(30)
Mulut Taehyung ternganga apabila mendapat berita tentang kehamilan Hyera. Lebih memeritkan lagi, apabila itu kandungan itu merupakan kandungan kedua Hyera.
"Jimin, kau tak tipu aku kan? Jadi Hyera mengandungkan anak aku? Anak kedua aku?" Soal Taehyung.
"Kau ingat aku tipu, ke? Lepas apa kau dah buat pada dia, aku yang selalu ada dengan dia. Segala apa yang dia buat, semuanya dibawah pengawasan aku." Jawab Jimin.
Airmata jantannya mengalir keluar. Hatinya sakit.
"Tolong aku, Jimin. Aku janji aku akan jaga Hyera baik-baik. Tolong aku?"
Jimin mengeluh. Dia sudah masak dengan kata-kata lelaki itu.
"Terpulang pada Hyera. Kalau Hyera setuju, aku akan setuju."
"Tapi aku takut.."
Jimin memandang Taehyung lalu tersenyum.
"See? Hati kau sebenarnya masih ego. Kalau kau betul-betul nak tebus balik segala kesalahan kau pada Hyera, terus lakukannya. Jangan tunggu lagi." Ucap Jimin.
"Aku takut kalau dia tak nak terima aku balik."
"Sebab tu lah aku suruh kau cuba. Cuba macam mana kau pikat adik aku dulu."
Taehyung diam. Manakala Jimin masih tersenyum.
"Jangan sekadar bercakap, tetapi tidak bertindak. Aku balik dulu, ada hal yang nak kena selesaikan." Ucap Jimin sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu. Setelah itu dia bangun lalu pulang.
.....
Amukan dari Hyera membuatkan Jungkook hanya mampu menggarukan kepalanya. Dia sudah buntu hendak menenangkan gadis itu.
"Jimin oppa mana? Jimin oppa mana?"
Ayat yang sama Hyera ulang sejak dia tersedar dari tidurnya. Habis bersepah seluruh ruang tamu itu akibat disepahkan oleh Hyera sendiri.
Jungkook menyusun semula bantal-bantal sofa yang dibaling oleh Hyera tadi namun Hyera kembali mencampakkannya.
"Hyera, Jimin banyak kerja. Sabar ya, kejap lagi Jimin balik lah." Pujuk Jungkook.
"Tak nak..." Keluh Hyera.
"Kalau Hyera terus macam ni, Hyemin macam mana? Dah lama kan Hyera tak manja-manja dengan dia?"
Hyemin yang sedang berusaha untuk meniarap itu dipandang oleh Hyera lalu mulutnya dicebikkan.
"Hyera nak jadi ibu yang terbaik, kan?" Soal Jungkook lalu duduk melutut di hadapan gadis itu. Tangan Hyera dicapai sebelum bibirnya mengukir senyuman.
Perlahan-lahan Hyera menganggukkan kepalanya tanda mahu.
"Hyera dah sedia untuk terima balik Taehyung dalam hidup Hyera?" Soal Jungkook lagi.
Hyera memandang ke arah lelaki itu dengan terkejut.
"Tak. Kalau Hyera tak maafkan dia, jangan harap untuk Hyera terima dia balik."
"Tapi hyera mengandungkan anak dia, kan?"
"Memang Hyera mengandungkan anak dia. Tapi tak bermaksud Hyera kena terima dia balik dalam hidup Hyera."
Jungkook tersenyum.
"Walau macam mana sekalipun, Taehyung tetap ayah kepada anak dalam perut Hyera tu. Dan Hyera masih cintakan dia, kan?"
Jungkook dipandang tajam.
"Berapa kali Hyera nak cakap yang Hyera cintakan Jungkook oppa! Hyera cintakan Jungkook oppa! Oppa pun cintakan Hyera, kan?" Jerit Hyera lalu airmatanya tumpah.
"Cinta tak boleh dipaksa. Hyera, dengar cakap oppa. Sekali ini sahaja oppa minta dengan Hyera, tolong maafkan Taehyung dan terima dia balik. Just for your child. Please?"
Hyera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Airmatanya dilap.
"Cakap sajalah yang oppa tak cintakan Hyera."
Jungkook tersenyum lalu dia menghampiri Hyemin yang masih belum berhasil untuk meniarap.
"Aigoo anak papa, tengah belajar nak meniarap ya." Ucap Jungkook lalu mendukung tubuh Hyemin.
"Hyera.." Panggil Jungkook.
"Sinilah, kasihan Hyemin lama tak main dengan mama dia. Kan sayang papa ni?" Ucap Jungkook lalu pipi Hyemin dikucup lembut.
Perlahan-lahan Hyera bangun lalu Hyemin bertukar tangan. Pipi si kecil itu turut dicium membuatkan si kecil tersenyum seketika.
"Hyemin mesti seronok kan nak dapat adik? Nanti ada kawan nak main. Walaupun bukan mama yang lahirkan kamu, mama tetap sayang kamu." Ucap Hyera manakala Jungkook hanya senyum.
Kadang-kadang dia hairan dengan sikap gadis itu. Mungkin kerana mengandung, membuatkan gadis itu seringkali bertukar mood.
Hai semua! Saya park Hyemin! Terima kasih sudi baca! Sayang korang! Agak-agak siapa yang akan jadi papa Hyemin?
Ahaks! Hiks gambar Hyemin hilang!
Btw jangan lupa vomment tau 😉😘
Sayang korang 💖💖💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro