Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(10)

Hotel Gold Beautiful, 8 malam...

Sebaik sahaja Hyera selesai memarkir kan keretanya, dia terus menapak masuk ke dalam bangunan itu.

Para pekerja disitu tunduk memberi hormat kepadanya. Selesai berurusan dikaunter itu, Hyera segera mencari bilik yang telah ditempah khas oleh Taehyung.

"010..."

"011..."

"012..."

Bilik yang tertera dengan nombor 012 pada bahagian pintu itu dihampirinya.

Tombol pintu dipegang sementara dia menghela nafasnya. Dadanya dipegang apabila dia berasa tidak sedap hati namun cepat-cepat ditepis perasaan negatif itu.

"Kenapa hati aku rasa tak sedap, eh?" Soal Hyera pada dirinya sendiri.

"Bawa bertenang, Hyera. Itu perasaan kau sahaja. Sekarang ni kau tinggal masuk kedalam sahaja." Kata Hyera cuba menenangkan dirinya.

Sebaik sahaja daun pintu itu ditolak, telinganya dapat menangkap bunyi orang yang sedang bergelak ketawa.

Segera dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Hatinya bagaikan dihiris-hiris secara kejam, airmatanya laju mengalir keluar tatkala melihat Taehyung sedang bercumbu dengan Jihyo.

"T-Taehyung o-oppa..." Panggil Hyera sambil menangis serentak menghentikan perbuatan Taehyung dan Jihyo.

Taehyung dan Jihyo tidak terkejut malah senyuman sinis terukir dibibir mereka. Lantas Taehyung bangun lalu Hyera yang masih kaku berdiri itu dihampirinya.

"Hai sayang..." Ucap Taehyung lalu tangannya naik cuba menyentuh pipi gadis itu namun cepat-cepat ditepis oleh Hyera.

Wajah Taehyung dipandang tajam.

"Jadi ini yang awak buat belakang saya? Ini outstation awak rupanya? Patutlah sejak kebelakangan ini awak jarang balik, rupanya awak ada perempuan lain dibelakang saya!" Ujar Hyera manakala Taehyung masih dengan senyuman sinisnya.

"Awak curang dengan saya, Tae!! Awak curang!!" Jerit Hyera sambil memukul-mukul dada lelaki itu.

"Sejak bila aku curang?" Soal Taehyung menghentikan tindakan gadis itu. Hyera memandang ke arah lelaki itu dengan penuh hairan.

"Salah ke kalau aku nak spendtime dengan isteri pertama aku?"

Taehyung mengangkat sebelah keningnya manakala bibirnya masih tetap mengukir senyuman sinis.

Hydera membulatkan matanya tanda terkejut.

"I-isteri pertama? J-jadi saya..."

"Kau hanya alat untuk aku dapatkan anak."

PANG!!

Satu tamparan hinggap di pipi lelaki itu. Taehyung hanya memandang tajam ke arahnya sambil lidahnya menolak pipinya yang ditamparnya tadi.

"Awak sama sahaja dengan lelaki kat luar sana! Penipu! Langsung tiada hati dan perasaan!" Tengking Hyera lalu dia cuba membuka langkah untuk keluar dari bilik itu.

Namun Taehyung dengan pantas menarik tangan Hyera lalu pipi gadis itu turut ditamparnya.

Hyera meringis kesakitan sambil memegang pipinya yang sakit. Taehyung mengcengkam kuat pada tangannya sehingga gadis itu kembali meringis kesakitan.

"Mana kau nak pergi?" Soal Taehyung.

"Lepaskan saya! Saya nak pergi dari sini!" Balas Hyera sambil cuba melepaskan cengkaman Taehyung pada tangannya.

"Tenang. Kerja kau belum selesai lagi. Apakata kau tengok freeshow dulu?" Ucap Taehyung lalu ketawa besar.

"Jijik! Lepaskan saya! Awak tak ada hak nak buat saya macam ni!" Kata Hyera.

"Tak ada hak? Kau isteri aku. Semestinya aku ada hak ke atas kau."

"Lepaslah Tae! Sakit!" Jerit Hyera sambil terus cuba melepaskan dirinya.

"Cubalah kalau dapat." Kata Taehyung lalu sebelah tangannya bergerak membuka tali pinggang yang masih melilit di pinggangnya.

Setelah itu dia mengikat kedua-dua tangan gadis itu pada sebuah kaki meja solek menggunakan tali pinggang itu.

Bajunya dibuka dan kaki gadis itu turut diikatnya. Hyera cuba melawan namun tidak berhasil.

"Enjoy it.." ucap Taehyung lalu Jihyo yang sedang berada diatas katil itu dihampirinya. Perlahan-lahan dia memanjat katil itu lalu tubuh Jihyo ditindihnya.

Bibir gadis itu diragut kasar sementara tangannya ligat membuka pakaian gadis itu.

Hyera hanya mampu mengalihkan pandangannya ke tepi tidak mahu melihat perbuatan terkutuk yang akan diciptakan oleh mereka berdua.

Airmatanya tidak berhenti mengalir keluar. Hatinya tidak putus-putus berdoa agar segera selesai.

Sedikit demi sedikit fikirannya kembali mengingati di masa dia mula-mula kenal lelaki itu. Dimana kata-kata lelaki itu penuh dengan kemanisan, namun mengandungi racun yang sangat berbisa.


































































Eheks!
Muehehehehehe!!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro