(23)
Pintu bilik pejabat itu dibuka perlahan. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu tanpa menyedarkan si tuan empunya bilik itu yang sedang lena dibuai mimpi.
Pisau ditangannya digenggam dengan kemas manakala bibirnya tidak lepas dari mengukir senyuman sinis.
Wajah Taehyung yang sedang tertidur pulas diatas sofa itu dipandang tajam. Api kemarahannya kian memuncak tatkala mengingati perbuatan-perbuatan jahat lelaki itu terhadap dirinya.
Perlahan-lahan dia menghampiri Taehyung. Lalu pisau itu dimainkan pada seluruh wajah lelaki itu.
Perlahan-lahan membuatkan lelaki itu tersedar. Taehyung membulatkan matanya apabila melihat Hyera yang tepat berada dihadapan wajahnya.
"H-Hyera?"
Hyera ketawa terbahak-bahak. Jelas kelihatan muka lelaki itu nampak pucat.
"Kenapa? Terkejut tengok aku?" Soal Hyera lalu kembali ketawa.
Badan Taehyung mula menggigil ketakutan.
"Tak nak tanya apa hajat aku datang ke sini?" Soal Hyera lagi.
"Bukan kau dah mati!? Kau dah mati!! Jangan ganggu aku!! Tolong jangan apa-apakan aku!!" Jerit Taehyung.
ZASS!!!
Satu libasan tepat diberikan pada pipi lelaki itu menyebabkan pipi lelaki itu terguris panjang lalu mengeluarkan darah.
Taehyung menjerit kesakitan manakala Hyera hanya ketawa.
"Lepas apa yang kau buat pada aku, kau nak suruh aku jangan ganggu kau!? Kau dah hancurkan masa depan aku!! Kau punca aku bunuh diri!! Kau ingat aku dapat tenang kat sana!?"
Taehyung masih menahan kesakitan. Airmata jantannya mengalir keluar. Sungguh sakit dan dalam luka itu sehingga darah tidak berhenti-henti daripada terus mengalir keluar.
"Tolong maafkan aku! Aku tahu aku salah! Tolong maafkan aku!" Rayu Taehyung.
"Sikit pun aku takkan maafkan kau! Sekarang aku nak kau rasa macam mana aku rasa!!" Balas Hyera.
Pisau yang dipegangnya itu diangkat setinggi-tingginya lalu dada lelaki itu ditikam beberapa kali tanpa belas kasihan. Muka Hyera jelas kelihatan melepaskan amarahnya yang tinggi menggunung itu.
"ARGHHHH!!!!"
Taehyung tersedar dari tidurnya. Disentuh beberapa kali muka dan badannya. Peluh yang mengalir keluar itu membasahi tubuhnya.
Nafasnya jelas kedengaran tidak teratur.
"Mimpi rupanya." Ucap Taehyung apabila dia mendapati bahawa dirinya baik-baik sahaja.
"Tuan, tuan tidak apa-apa, ke?" Soal salah seorang pekerjanya dengan cemas apabila terdengar jeritan dari lelaki itu tadi.
Taehyung mengangguk laju lalu menyuruh lelaki itu keluar. Dia bingkas bangun dari sofa itu lalu menuju ke arah mejanya.
Kepalanya disandarkan kepada kerusi itu. Fikirannya kembali mengingati mimpi tadi.
Dan ya, ini bukan kali pertama dia mendapat mimpi itu, bahkan sudah beberapa kali.
"Kenapa Hyera, kenapa? Kenapa kau menghantui hidup aku? Abang kau sendiri dah maafkan aku. Kenapa susah untuk kau maafkan aku? Aku tahu aku banyak salah pada kau. Maafkan aku, Hyera. Maafkan aku." Ucap Taehyung.
Mukanya diraup beberapa kali sebelum mejanya dikemaskan. Setelah itu, dia pun pulang.
******
Kaca yang dipecahkan olehnya tadi diambil. Perlahan-lahan dia memainkan kaca itu pada tangan dan wajahnya sambil ketawa.
"Hyera, tolong jangan apa-apakan diri Hyera. Bagi kaca tu pada oppa. Bahaya, Hyera." Ucap Jimin cemas apabila Hyera kembali tidak normal.
"Tapi kaca ni cantik. Kalau pakai buat untuk lukis-lukis kat sini mesti lagi cantik, kan?" Balas Hyera sambil memainkan kaca itu pada tangannya.
Jimin tidak sengaja meninggalkan adiknya sendirian dirumah kerana dia hendak keluar membeli barang keperluan dapur memandangkan gadis itu masih diulit mimpi.
Namun setelah kepulangannya, dia terkejut melihatkan keadaan rumah yang bersepah. Lebih-lebih lagi apabila melihatkan Hyera yang sedang bermain-main dengan serpihan kaca yang pecah.
"Hyera sayang oppa, kan?" Soal Jimin cuba menenangkan adiknya.
"Sayang... Tapi oppa tinggalkan Hyera..." Jawab Hyera lalu menangis.
"Ok, ok. Oppa minta maaf. Tadi Hyera tidur. Jadi oppa tak sampai hati nak kejutkan Hyera."
"Oppa tipu!"
"Tak, oppa tak tipu. Dah, jom makan. Oppa belikan gula-gula getah yang Hyera suka."
"Gula-gula getah? Nak! Nak!"
Tangannya ditepuk-tepuk beberapa kali sambil menjerit keseronokan. Jimin hanya tersenyum melihat telatah adiknya itu.
"Dah Hyera duduk kat meja makan dulu. Oppa nak kemaskan kaca-kaca ni. Nanti kita makan sama-sama." Kata Jimin lalu Hyera mengangguk laju.
Hyera segera bangun lalu meja makan ditujunya.
Belum sempat kakinya melangkah menuju ke arah meja makan itu, kakinya tergelincir menyebabkan dia terjatuh dengan sangat kuat diatas lantai.
"Oppa, sakit!!! Perut Hyera sakit!!!" Jerit Hyera. Jeritannya semakin kuat tatkala melihat cecair merah mengalir pada kakinya.
"Hyera!!?"
Terkejut bukan kepalang, Jimin segera mengangkat tubuh Hyera lalu dibawa ke hospital.
Skip...
Jimin menghampiri Hyera yang sedang duduk termenung di birai katil sambil mengusap-usap lembut perutnya. Sedikit demi sedikit, airmatanya jatuh.
"Hyera...." Panggil Jimin tetapi tidak diendahkan oleh Hyera.
"Oppa tahu, Hyera kuat. Adik oppa kuat, kan?" Ucap Jimin lalu melabuhkan punggungnya disebelah gadis itu.
"Hyera dah sayangkan dia. Tapi kenapa dia tinggalkan Hyera? Dia tak sayangkan Hyera, ke?"
Airmata Hyera tumpah lagi.
"Dia sayangkan Hyera. Mungkin dah takdir dia untuk pergi dulu."
Wajah Jimin dipandang kosong.
"Kenapa dia tak tunggu Hyera? Hyera pun nak ikut." Kata Hyera.
"Kalau Hyera ikut, macam mana dengan oppa? Oppa dah tak ada sesiapa selain Hyera."
"Tak! Hyera nak anak Hyera balik! Nak anak Hyera balik!"
Dada Jimin dipukul beberapa kali sambil menjerit-jerit meminta agar anaknya dipulangkan.
"Hyera! Hyera dengar cakap oppa! Kalau Hyera tak kuat macam ni, oppa pun tak akan kuat! Hyera kena terima kenyataan yang anak Hyera dah tak ada!"
Sejujurnya dia juga sangat terkesan atas apa yang menimpa gadis itu. Tubuh gadis itu dipeluk erat tatkala gadis itu mulai tenang.
"Oppa... Shhhh, oppa dengar tak? Oppa dengar tak bunyi suara baby menangis?" Soal Hyera.
Jimin menangis. Tidak mampu lagi melihat keadaan adiknya itu.
"Oppa, dia menangis. Hyera kena hentikan dia daripada menangis. Kasihan dia."
Jimin mengelap airmatanya lalu wajah gadis itu dipandangnya.
"Hyera, dia dah tak ada. Oppa tak dengar apa-apa pun."
Hyera menggelengkan kepalanya.
"Tak, betul tu suara dia menangis. Dia nak datanglah oppa. Yeay! Dia nak datang!" Jerit Hyera.
Sedang dia bergelak ketawa, tiba-tiba sahaja dia jatuh pengsan didada Jimin membuatkan lelaki itu cukup terkejut.
"Hyera.. Hei, Hyera..." Panggil Jimin sambil menepuk-nepuk pipi gadis itu. Melihatkan gadis itu tidak kunjung bangun, dia segera menjerit memanggil doktor.
"Puan Hyera cuma terlampau keletihan. Perkara ini sering berlaku pada mana-mana ibu yang mengalami keguguran. Biarkan Puan Hyera berehat dengan secukupnya supaya dia kembali pulih." Kata doktor itu lalu meminta diri.
Wajah Hyera dipandang lalu dikucup lembut dahi gadis itu. Airmatanya jatuh lagi. Hatinya tidak kuat untuk melihat keadaan Hyera seperti ini. Dia tidak putus-putus berharap agar segalanya kembali seperti dulu.
AHAKS!
SERONOK TAK CHAPTER KALI NI?
MUEHEHEHEHE!!!
JANGAN LUPA VOMMENT TAU 😘😍
💖💕💖💕💖💕💖💕💖💕💖💕
AMMUAHHHAHAHAHA!!!
BTW RASANYA NANTI ADA WATAK BARU.. HA NAK TAHU SIAPA, TERUSKAN BERSABAR..
HAPPY 1078 PATAH PERKATAAN!!!💗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro