"Jadi dah rasa kan macam mana terseksanya hati tu? Baguslah kalau dah rasa. Memang itu yang aku nak lepas apa yang kau dah buat pada aku dulu."
"Hyera, aku tahu aku banyak buat salah dengan kau. Tolong maafkan aku. Aku merayu-rayu sangat-sangat."
"Wah! Encik Kim Taehyung pemilik sebuah syarikat ternama di negara Korea sedang merayu-rayu minta maaf dekat orang bawahan. Sangat ajaib."
"Tolong aku, Hyera. Aku menyesal atas apa yang aku dah buat pada kau dulu."
"Dahlah Taehyung. Beribu-ribu kali kau minta maaf, sampai mati aku takkan maafkan kau. Hati aku sakit. Aku cuba untuk lupakan semuanya, tapi setiap kali aku cuba untuk lupakan semua itu, hati aku sakit. Luka di hati aku masih basah."
"Untuk anak kita, aku janji untuk anak kita. Tolong Hyera, kembalilah pada aku semula. Kita bina balik hubungan kita. Please."
Hyera memejamkan matanya buat seketika. Nafas dihela kasar. Jujur dia masih mempunyai perasaan terhadap lelaki itu. Namun egonya menghalang untuk dia memaafkan lelaki itu bahkan menerima kembali lelaki itu.
"Keluar, Taehyung." Ucap Hyera perlahan namun dibalas gelengan dari Taehyung.
"Taehyung, tolong keluar. Tolong jangan pernah ganggu aku lagi. Antara aku dengan anak dalam kandungan aku, Jimin oppa ada uruskan aku. Mulai sekarang, kau dengan hidup kau dan aku dengan hidup aku." Kata Hyera lalu dia beredar dari ruang tamu menuju ke biliknya.
Bahu Taehyung terhinjut-hinjut akibat tangisannya. Hati gadis itu sudah benar-benar keras. Namun dia tidak akan pernah berputus asa.
"Hyera, sekeras apa pun hati kau, aku yakin kau akan maafkan aku."
.......
Satu senyuman sinis terukir dibibirnya tatkala dia selesai memotong tali brek kereta milik Taehyung.
"Kalau aku pun kau dah buang, jangan harap yang perempuan itu akan kembali semula pada kau." Ucap Jihyo lalu ketawa sinis.
"Semoga ajal segera menjemput." Kata Jihyo lalu dia beredar dari situ.
Tidak lama selepas itu, Taehyung datang. Setelah enjin kereta dihidupkan, perlahan-lahan keretanya meninggalkan perkarangan bangunan pejabat itu.
Dahi Taehyung berkerut tatkala brek kereta dipijak beberapa kali namun tiada sebarang hasil.
"Shit! Asal pulak brek buat hal waktu-waktu macam ni?" Ucap Taehyung.
Dia mula cemas. Sudahlah kereta itu dipandu dengan kelajuan tinggi. Brek pula buat hal.
Malang tidak berbau apabila sebuah lori datang dari arah bertentangan namun dia sempat mengelak dari dilanggar oleh lori itu tetapi malang tetap menimpanya apabila dia melanggar penghadang jalan itu sebelum kereta itu bergolek-golek di atas jalan.ಥ‿ಥ
Taehyung melangkah keluar dari kereta itu dengan lemah. Keadaannya kini tidak ubah seperti bermandikan darah. Perlahan-lahan dia menjauhkan dirinya dari keretanya sebelum tubuhnya rebah di atas jalan itu.
Telinga Taehyung dapat menangkap bunyi letupan yang terhasil dari keretanya. Api yang marak dapat dilihatnya sebelum segala-galanya menjadi gelap.
_tamat_
Sabar, tak habis lagi..◉‿◉
Ahaks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Sayang korang!💋
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro