Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(12)


Tali leher Taehyung dibetulkan oleh Hyera. Gadis itu tidak berani hendak memandang wajah lelaki itu. Matanya hanya tertumpu pada tali leher lelaki itu.

Taehyung berdecit geram apabila melihatkan gadis itu membetulkan tali lehernya secara lambat-lambat.

"Buat kerja pun susah ke!?" Jerkah Taehyung lalu Hyera terkejut. Segera dia membetulkan tali leher itu dengan laju.

"D-dah siap." Ucap Hyera yang ketakutan. Taehyung menjeling tajam ke arah gadis itu lalu segera beredar keluar dari rumah itu tanpa mengucapkan sedikit pun terima kasih.

"A-awak sarapan?" Soal Hyera apabila melihat Taehyung yang sedang hendak melangkah keluar.

"Tak sempat, aku dah lambat." Balas Taehyung.

"Tapi..."

"Aku dah lambat. Kau jangan nak lambat-lambatkan aku." Ugut Taehyung.

Hyera cepat-cepat mengangguk lalu kembali mengemaskan semula makanan itu.

Satu keluhan berat sempat dilepaskannya apabila dia teringatkan tentang semalam dimana dia pengsan didalam bilik stor akibat dikurung oleh Taehyung.

Flashback...

Malam, Taehyung pulang ke rumah lalu mencari keberadaan Hyera.

Dia merengus kasar apabila Hyera langsung tidak menyahut panggilannya.

"Aish! Lupa pula yang dia kena kurung." Kata Taehyung lalu bilik stor itu ditujunya.

Pintu bilik stor itu dibukanya kasar lalu terpancullah tubuh milik Hyera yang sedang terbaring lemah di atas lantai.

"Oit, bangun! Bangun!" Kejut Taehyung sambil mengejutkan badan gadis itu menggunakan kakinya.

Namun, tidak sebarang jawapan dari gadis itu.

"Dah mati ke?" Soal Taehyung lalu membalikkan tubuh gadis itu.

"Tch! Menyusahkan betul! Kalau tak bawa gi hospital, kan mati mereput dalam ni, aku juga yang susah!" Kata Taehyung lagi lalu tubuh Hyera diangkat dan dibawa ke hospital.

Sepanjang gadis itu dirawat, bibirnya tidak lepas dari mengukir senyuman palsu.

"Dah, bangun cepat nak balik. Balik nanti masak, aku lapar." Kata Taehyung setelah doktor yang merawat Hyera itu keluar.

Hyera tersenyum nipis. Mujurlah tidak ada apa-apa yang berlaku pada dirinya. Cuma keletihan dan kurang makan sahaja.

Perlahan-lahan dia bangun kerana badannya masih lagi sakit.

"Tch! Menyusahkan betul!" Ucap Taehyung lalu meninggalkan Hyera yang masih berusaha untuk turun dari katil.

End flashback...



















































































Eheks!
Muehehehehe!!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro