Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(11)


Sejak dari kejadian itu, hidup Hyera berubah seratus peratus. Jika dulu dia dilayan tidak ubah seperti seorang anak raja, tetapi kini tidak. Gadis itu menjadi tempat melepaskan amarah Taehyung. Dipukul dan didera tanpa belas kasihan. Bahkan lelaki itu sering melepaskan nafsunya kepada Hyera secara kejam.

Hari-hari yang dilalui olehnya penuh dengan pelbagai penderitaan dan linangan airmata.

Kerapkali Hyera cuba melarikan diri dari rumah namun sentiasa gagal apabila perbuatannya tertangkap oleh Taehyung.

Talian dimatikan. Sekali lagi dia menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

"Auch.." aduh Hyera apabila dia cuba menyentuh lebam dibahagian pipinya. Gadis itu baru sahaja dipukul oleh Taehyung kerana lambat menyiapkan sarapan pagi untuknya.

"Ibu, Tae tipu Hyera..." Ucap Hyera lalu tangisnya tumpah. Dia menangis teresak-esak.

Tiba-tiba dia mengelap air matanya dengan kasar.

"Aku kena lari juga. Tae tak ada kat rumah jadi peluang aku terbuka luas untuk aku lari." Kata Hyera lalu dia turun dari katilnya.

Ruang tamu ditujunya. Pintu rumah yang tertutup rapat itu itu dipandangnya. Perlahan-lahan dia menelan air liur dengan payah.

Hatinya tidak putus-putus berdoa agar rancangannya kali ini berhasil.

Dia melangkah menuju ke arah pintu dengan terhinjut-hinjut. Tidak cukup dengan memukul Hyera, malah Taehyung turut menyepak dan memijak kaki Hyera.

Tombol pintu dipulas lalu dia membuka pintu dengan tergesa-gesa. Baru sahaja dia hendak menapak keluar, tubuhnya terlanggar seseorang menyebabkan gadis itu jatuh terduduk. Hyera hanya meringis kesakitan.

"T-Taehyung?"

Bulat mata Hyera apabila yang dilanggarnya itu adalah Taehyung.

Lelaki itu tersenyum sinis lalu Hyera yang masih terduduk diatas lantai itu dihampirinya.

Perlahan-lahan Hyera cuba melarikan diri tetapi Taehyung pantas menarik rambut gadis itu. Sekali lagi Hyera meringis kesakitan.

"Kau nak lari, kan!?" Tengking Taehyung.

"T-tak! S-saya...."

"Kau ingat aku tak tahu!? Kau ni memang tak serik, kan!?"

Cengkaman pada rambut Hyera diperkuatkan sehingga Hyera semakin meringis kesakitan.

"Sini kau! Aku bagi pelajaran sikit kat kau!" Kata Taehyung lalu mengheret gadis itu ke arah pintu bilik stor.

"Tae sakit! Tolong maafkan saya! Saya janji saya tak buat lagi! Tae, sakit!"

Pintu bilik stor itu dibuka oleh Taehyung dengan kasar lalu tubuh Hyera dicampak masuk kedalam bilik itu.

"Hari ini seharian kau duduk dalam ni! Jangan makan!" Marah Taehyung lalu menutup kembali pintu itu. Dia turut menguncinya agar gadis itu tidak boleh keluar.

Badan Hyera semakin lemah. Tangisan gadis itu semakin lama semakin menghilang. Gadis itu terbaring di atas lantai sambil memeluk lututnya. Perutnya yang lapar dibiarkan sahaja berlagu.

Ah, sudah beberapa hari gadis itu tidak diberi makan oleh Taehyung. Setiap kali dia cuba hendak menjamah makanan, pasti ada sahaja yang disuruh oleh Taehyung sehingga gadis itu terpaksa menangguh makannya.

"Ibu, Hyera rindu ibu..." Ucap Hyera sebelum pandangannya bertukar menjadi gelap segelap-gelapnya.















































































Eheks!
Muehehehehe!!!
3 patah perkataan untuk Taehyung?
Jangan lupa vomment tau 😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro