Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

Pagi-pagi lagi Darcel sudah bersiap memakai kemeja kasual berwarna putih dan navy blue pants. Sambil membetulkan ikatan tali leher, Darcel keluar dari biliknya mencari sang isteri.

Tok! Tok! Tok!

Buka saja pintu, terjengul pemandu setia nya iaitu Mr Smith.

"Tuan," Mr Smith menunduk hormat.

"Mana dia?"

Darcel meliar mata pandang sekeliling namun nihil. Kelibatan Laykha langsung tiada.

"Laykha keluar atas alasan urgent." Darcel mengangguk singkat.

"Kita gerak." Darcel keluar dari apartment nya. Tutup saja pintu, automatik semua elektrik di off sendiri.

"Tuan kecewa?" Soal Mr Smith setelah mereka lolos masuk ke dalam lif.

"Terbiasa."

Mr Smith menunduk. Tidak ingin mengeluarkan kata yang bisa menyakitkan hati Darcel lagi, Mr Smith memilih diam. Darcel nampak baik-baik saja namun, siapa sangka hatinya sedikit terasa dengan Laykha. Seolah Darcel tidak penting apabila kepergiannya di diamkan saja.

Ting!

"Kita jumpa Mr Roger?" Mr Smith berjalan beriringan dengan Darcel.

"Yup."

Mereka sama-sama masuk ke dalam kereta lantas meninggalkan kawasan itu. Sepanjang perjalanan Darcel diam sehingga mereka betul-betul sampai di depan syarikat milik Mr Roger. Macam biasa, Mr Smith akan turut serta dalam business meeting mereka. Saat mereka masuk ke pintu masuk, beberapa assistant Roger terlebih dahulu menyapa nya.

"Hi mate!"

"Hye bro!"

Mereka bersalaman juga saling berpelukan dengan raut wajah bahagia. Dahi Darcel berkerut seribu tatkala anak matanya bertembung dengan seseorang yang begitu dikenalinya.

"Be right back, nature calls."

Tanpa apa-apa pamitan, Darcel berlari anak mengejar langkah seseorang. Roger tercengang dengan tatapan tidak mengerti. Namun begitu, tetap dirinya mempersilakan Mr Smith untuk naik terlebih dahulu.

Buk!

Darcel menolak tubuh Laykha merapat ke dinding. Tangannya diletakkan di kedua-dua sisi Laykha bagi menghalang dari melarikan diri.

"Apa yang you buat dekat sini? You intip I?" Soal Laykha percaya diri, tidak lupa mukanya cemberut kerana marah.

"Business meeting."

Matanya menilik Laykha dari atas sehingga ke bawah. Masih saja Darcel tidak percaya apabila Laykha bekerja sebagai cleaner. Bukan kerana pekerjaan itu hina di matanya, namun kerana Laykha bisa bekerja dengan pangkat yang lebih tinggi sesuai dengan pendidikan dan harta yang keluarganya ada. Mengapa memilih pekerjaan ini?

"Your mom tahu mengenai ini?"

Laykha gelisah bak cacing kepanasan dan disebabkan reaksi yang berlebihan itu dapat dibaca oleh Darcel. Lantas apa lagi?

Pastinya Darcel tahu bahawa Laykha menyembunyikan kerjanya ini sudah lama.

"Boleh you janji dengan I something?" Gaya malas layan, Darcel meleraikan tangannya dari dinding lalu melangkah pergi.

"You," seru Laykha tidak bisa menutup rasa takutnya.

Bukannya berhenti, malah Darcel memekakkan telinga. Tidak sangka, sikap acuhnya menjentik perasaan marah dari Laykha. Tiba-tiba saja, Laykha mengikut emosi marahnya dengan menarik tangan Darcel lalu dibawa masuk ke dalam stor yang berdekatan.

Bam!

Pintu dikunci kemas. Darcel sedikit terkejut tapi buru-buru reaksi nya ditutup dengan merubah muka mendatar.

"I belum habis berbincang dengan you." Laykha menyerabutkan rambutnya.

"I tahu yang I mampu untuk kerja lebih baik dari ini tapi I tak nak. I nak mula dari bawah." Ada kejujuran diucap Laykha dan ada sesuatu yang tidak diberitahu Laykha.

Darcel speechless. Begitu hebat cinta Laykha untuk Javed. Sanggup bekerja siang dan malam demi kekasih hati. Hatinya sakit bagai dirobek kerana isterinya sendiri menanggung lelaki lain.

"I boleh tolong you dapatkan duit untuk Javed."

"Takde pertolongan yang percuma." Bidas Laykha tidak mempercayai niat baik Darcel.

"Kalau dah sayang, semua lelaki akan tolong. Walaupun dipersiakan." Bisik Darcel perlahan.

"Apa?"

Darcel senyum pahit sebelum ia menggeleng. Tiada keperluan untuk terus stay, Darcel mengundur diri.

"Tunggu."

Laykha menarik tangan besar itu agar berpaling. Ianya berhasil, di sana tatapan itu tampak sendu. Laykha tak nak fikir banyak lantas permintaan Darcel dipersetujui.

"I berhenti kerja kalau you sanggup tolong I dapatkan money untuk Jav."

"Bo-boleh." Rela tak rela ayat itu keluar dari bibir Darcel.

"I tulis surat berhenti harini jugak!" Laykha senyum bahagia dan tidak tahu atas alasan apa, Darcel nampaknya berjangkit senyum sekali.

"You boleh berhenti harini kalau you nak. Kawan baik I pemilik syarikat ni jadi I boleh buat keputusan langsung tanpa surat."ujar Darcel tidak lepas menatap raut wajah bahagia Laykha.

Sulit sekali bila jatuh cinta bukan?

Mahu menolak juga tidak bisa, apatah lagi melakukan hal bukan-bukan yang lainnya. Cinta benar-benar membuat manusia jadi bodoh bukan?

"Betul ke?" Kaki jinjang itu melompat keriangan lagak budak-budak yang mendapat mainan baru. Tidak cuma itu, tanpa apa-apa isyarat tubuh sasa Darcel dipeluknya erat sekali.

"Thank you Dar, I suka bila you bagi I kerjasama macam ni. Tak sia-sia I kahwin dengan you." Biarpun terasa, Darcel tetap membalas pelukan itu.

"Hmm."

"You tahu Dar? I dan Jav dah berbincang untuk kahwin."

Prang!

Bagai ada batu berat sedang menghempap kepalanya. Dunia seakan berhenti berputar seketika.

"Bukan you kahwin dengan I?" Soal Darcel lirih.

Pelukan diketatkan seakan Darcel nak bagitahu Laykha bahawa Laykha hanya miliknya bukan milik Javed.

"I boleh kahwin dengan Javed satu hari nanti dan you wajib tolong I." Tak tahu malu Laykha meminta sesuatu yang tidak sepatutnya.

Darcel menyembam wajahnya pada leher jinjang Laykha. Enggan melepaskan, Darcel mengetatkan lagi pelukannya bak ular yang membelit mangsa nya.

"Kenapa you peluk I makin ketat ni? I tak boleh bernafas Dar." Disebabkan tenaga Laykha bukanlah lawan Darcel. Meronta bagaimanapun tetap dirinya kalah. Tiada harapan, akhirnya Laykha membiarkan saja.

"Lay," lembutnya panggilan Darcel membelai gegendang telinga Laykha.

"Hmm?"

"Maafkan I."

Lelaki itu tidak berkutik, melainkan semakin menelusuk jauh ke ceruk lehernya. Hal ini membuat tubuh Laykha menegang.

"Maafkan you sebab?"

Walaupun hatinya berdetak kuat bagai tidak terkawal namun sehabis baik Laykha menunjuk reaksi bahawa dia tidak terusik dengan perbuatan Darcel.

"Maafkan I sebab I terlalu bodoh dalam mencintai you." Gumam Darcel sangat perlahan.

Dia menggesel-geselkan hidung mancungnya pada leher Lakha. Tawa kecil Lakha kedengaran merdu di gegendang telinga Darcel.

"Gelilah! Sudahlah peluk I, I tak nak!" Rengek Laykha manja.

Darcel senyum kecil sebelum ia melepaskan tubuh sang isteri. Tidak lupa, ciuman hangat dihadiahkan pada kening Laykha menunjukkan bahawa sayangnya untuk sang isteri tidak akan pernah hilang.

"Tunggu I dekat lobi boleh? I nak jumpa kawan baik I sebelum kita balik sama-sama." Ajak Darcel berniat untuk keluar jalan-jalan dengan Laykha.

"You balik dengan Mr Smith boleh? I nak keluar dengan Jav."

Belum sempat Darcel menghalang, Laykha sudahpun berlari keluar meninggalkan nya sendiri di sini.

📍Nak bab seterusnya?

Kuncinya 🔑 🔐

10 votes 🔓⭐

See ya🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro