(16)
Deringan telefon milik Hyera berbunyi. Sekali lagi dia menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
"Kalau rasa nak permainkan saya, baik..." Belum sempat dia habis bercakap, percakapannya telah dipotong.
"Hyera."
Hyera terkedu buat seketika. Tidak disangka selama ini dia mendapat panggilan dari Jimin. Tetapi mengapa setiap kali gadis itu mengangkat panggilan itu, hanya diam tanpa sebarang percakapan?
"O-oppa? Jadi oppa yang telefon Hyera selama ini?" Soal Hyera lalu airmatanya tumpah.
Jimin hanya ketawa dihujung dihujung sana.
"Janganlah menangis. Adik oppa kan kuat." Kata Jimin apabila terdengar esakan tangis gadis itu.
"Hyera rindu oppa sangat-sangat. Bila oppa nak balik sini?" Soal Hyera diselangi dengan tangisnya.
"Aigoo.. oppa baru jer sampai. Lagipun oppa kan 3 bulan kat sini." Jawab Jimin.
"Lama..." Rengek Hyera.
"Dah jangan sedih-sedih. Taehyung kan ada. Hyera dan suami Hyera ok, kan?"
Hyera menggigit bibir bawahnya. Hatinya cukup pedih tatkala mendengarkan soalan itu.
"Kenapa diam je? Hyera ada masalah? Kenapa Taehyung tak layan Hyera baik-baik ke?" Soal Jimin risau.
"Oppa..." Belum sempat dia hendak memberitahu perkara sebenar telefonnya dirampas.
PANG!!
Pipinya ditampar sekuat-kuatnya oleh Taehyung menyebabkan gadis itu jatuh tersungkur di atas lantai.
Jari telunjuk Taehyung diletakkan pada mulutnya menyuruh Hyera diam lalu telefon milik Hyera dilekatkan pada telinganya.
"Yow Jimin! Ops! Should I call u hyung?" Kata Taehyung lalu ketawa.
Jimin juga ikut ketawa.
"Apa-apa jelah kau. Mana Hyera tadi aku dengar macam dia nak bagitau sesuatu?"
Taehyung memandang tajam ke arah gadis itu manakala Hyera pula sudah ketakutan. Pipinya yang ditampar tadi dipegang olehnya.
"Oh... Aku suruh dia siap sebab nak makan malam kat rumah keluarga aku nanti. Kau lah kacau dia sampai dia siap lambat." Ujar Taehyung dengan nada yang lembut. Tetapi matanya masih tajam memandang ke arah gadis itu.
"Kalau macam tu, takpelah. Aku tutup dulu. Lagipun aku nak buat kerja aku." Ucap Jimin lalu Taehyung segera mematikan talian itu.
Telefon Hyera dicampakkan ke atas katil lalu mengcengkam kuat rambut Hyera sehingga gadis itu meringis kesakitan.
"Kau nak cakap apa tadi? Aku tanya kau nak cakap apa tadi!?" Marah Taehyung lalu pipi Hyera ditampar lagi.
Hyera hanya menangis.
"Aku tanya!!" Jerit Taehyung lalu menampar lagi pipi gadis itu buat kali ketiga.
"Tae sakit! Maafkan saya! Saya tak cakap apa-apa pun!" Kata Hyera.
"Jangan cuba nak tipu aku!!" Marah Taehyung lagi sambil menguatkan cengkamannya pada rambut gadis itu.
Mulut Hyera tidak berhenti dari mengaduh sakit dan meminta maaf. Namun Taehyung tidak mengendahkannya.
"Aku dah cakap kan, kalau nak hidup lama dengar cakap aku!!"
"Kalau macam tu matikanlah saya! Saya dah tak tahan nak hidup dengan awak yang serupa penghuni neraka ni!!" Balas Hyera dengan berani. Kali pertama dia melawan cakap lelaki itu. Sungguh dia sudah tidak tahan atas apa yang Taehyung lakukan terhadap dirinya.
Pipi gadis itu ditampar lagi. Tangis Hyera semakin pecah.
"Melawan.. pandai dah melawan sekarang.." ucap Taehyung sambil membuka tali pinggang yang masih kemas melilit pada pinggangnya.
Perlahan-lahan Hyera mengundurkan dirinya ke belakang. Bila-bila masa sahaja lelaki itu akan melibaskan tali pinggang itu ke arahnya.
Taehyung menghampiri Hyera dengan senyuman sinis yang terukir di bibirnya.
"Nak lari mana, sayang? Dah tak sempat." Ucap Taehyung lalu tangannya diangkat setinggi-tingginya.
ZASS!!
Satu libasan tepat mengenai pada paha Hyera yang terdedah itu. Hyera menjerit sekuat hatinya kerana sakit.
"Ini padah kau kalau melawan cakap aku!" Ucap Taehyung lagi lalu kembali melibaskan tali pinggang itu pada paha gadis itu. Sekali lagi Hyera menjerit kesakitan.
"Tolong maafkan saya, Tae! Saya janji tak buat lagi! Tae, tolong jangan buat lagi! Sakit!" Ucap Hyera sambil memeluk kaki lelaki itu.
"Lepas! Aku cakap lepas!" Marah Taehyung lalu tubuh gadis itu disepak sehingga pelukan itu terlerai. Langsung tiada belas kasihan.
"Dengar sini perempuan. Aku beri masa dalam 30 minit untuk kau bersiap. Kau lambat, tali pinggang ini yang akan tentukan nasib kau nanti." Ucap Taehyung lalu merentap kasar rambut gadis itu. Hyera terbaring lemah diatas lantai disertai dengan esakan tangisnya setelah Taehyung keluar dari bilik itu.
Hyera menekup mulutnya lalu dia menjerit sekuat hatinya.
"Ibu, Jimin oppa, Hyera tak tahan duduk kat sini lagi..."
Perlahan-lahan Hyera bangun. Dia melangkah menuju masuk ke dalam bilik air dengan terhinjut-hinjut akibat kakinya yang sakit.
Sudahlah bersuamikan lelaki yang bertopengkan syaitan, ditambah lagi dengan rumah yang seakan-akan neraka baginya.
Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro