(22)
Lelaki yang berada dihadapannya dipandang dengan bibirnya mengukir senyuman manis.
"Sampai bila nak tipu Taehyung yang u pura-pura mengandungkan anaknya?" Soal lelaki itu.
Terus pudar senyumannya apabila disoal begitu.
"Tch! I minta u mengandungkan i, u taknak. Lepastu sibuk nak kata macam tu." Balas Jihyo.
Ya, gadis itu hanya berpura-pura mengandungkan anak Taehyung.
"Lambat-laun dia akan tahu juga yang dia ditipu. Dan apa yang u nak selama ni takkan dapat kalau dah terbongkar." Kata lelaki itu.
"Kalau kita sama-sama jaga, benda ni takkan terbongkar. Lagipun Taehyung tak pernah mencurigakan i."
"Apa-apa sajalah. Tapi yang pasti kalau suatu hari nanti benda ni terbongkar, jangan nak menyesal cari i."
"Dah habis? Sekarang i nak yang untuk 4 hingga 6 bulan. Kalau masih pakai yang kecil ni, nanti pelik pula si Taehyung tu."
Satu keluhan dilepaskan lalu sebuah bungkusan diberikan pada gadis itu.
"I love you. Sebab itu i pesan awal-awal."
"I know that and i love you too."
Jihyo menggulingkan biji matanya lalu jus lemon itu disedutnya. Lelaki yang berstatuskan kekasihnya itu hanya menggelengkan kepalanya.
******
Hyera berjalan-jalan di sekitar kawasan kelengkapan bayi itu. Tangannya tidak berhenti dari mengusap perutnya sambil membelek-belek barang bayi itu.
"Awallah, oppa ni. Tunggulah dah besar sikit, kan sayang?" Ucapnya yang masih mengusap perutnya.
Jimin, lelaki itu beria-ria mahu membeli kelengkapan bayi walaupun kandungan usia kandungan Hyera masih lagi awal. Katanya tidak menyusahkan Hyera bila perutnya sudah membesar nanti.
Tiba-tiba matanya tertumpu ke arah dua orang manusia yang sedang rancak berbual.
"Fake pregnancy belly? Dia tak mengandung? Jadi selama ini dia tipu Tae yang dia mengandung? Siapa pula lelaki itu?" Soal Hyera pada dirinya sendiri.
Lantas perlahan-lahan dia mendekati ke arah mereka yang sedang berbual. Dia duduk disatu meja tidak jauh dari tempat Jihyo dan lelaki itu duduk.
Segala butir bicara mereka dapat hyera dengar dengan jelas. Lantas bibirnya mengukir senyuman sinis manakala kepalanya diangguk-anggukkan.
Setelah itu, dia beredar dari situ lalu mendapatkan Jimin yang sedang membayar segala kelengkapan bayi itu.
"Hyera dari mana? Risau tau oppa, takut-takut Hyera hilang ke apa ke." Kata Jimin.
Manakala Hyera hanya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Nasib adik kesayangan oppa."
Hidung gadis itu dicuit menyebabkan Hyera tertawa kecil.
******
Fake pregnancy belly yang baru diperolehinya tadi dibelek-belek buat seketika. Bibir Jihyo mengukir senyuman sinis.
"Sabar, Jihyo. Sikit lagi kau akan dapat apa yang kau nak." Ucap Jihyo sambil membelek-belek barang itu.
Ketukan pada pintu itu membuatkan dia cepat-cepat dia menyembunyikan barang itu supaya tidak terkantoi oleh Taehyung.
Pintu dibuka perlahan lalu muncullah kelibat Taehyung yang bermandikan peluh.
"Oppa? Kenapa ni, macam kena kejar dengan hantu?" Soal Jihyo sambil mendapatkan Taehyung. Lelaki itu dibaringkan di atas katil secara perlahan-lahan.
"Oppa nampak Hyera." Balas Taehyung.
"Jap, bukan oppa kata dia dah mati ke? Oppa penat ni, sebab itu nampak yang bukan-bukan." Ujar Jihyo.
"Betul, sumpah oppa nampak dia dengan kepala mata oppa sendiri."
"Dah-dah, oppa rehat. Jihyo siapkan bubur untuk oppa."
Setelah itu, Jihyo terus keluar dari bilik itu. Taehyung memejam matanya rapat apabila wajah Hyera kembali bermain-main difikirkannya.
AHAKS!!
AMACAM TERHIBUR TAK??
JANGAN LUPA VOMMENT TAU😘😁
SAYANG KORANG 💖💞💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro