(28)
Riak yang tegang jelas terpancar pada wajah Taehyung. Walau berkali-kali Jihyo cuba meminta maaf atas apa yang telah dilakukan olehnya. Tetapi tidak sedikit pun dia memberi wajahnya pada gadis itu.
"Tae, tolong beri saya peluang kedua. Saya janji saya takkan ulang lagi kesilapan yang dah saya lakukan." Ucap Jihyo. Taehyung hanya diam. Dia sedaya upaya menahan dirinya daripada marah.
"Byun Jihyo, mulai hari ini aku ceraikan kau. Sekarang kau ambil semua barang-barang kau dan keluar dari sini." Balas Taehyung.
"Tak, Tae. Tolong jangan ceraikan saya. Saya cintakan awak. Saya ikhlaskan cintakan awak."
Pelukan Jihyo pada kakinya dilepaskan.
"Cukup, Jihyo. Kau dengan kata-kata kau boleh berambus dari sini."
"Tae, tolong kali ini sahaja."
"Keluar."
"Tae.."
"Keluar."
Tae, tolonglah...."
"Keluar!!!"
Badan Jihyo terhinjut apabila ditengking sebegitu rupa.
Serta merta gadis itu mengambil kesemua barang-barangnya lalu keluar dari rumah itu.
Taehyung menjerit sekuat hatinya melepaskan segala yang terbuku di dadanya.
Kunci kereta diambil lalu dia segera menapak keluar dari rumah itu.
"Tae, nak pergi mana?" Soal Puan Kim.
"Tae nak jumpa Hyera. Tae nak minta maaf dengan dia." Balas Taehyung.
"Lepas apa Tae dah buat kat dia, Tae rasa dia nak maafkan Tae?"
Taehyung menghela nafas kasar.
"Sebab itulah Tae nak minta maaf dengan dia. Lagipun Tae betul-betul tak sedar apa yang Tae dah buat pada dia waktu itu."
"Tae, berilah masa untuk dia tenangkan fikiran dia semula. Mama yakin kalau Tae pergi pun, pasti keadaan makin teruk. Hyera mungkin masih trauma dengan kejadian malam itu." Ujar Puan Kim.
"Tae tak boleh nak tunggu, mama. Tae rasa bersalah sangat-sangat dengan dia. Tae nak jaga dia. Tae nak tebus balik atas kesalahan yang Tae dah lakukan pada dia dulu."
Puan Kim mengeluh. Jika sudah keras kepala, sudah tidak boleh berbuat apa.
"Kalau macam tu, Tae buatlah apa yang Tae rasa terbaik. Mama akan sokong Tae. Sampaikan salam mama pada Hyera. Mama rindu sangat-sangat kat dia."
Taehyung mengangguk lalu segera beredar dari situ.
******
Hyera duduk berlutut di birai katil sambil menggoyangkan badannya.
Sejak kejadian itu, sakitnya kembali semula. Bahkan lebih teruk dari sebelumnya.
Setiap malam pasti ada sahaja yang diracaunya. Kadang-kadang dia sering ingin membunuh dirinya dalam tidurnya tanpa sedar. Sehinggakan Jimin terpaksa berjaga malam untuk mengawasi adiknya itu.
Hyemin? Mujurlah Jungkook ada dan dapat menjaga bayi itu. Suara-suara yang bising diluar biliknya langsung tidak diendahkannya.
"Jimin, tolong bagi aku peluang. Aku nak tebus balik segala kesalahan yang aku dah lakukan pada Hyera."
"Baliklah, Taehyung. Tak ada gunanya kau merayu."
"Jimin, sekali ini sahaja. Aku akan jaga Hyera baik-baik."
Jimin tersenyum sinis.
"Jimin, tolonglah." Rayu Taehyung lagi.
"Aku tak yakin yang kau nak minta maaf dengan dia. Lepas apa kau dah buat pada adik aku, kau ingat senang ke untuk dia maafkan kau? Aku rasa kalau aku ditempat Hyera, aku pun akan rasa benda yang sama." Ujar Jimin.
"Jimin, tolonglah aku merayu kat kau. Masa tu, aku tak sedar. Aku dikawal oleh kemarahan aku. Sumpah aku tak sedar. Tolonglah Jimin. Aku merayu kat kau."
Jimin tersenyum sinis lagi.
"Dulu masa Hyera merayu-rayu minta maaf dekat kau, ada kau dengar? Dia cuba untuk bersuara, ada kau bagi dia peluang? Sebelum kau kahwin dengan dia, ada kau fikir? Tak ada, kan? Jadi sebelah kiri kau, jalan terus, nampak pintu terbuka dan sila keluar." Kata Jimin.
"Jimin, tolonglah aku. Biar aku yang jagakan Hyera."
Jimin tergelak.
"Kau nak jaga Hyera? Wah, sungguh ajaib! Tapi, dalam mimpilah. Sebab aku takkan sesekali lepaskan dia pada kau."
Taehyung meraup wajahnya kasar. Dia tidak berhenti dari teus marayu-rayu pada lelaki itu.
"Baliklah Tae. Beri Hyera masa untuk berehat. Aku tahu yang kau mangsa keadaan. Tapi apa yang kau buat pada dia cukup menyakitkan hati aku."
"Jimin..."
"Sebelum kesabaran aku hilang, baik kau balik. Kau pun aku tengok dah penat. Baliklah, rehatkan diri kau juga. Soal Hyera, kau ketepikan dulu. Selesaikan masalah kau dulu." Ujar.
Taehyung hanya mengangguk perlahan.
Huwaaaaaaaa 😭
Ekceli aku tak ada idea😫
Mesti bosan kan chapter ni?
Apa-apa pun tetaplah enjoy😉
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Sayang korang 💖💖💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro