Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(15)


Taehyung bertekad untuk memberitahu perkara sebenar kepada Jimin. Lambat laun lelaki itu pasti akan tahu juga. Jadi lebih baik dia berterus terang sahaja dengan lelaki itu.

Pintu bilik pejabat Jimin diketukbl lalu dia segera menapak masuk ke dalam bilik itu.

"Jimin..." Panggil Taehyung lalu lelaki itu segera menghentikan segala kerjanya. Kaca mata yang dipakainya ditanggalkan lalu wajah Taehyung dipandangnya.

"Aku sebenarnya..."

"Straight to the point. Aku banyak lagi kerja nak buat." Kata Jimin. Dingin. Mungkin terlalu penat dengan kerja-kerja yang bertimbun di atas meja itu.

"Aku nak minta maaf. Aku tahu kau kecewa dengan aku." Ucap Taehyung.

"Maksud kau? Aku tak faham?"

"Sebenarnya isteri kedua aku adalah adik kau. Hyera, park Hyera. Maafkan aku. Bukan aku tak beritahu kau tapi aku tak tahu yang dia adik kau." Kata Taehyung.

Terkejut bukan kepalang, rupanya yang dicari selama ini sangat dekat dengannya. Dia memeluk erat tubuh Taehyung.

"Bawa dia jumpa aku. Aku rindukan dia. Tolong bawa dia jumpa aku sebelum aku nak balik luar negara." Ucap Jimin dengan penuh berharap.

"Ya, malam ni juga aku akan bawa dia jumpa kau." Balas Taehyung.

"Thanks Tae! Kau satu-satunya kawan terbaik aku." Kata Jimin manakala Taehyung hanya mengangguk.

Setelah itu, Taehyung meminta diri untuk pulang. Mulut Jimin tidak lepas dari mengukir senyuman. Hilang semua segala tekanannya setelah mengetahui keberadaan adiknya.

"Hyera, bogoshipo.. Tunggu oppa malam ni."

*****

Malam...

PAP!

Sehelai baju dilempar tepat kearah muka Hyera menyebabkan gadis itu tersentak.

"Siap sekarang!" Arah Taehyung sambil memandang tajam ke arah gadis itu.

"S-siap? N-nak pergi mana?" Soal Hyera yang kehairanan. Tiada ribut tiada angin disuruh bersiap.

Taehyung mengguling biji matanya sampai terkeluar. Eh, gurau jer. Taehyung menggulingkan biji matanya tanda menyampah.

"Tch! Siap sajalah! Pakai baju yang aku bagi tu! Lepastu muka kau yang dipenuhi dengan karya teragung aku tu tacap jangan sampai nampak yang muka kau lebam!"

Hyera menggangguk dan tertunduk ketakutan.

"Lagi satu, kalau dia tanya soalan kat kau, aku nak kau jawab yang baik-baik sahaja. Kalau tak, nyawa kau melayang. Jangan cuba nak mengadu apa-apa pun kat dia."

"B-baik."

"Dah pergi siap. Aku tunggu kat bawah. Lambat, siap kau."

Hyera mengangguk lalu segera menuju ke dalam bilik air manakala Taehyung turun ke bawah.

Skip...

Sungai Han...

"Kau tunggu sini. Nanti akan ada orang yang datang nak jumpa kau. Aku tunggu dalam kereta."

Kata-kata Taehyung terngiang-ngiang di telinganya. Sudah beberapa minit berlalu, namun yang dikatakan oleh Taehyung tak kunjung tiba.

Akhirnya dia memilih untuk pulang sahaja. Namun tidak sempat kakinya hendak membuka langkah, namanya dipanggil seseorang menyebabkan langkahnya terhenti.

Lantas dia memusingkan badannya untuk melihat si pemanggil itu.

Jantungnya seakan-akan berhenti apabila melihat sesusuk tubuh milik seseorang yang dia cukup kenal. Bahkan dia sangat merindui orang itu.

"J-Jimin oppa..."

Mulutnya ditekup manakala airmatanya menitis keluar. Sungguh dia tidak percaya akan apa yang dilihatnya.

Bibir Jimin mengukir senyuman lebar lalu Hyera yang masih kaku itu dihampirinya.

Perlahan-lahan tubuh gadis itu dipeluknya. Berkali-kali dia mencium kepala gadis itu lalu airmatanya turut menitis keluar.

Hyera melepaskan pelukan itu lalu dada lelaki itu ditembak eh silap dipukul beberapa kali.

"Mana oppa pergi!? Lama Hyera tunggu? Kenapa sekarang baru balik!? Kenapa tak tinggal terus je kat sana!? Oppa dah tak sayang Hyera kan!? Dah tak sayang ibu!? Oppa tahu tak yang ibu dah takde!? Hyera sayangkan oppa tetapi oppa buat macam ni kat Hyera!?" Luah Hyera sambil memukul-mukul dada lelaki itu.

"Maafkan oppa, Hyera. Oppa tahu oppa banyak buat salah ngan Hyera." Ucap Jimin sambil membiarkan sahaja dadanya dipukul sehingga gadis itu sendiri berhenti dan memeluknya kembali.

Gadis itu menangis teresak-esak di dada lelaki itu. Tangan Jimin bergerak mengusap belakang Hyera untuk menenangkannya.

Dari jauh, Taehyung melihat dengan perasaan cemburu dan marah. Walaupun Jimin adalah abang Hyera, namun hatinya tetap sakit melihat Jimin memeluk Hyera dengan erat.

"Dah jangan nangis. Adik oppa kan dah besar, dah jadi isteri orang. Takkan nak cengeng lagi." Usik Jimin lalu Hyera tertawa.

"Macam mana Hyera dengan Taehyung, ok?" Soal Jimin lantas mematikan tawa Hyera.

Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman lalu dia mengangguk.

"Ok, hubungan Hyera dengan Taehyung ok." Tipu Hyera. Jauh disudut hatinya dia ingin sekali memberitahu perkara yang sebenar.

"Hmm.. baguslah kalau macam tu. Takde lah oppa nak risau." Kata Jimin.

"Oppa, boleh tak..."

"Sayang, jom balik. Dah lewat malam, nanti flight Jimin terlepas." Potong Taehyung.

Hyera memandang ke arah Jimin dengan pandang terkejut.

"Flight? O-oppa nak balik sana lagi ke?" Soal Hyera. Hatinya tidak putus-putus berharap agar apa yang dikatakan oleh Taehyung tidak benar.

Kepala Hyera diusap lalu dia mengukir senyuman.

"Ya, oppa sekejap je kat sana. Nanti bila oppa dah balik sini semula, oppa janji oppa akan penuhi segala permintaan Hyera." Kata Jimin.

"Oppa..." Airmata gadis itu tumpah sekali lagi.

"Ani, gwechana.. Taehyung kan ada. Oppa tahu Taehyung boleh jaga Hyera." Kata Jimin.

"Oppa..." Tubuh Jimin dipeluk erat tidak mahu dilepaskan. Tangisannya pecah didada lelaki itu.

"Sayang, jom balik. Nanti kau sakit." Kata Taehyung lembut. Tetapi hatinya cukup panas melihat Hyera yang tiba-tiba sahaja menjadi manja.

Jimin meleraikan pelukan itu lalu rambut Hyera diperbetulkannya. Pipi gadis itu dikucup sekilas sebelum dia menyerahkan gadis itu kepada Taehyung.


























































Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro