Bab 9
Laykha menapak keluar daripada lif dan berjalan menuju ke apartment Darcel. Mesej yang dihantar Darcel dibaca sekali lagi sebagai kepastian, setelah itu tangannya terulur untuk mengetuk pintu.
Tok! Tok! Tok!
Tak sampai seminit, pintu telah dibuka. Muncul figura seorang lelaki bertubuh sasa dengan anak mata kuyu sembari menguap. Nampak gayanya, Darcel baru bangun tidur. Jam dinding dikerling,
'Pukul dua petang?'
Laykha menonong masuk ke dalam apartment milik Darcel lalu melabuhkan duduk di atas sofa single. Lain pulak dengan Darcel, ia hempas begitu saja tubuhnya diatas sofa panjang.
"Dah solat?"
"Hmm." Bersama anggukan Darcel menjawab.
Laykha berdehem sebelum memulakan bicara.
"Kita boleh bincang sekarang mengenai hubungan kita?" Soal Laykha serius.
"Okay."
Mahu tak mahu, Darcel bangunkan tubuhnya yang berat agar duduk menyandar di atas sofa. Dia mencelikkan matanya melirik Laykha beberapa meter darinya itu.
"Kita nak bincang apa?"
"Kalau depan keluarga, kita pretend macam suami isteri sebenar. Tapi untuk sekarang, kita buat biasa je. Kita buat haluan masing-masing. Okay?"
Darcel mengeluh berat. Sukar sekali untuknya menerima tapi dia bisa apa?
"Kita dah kahwin dalam erti kata sebenar kita boleh lakukan apa saja tanpa melibatkan lakonan. Kita tak perlu pura-pura untuk mengaburi mata semua orang. Lebih baik kita betul-betul jadi macam pasangan suami isteri yang lain." Untuk pertama kalinya, Darcel mengungkap kata sepanjang itu. Betul-betul tak setuju!
"I tak nak gaduh dengan you. Cukup you dengar arahan I dan lakukan sebaiknya lakonan depan mata keluarga kita."
Darcel malas nak layan, kerana itu dia mengambil langkah ke dapur untuk mencuci muka.
"You dengar tak apa yang I cakap ni?" Soal Laykha tidak puas hati.
Masih sama.
Selesai mencuci muka, Darcel mengambil makanan yang telah siap dimasaknya tadi. Nasi putih bersama tomyam ayam. Dia melabuhkan duduk dan dengan bismillah Darcel mula makan.
"You ni kan?" Laykha cekak pinggang geram.
Perutnya mula berkeroncong melihat selera Darcel. Dia melirik pinggan kosong yang ada di sebelah Darcel. Tanpa perasaan malu, Laykha duduk sebelah Darcel lantas pinggan kosong itu di isi dengan nasi dan lauk.
"Terima kasih bagi I makan." Darcel angguk aje. Lagipun memang dia memasak untuk Laykha makan.
"You memang selalu masak?"
Laykha merasa luar biasa makanan yang Darcel masak. Tomyam nya ala-ala Siam. Begitu kena dengan lidahnya. Untung datang sini, boleh makan free!
"Selalu je." Seperti biasa, ringkas dan padat jawaban lelaki itu.
Terbiasa dengan jawapan singkat dari Darcel. Jadi, Laykha tak ada komen apa-apa. Dia hanya menganggap bahawa tiada kepentingan untuk marah.
"You belajar dengan siapa?"
"Kerja."
"Huh? Kerja? Maksudnya you pernah kerja kedai makan?" Darcel mengangguk.
Darcel menyudahkan makan nya. Laykha perasaan Darcel belum bangun dari duduk sehinggalah dia selesai makan.
"Dah?"
"Yup!"
Tanpa disuruh, Darcel memgambil pinggan kepunyaan Laykha yang sudah licin tadi lalu dibawa ke sinki.
"Eh? I boleh basuh sendiri."
Belum sempat Laykha nak menegah, Darcel memberi isyarat mata paling tajam pada Laykha agar tidak menganggu kerjanya.
"Okay, fine!"
Laykha memeluk tubuh. Diakui, dari belakang pun Darcel tetap terlihat tampan ditambah tubuhnya tegap dengan urat tangan yang menjadi kegilaan semua perempuan. Mustahil tiada perempuan sukakan Darcel bukan?
"You tak pernah ada girlfriend?" Soal Laykha memicing mata menatap atas bawah sang suami.
"Tak."
"You ada six pack, kaya, handsome. Bak kata orang, you perfect! Tapi kenapa you cakap yang you tak ada girlfriend? You tipu I kan?" Soal Laykha bertubi-tubi soalan keluar dari bibirnya.
"Macam mana nak bagi crush balas cinta kita?"
Laykha nampaknya teruja dengan soalan itu tanpa mengetahui alasan dari pertanyaan itu. Tanpa menyedari isi tersirat dari pertanyaan itu.
"Biasanya, kalau dalam novel perempuan suka lelaki yang jenis caring. Yang always buat jantung perempuan dug dag dig. Pastu perempuan suka lelaki bagi hadiah. Bagi kata-kata semangat setiap hari." Jawab Laykha lancar.
"Jantung dug dag dig?"
Gulp!
Laykha sedikit berdebar tatkala anak mata Darcel menatap intense matanya.
"Pernah baca novel romance?"
Anggukan dari Darcel semakin mendebarkannya. Jantungnya berpacu tinggi saat Darcel mula melangkah pelan merapatinya.
"Ap-apa yang you baca?" Soal Laykha tergagap-gagap.
Kakinya mengundur ke belakang sehinggalah belakangnya mengena meja. Laykha mula hilang nafas apabila Darcel betul-betul berdiri di depan nya. Tangannya memenjara tubuh Laykha agar tidak bisa lari.
"I know I shouldn't feel this way about her but..."
Tangan itu terulur menyelak rambut Laykha yang menutup separuh muka dan diselitkan ke telinga.
"I can't help it! But I can't help falling in love with her."
Dug! Dag! Dig!
Degupan jantung Laykha nak meletup. Dia terkesima dengan perbuatan manis Darcel padanya. Hatinya menghangat sehingga ia tidak bisa mengungkap walaupun satu kata.
"Would it be a sin if I can't help falling in love with her?"
Mata berkaca penuh makna terpancar cinta yang mendalam untuknya di sana. Laykha menelan air liur kasar tatkala pipinya merasa hangat.
"Bagaimana?"
Tiba-tiba Laykha blur. Matanya mengedip beberapa kali. Mukanya memerah kerana terfikir hal lain. Tidak mungkin Laykha adalah crush Darcel kan?
'Kau ni perasaan lah!'
Laykha mengangguk laju. Melupakan seketika ciuman pipi yang Darcel berikan tadi.
"I jamin, crush you akan sukakan you kalau you buat macam ni selalu." Jawab Laykha mula berdiri tegak, membaiki postur tubuhnya.
"Oh?"
Senyuman menyeramkan tersungging di bibir Darcel.
"Kalau..."
Buk!
Tiba-tiba Laykha dah termasuk dalam pelukan disebabkan tarikan kuat dari Darcel. Tangan sasa itu melilit ketat pada pinggang Laykha. Dah berubah pucat lesi muka putih salju milik Laykha.
"Kalau macam ni? Diterima?" Soal Darcel menatap dalam anak mata Laykha.
"Di-diterima."
"Kalau macam ni,"
Belum sempat Darcel mengembalikan ciuman hangat tadi, Laykha terlebih dahulu menolak tubuh itu. Dia menggeleng laju.
"Cukup! Diterima, diterima. Cukup! Jangan tanya apa-apa lagi. Jangan!" Laykha memegang dadanya. Boleh sakit jantung kalau macam ni.
"Baiklah." Darcel tersenyum samar.
Hatinya geli kerana tingkah malu-malu dari Laykha. Muka itu merah dah macam tomato yang masak ranum. Tidak pernah Darcel merasa bahagia sebegini.
"Siapa crush you?"
"Betul-betul nak tahu?" Soal Darcel serius bersama senyum manis.
"Kenapa? Susah ke soalan I?"
"You akan tahu nanti tapi I harap crush I benarkan I rampas dia dari lelaki lain." Santai aje ungkapan kata itu tapi sungguh hatinya tidak sesantai itu.
Jantungnya menggila meminta agar dirinya meluah perasaan pada Laykha.
"You rampas aje! Tak salah you dapatkan perempuan yang sememangnya milik you." Hasut Laykha bersungguh-sungguh.
"You nak hadiah?" Tanya Darcel penuh makna.
Laykha berkerut dahi. Lain macam tingkah Darcel hari ini. Namun, Laykha tak ada komen apa-apa. Dia mengangguk.
"Tutup mata." Suruh Darcel menahan bibirnya dari tersenyum.
Laykha menuruti dan,
Cup!
Hujung hidungnya terasa basah juga hangat. Tak sempat buka mata nak marah, Darcel dah hilang entah ke mana. Laykha menggeram bersama kakinya terhentak-hentak kerana tidak puas hati.
📍Nak bab seterusnya?
Kuncinya 🔑 🔐
10 votes 🔓⭐
See ya🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro