(26)
Gaun labuh berwarna biru cair itu sangat sesuai dipadankan pada badan Hyera. Bibirnya dicalit dengan gincu merah sebelum bibirnya mengukir senyuman sinis.
(Korang anggaplah Hyera pakai baju tu)
"Wait and see, Taehyung. Kalau kau cintakan dia, maka kau akan terlepas dari godaan aku. Kalau tidak, bersiap sedialah dengan permainan yang akan aku ciptakan tak lama lagi." Ucap Hyera perlahan.
Kini Hyera bukan lagi seperti dulu. Jika dulu dia pengecut, sekarang tidak lagi. Hati yang dah dihancurkan akan kembali bercantum semula.
Pintu bilik dibuka. Susuk tubuh milik Jimin yang lengkap berkemeja tuksedo menambahkan lagi ketampanan lelaki itu.
(Kacak tak Abe Jimin?)
Jimin tersenyum melihat ke arah Hyera. Perlahan-lahan dia menghampiri gadis itu lalu Hyera dipandang dari atas hingga bawah.
"Kenapa? Ada yang kurang?" Soal Hyera apabila Jimin tidak lepas dari memandangnya.
"You look so perfect. Oppa tak pernah tengok Hyera pakai baju macam ni. Hyera betul-betul berubah." Balas Jimin lalu sepasang anting-anting mutiara yang berada diatas meja solek itu diambil dan dipakaikan pada telinga Hyera.
Hyera tergelak kecil.
"Orang dah pijak kepala kita, sampai bila kita nak hadap, kan? Kalau oppa tak selamatkan Hyera dulu, mesti oppa tak jumpa hyera dah, kan?"
"Memang patut oppa selamatkan Hyera. Kalau tidak, mesti diorang tengah gembira besar sekarang, ni."
Hyera tergelak lagi.
"Dah, jom. Tak sabar nak tengok drama yang bakal berlangsung nanti." Kata Hyera lalu lengan Jimin dipeluk.
Jimin mengangguk-anggukkan kepalanya lalu pinggang gadis itu dipeluk.
Setelah itu, mereka pun menuju ke destinasi yang ingin dituju oleh mereka.
Skip sampai...
Mata-mata yang memandang ke arah mereka tidak dihiraukan. Hyera cuba berlagak tenang manakala Jimin hanya mengukir senyuman manis.
Ada-ada yang berbisik-bisik sesama sendiri, siapakah gadis disebelahnya dan ada juga yang memuji mereka sebagai pasangan kekasih.
"Oppa, kat sana ada makanan sedap. Hyera dah lapar." Ucap Hyera perlahan membuatkan Jimin ketawa kecil.
"Pergilah, hati-hati. Bila-bila masa Hyera boleh terserempak dengan dia." Kata Jimin membuatkan Hyera tersenyum sinis.
"Lagi cepat, lagi bagus drama bermula."
"Oppa pun harapkan yang sama."
"Oklah oppa. Bye, i will miss u." Ucap Hyera lalu segera menuju ke arah sebuah meja yang sudah terhidang dengan pelbagai aneka makanan.
Jimin hanya tersenyum.
"Siapa itu?" Soal Taehyung yang tiba-tiba sahaja muncul lalu menepuk-nepuk bahu lelaki itu.
"Ahh... Ad... Adelia.. tunang aku." Tipu Jimin. Nasib Hyera sudah terlebih dahulu beredar dari situ.
"Wah, dah bertunang rupanya kau. Aku tak tahu pun?"
"Kau tak tanya." Balas Jimin santai manakala Taehyung terdiam seketika.
"Apa-apa sajalah. Kau dah makan belum? Kalau belum, jom makan. Kejap lagi dah nak mula." Kata Taehyung lalu dibalas dengan anggukan oleh Jimin.
Taehyung mengambil tempat disebelah seorang gadis yang masih sibuk memilih makanan. Disebabkan rambutnya yang panjang dan menutupi wajah gadis itu, jadi tidak dapatlah Taehyung melihat wajah itu.
(Ok, nak bagitau sikit. Situasi sekarang macam ni. Taehyung sebelah perempuan itu n Jimin depan perempuan itu.)
Dalam diam Hyera, gadis itu tersenyum sinis ke arah Jimin lalu mengenyitkan sebelah matanya.
Jimin hanya menganggukkan kepalanya.
Perlahan-lahan dia memusingkan badannya lalu tubuh Taehyung dilanggar dengan tidak sengaja.
"Eh, dah buta ke apa!?" Marah Taehyung apabila separuh daripada makanan Hyera itu tumpah pada pakaiannya. Tangannya segera bergerak membersihkan sisa-sisa kotor pada bajunya.
"Excuse me? Encik yang buta rasanya." Balas Hyera. Pinggan yang dipegangnya diletakkan kembali diatas meja lalu dia berpeluk tubuh.
"Kau tahu tak yang baju ni harganya mahal? Bukan senang nak dapat tau." Kata Taehyung yang masih membersihkan sisa kotor pada bajunya.
"Baju kotor senang diganti, tapi hati kotor susah diganti." Ucap Hyera serentak menghentikan tindakan lelaki itu.
Mata Taehyung membulat luas tatkala melihat ke arah Hyera yang sedang tersenyum sinis.
Dari atas hingga bawah dia memandang gadis itu dengan perasaan yang terkejut.
"H-HYERA?"
Hyera tergelak kecil.
"Ingatkan dah lupa. Rupanya masih ingat." Ucap Hyera sambil mendekati lelaki itu.
"B-bukan kau d-dah mati?" Soal Taehyung yang masih tidak percaya.
"Orang yang pandai menipu pun boleh tertipu, kan?" Kata Hyera. Kini jarak mereka sangat dekat. Mungkin lagi seinci bibir mereka bertemu.
Nafas hangat Taehyung yang tidak teratur dapat dirasakan oleh Hyera. Sedikit demi sedikit bibirnya mengukir senyuman sinis.
"K-kau bukan Hyera. Hyera tak macam ni." Kata Taehyung membuatkan Hyera tergelak.
Perlahan-lahan tangannya naik merangkul leher milik lelaki itu lalu ditarik sehingga tiada ruang diantara mereka.
Hyera mendekatkan wajahnya pada telinga Taehyung lalu ditiupnya sebelum dia membisikkan sesuatu.
"Memang aku bukan Hyera. Sebab Hyera yang lama sudah mati." Balas Hyera.
Taehyung diam tanpa sebarang kata-kata. Jelas pada wajahnya yang dia sedang ketakutan.
"Why do you look so scared, Mr. Taehyung?"
Taehyung menggelengkan kepalanya lalu tangannya bergerak memeluk pinggang gadis itu tanpa dia sedar membuatkan Hyera tersenyum.
Pandangan mereka terkunci buat seketika. Mata Taehyung tidak lepas dari memandang ke arah Hyera yang masih tersenyum. Jujur dirinya masih mengakui bahawa gadis dihadapannya itu kelihatan sangat cantik. Bahkan lebih cantik dari yang sebelumnya.
' Let's play this game.' Bisik hati Hyera.
Dan ya, tanpa gadis itu memulakan rancangannya untuk menggoda lelaki itu, Taehyung telah pun menyatukan bibir mereka berdua.
Taehyung memejamkan matanya manakala Hyera tersenyum disebalik ciuman itu. Perlahan-lahan Taehyung mula mengurut lembut bibir gadis itu.
"YAH!!! PEREMPUAN TAK GUNA!!"
APA RASA?
AHAKS!!
FUHH AKU PULAK YANG TAKUT...
SABAR-SABAR, NANTI BERSAMBUNG LAGI...
PERANG DAN DRAMA BAKAL BERMULA.. NANTIKAN...
JANGAN LUPA VOMMENT TAU 😘😍
HEPI 892 PATAH PERKATAAN..
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro