Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(2)


Kopi yang masih panas itu dikacau oleh Hyera. Wajahnya ditundukkan dari awal mereka bertemu. Tidak mahu melihat wajah lelaki itu.

Jika bukan kerana ibunya yang menyuruhnya, dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu. Puas dia bertanya pada ibunya, tetapi jawapan ibunya tetap sama.

Flashback...

Jihyo melangkah masuk kedalam sebuah rumah usang itu. Sebuah fail diberikan kepada seorang wanita separuh baya.

"Itu wang pendahuluan. Kalau anak kau dah setuju, baru aku bayar sepenuhnya." Ucap Jihyo lalu menyilangkan tangannya.

"B-baik."

Setelah itu, Jihyo terus beredar dari situ dengan senyuman yang penuh bermakna.

Tepat.

Setelah gadis itu keluar, Hyera telah pun pulang ke rumah. Namun mereka hanya bertembung. Bahkan Hyera tidak mengenali gadis itu kerana kaca mata hitam yang dikenakan olehnya.

"Hyera... Ibu ada hal nak cakap sikit." Ucap ibunya atau lebih dikenali sebagai Puan Park.

Puan Park mengelus pipi anak gadisnya seketika sebelum bibirnya mengukir senyuman.

"Ibu tahu Hyera kuat. Sebab tu ibu sanggup terima." Kata Puan Park.

"Ibu, kalau pasal duit, Hyera boleh usahakan lagi." Ucap Hyera sambil meramas tangan ibunya.

"Tak apa, duit tu Hyera simpan untuk Hyera sendiri. Duit ni ibu boleh gunakan tingkatkan jualan ibu."

"Ibu..."

Puan Park menggeleng.

"Dah pergi siap cepat. Nanti lambat."

Hyera memandang wajah ibunya sekilas lalu segera masuk ke dalam biliknya.

End flashback...

Taehyung membasahkan bibir bawahnya sebelum tangannya mencapai tangan Hyera. Tetapi cepat-cepat gadis itu menepis.

"M-maaf." Ucap Hyera yang masih menunduk. Taehyung hanya tersenyum melihat gelagat gadis itu.

"Apa yang awak nak?" Tanya Hyera apabila sudah sejam lebih mereka berada disitu.

"Be my wife?"

"Maaf. kalau itu yang awak nak, saya tak dapat terima." Kata Hyera lalu cuba bangun dari duduknya.

Taehyung segera menahan tangan gadis itu menyebabkan gadis itu kembali duduk.

Lantas dia menghampiri Hyera. Lalu dipeluk gadis itu dari belakang.

"Ok, aku faham masih awal untuk kau terima. Apakata kau jadi skandal aku? ah, maksud aku kekasih?" Bisik Taehyung pada telinga gadis itu.

Hyera menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

"Should i do something tonight, supaya kau terima?" Kata Taehyung.

"A-apa yang awak nak buat?" Soal Hyera yang sudah mula ketakutan.

Taehyung mendekatkan wajahnya pada wajah gadis itu sehingga nafas lelaki itu dapat dirasakan olehnya.

"Mungkin hancurkan masa depan kau. Termasuk merampas kebahagiaan yang kau jaga selama ini." Jawab Taehyung lalu mengenyitkan sebelah matanya pada gadis itu.

Gadis itu diam tidak bersuara. Tidak tahu mahu berkata apa.

"Pilih terima atau tidak." Ucap Taehyung.

Kerana perasaan takut mula menguasainya, perkataan 'terima' mula meniti perlahan dibibirnya.

Taehyung tersenyum lebar.

"Kan senang kalau dari awal kau terima. Tak perlu aku nak ugut bagai." Kata Taehyung lalu mengusap kepala gadis itu.

"Dah, jom balik. Aku hantar."

Tangan gadis itu segera ditariknya lalu dia pun membawanya masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan, Hyera hanya diam.

"Dah sampai. Malam ni mimpi aku, ok." Ucap Taehyung lalu mencium sekilas pipi Hyera.

Tanpa berlengah, Hyera segera keluar dari kereta itu lalu menapak masuk ke dalam rumahnya.
















































Vote n komen jangan lupa😘
Masyeh💃💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro