
MOB 9 💗
" Okay, kita dah sampai! Kejap ehh aku tolong ambilkan barang barang kau.. " aku mengangguk sebagai jawapan.. Tali pinggang keledar ku buka lalu keluar dari kereta mercedes milik Alex..
Barang barang aku tadi dibawa masuk olehnya, aku nak tolong tapi dia taknak.. Jadi kita biarkan jer laa dia yang bawakan HAHAHA.. Nampaknya aku seorang jer laa yang tinggal dalam rumah nie, dah semua orang sibuk hmm..
" Hmm weyh, aku pergi dulu tau.. Nie hadiah untuk kau, happy birthday again sweetie! Ouh ya, before I forget something.. Sharp 7 p.m. aku ambil kau dekat sini okay? Pakai dress warna hitam putih, dan jangan pakai rambut palsu termasuklah contact lens.. Bersiap lawa lawa tau, lambat tinggal! " dia memghulurkan beg kertas yang kecil lalu dia pun pergi, aku melambaikan tangan aku ke arahnya.. Rumah depan depan jer hek eleh..
Pintu ditutup lalu kunci, beg beg kertas yang hampir penuh berisi hadiah tersebut ku bawa naik ke bilik.. Beg sekolah aku letak di kerusi, lockscreen iphone aku dibuka, data on.. Sementara menunggu semua mesej sampai, aku ingin membersihkan badan yang melekit ini..
10 minit berlalu...
Aku keluar dari bilik mandi dengan wajah yang ceria.. Siapa jer yang tak happy bila first time membe buat macam nie haih.. Sayang diorang, even diorang jenis yang suka over, kedekut, perangai bangang tak boleh bawa bincang, macam macam lagi laa..
Aplikasi Whatsapp aku buka, chat abang Ev ditekan..
Abang bangang 😭❤:
Adik, nanti balik abang tak boleh nak ambil.. Kerja banyak sangat, abang dah bagitau Alex pasal nie..
Lepastu, malam nie kita ada event untuk syarikat daddy.. So, adik kena pakai dress hitam tau.. Abang dah letak atas tilam adik, siap lawa lawa and Alex ambil adik sharp 7.00 p.m.
Ouu, cantik juga dress nie, pandai abang pilih hehe.. Menepati cita rasa aku betul! Chat abang Ev dibalas..
Me:
Ouu, okay abang.. Sorry lambat reply, terlupa ambil phone pagi tadi hehe..
Telefon ditutup, beg kertas tadi ditarik keluar dari bawah meja belajar.. Hadiah yang diberi oleh kawan kawan aku dibuka dulu, nak tau juga apa yang diorang bagi hehe.. Amboi diorang, ada ' from ' bagai ehh..
Satu persatu pembalut hadiah dibuka, akhirnya habis juga dibuka oleh aku HAHAHAHA.. Banyak shiel hadiah aku tahun nie, lain macam jer diorang nie ishh.. Tapi takpa, benda boleh simpan.. Macam hadiah aku dapat, haa kau.. Ada handbag, 1 set makeup including tools, buku nota, sneakers, heels, macam macam lagi laa.. Pelik betul hadiah diorang, beli benda biasa biasa udah lerr.. Tinggal satu lagi aku belum buka, hadiah tu dari Alex ya teman teman..
Yang nie aku nak taknak jer buka, sebab apa? Kotak dia macam kotak cincin siut! Aku taktau laa dalam tu cincin ke, rantai ke, apa.. Serius bergetar tangan aku nak buka, tapi sebelum tu baca dulu nota yang dia tinggalkan dekat kotak tu..
'Happy Birthday sweetie! May god bless you always! Hadiah kau aku bagi simple jer hehe, hope you enjoy your day! Sweet 17 yaw ❤!
From:
Noah yang hensem, yang lagi hensem.
27 Januari ❤
Okay, ayat yang terakhir tu macam tiber tau tapi takpe laa hshshshs.. Kotak itu aku ambil, dup dap dup dap.. Kotak itu dibuka dan silau siutt, emas yang baru dia korek ke apa dia bagi sampai silau teruk nie aih?! Ehh, jangan laa berloyar buruk laa Everly, gile bethols! Dah sah sah dia bagi cincin tu kan, takkan laa di-- wait what?! Cincin?! Dia nak ajak aku kahwin ke apa nie bodoh?! Ehh, ada nota kecil laa..
" Eve, aku sebenarnya cintakan kau.. Kita buat deal ehh? Kalau kau pakai cincin tu, tu bermakna kau jadi girlfriend aku tapi kalau kau tak pakai.. Takpa laa, aku faham.. Tapi kau simpan jer laa ehh cincin tu? Tu jer hehe.. "
Aku terkedu.. Teringat akan kata kata dia siang tadi yang dia ' on crush ' dengan aku, aku pun dah mula sayangkan dia sebenarnya.. Sejak bila? Aku taktau, dan selama nie aku tak pernah nak bercinta dengan orang lain dan hati aku beku, perangai aku dingin, apatah lagi layanan aku terhadap orang lain, tapi sejak ada dia.. Hidup aku mula berubah 360°, dan aku mula sayangkan dia..
Memang pada mulanya aku keliru dengan perasaan aku sendiri.. Tapi semakin aku elakkan diri dari dia, semakin rasa sayang tu hadir.. Jadi, pada hari nie aku nekad bahawa aku nak sayang dia hehe.. Cincin yang dia bagi tu pun lawa cok! Macam cincin kahwin, tiber!
Sampah sampah aku kumpulkan dan buang ke dalam tong sampah.. Jam loceng di telefon di ' set ', dan baring laa aku di atas tilam yang empuk ini hmm..
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
WAKIE WAKIE PRINCESS! IT'S TIME FOR YOU TO WAKE UP!
HAHAHAHAHA, isn't it cute? Aku yang buat dia macam tu, kang kalau tak besar volume tu tak bangun aku.. Alarm telefon aku dipadam, charger diambil lalu telefon dicas.. Tuala mandi aku diambil dan mandi laa kita..
Selesai aku mandi, rambut aku yang masih basah dikeringkan menggunakan hair dryer lalu dibalut laa dengan tuala sementara.. Skincare ku pakai, dan bermula laa kita menyiapkan diri kita.. Jangan terlebih makeup, nanti kena kecam oit!
45 minit berlalu...
Muka aku sudah pun siap, tinggal rambut juga sudah.. Rambut aku buat dengan style yang half curly gitu, aku taknak buat buat straight sebab nanti nampak nerd hmm.. Rambut dibiarkan lepas begitu saja, malas nak ikat bagai hshshs.. Makeup juga tidak terlalu tebal, tidak terlalu nipis.. So, let's go and wear our beautiful dress hehe..
Gaun tersebut disarung oleh ku, dan taraa! Cantiknyaa ARGHHH! Off shoulder, sampai kaki aku ehh, besar betul nasib baik laa pinggang dia tak longgar, lepastu kain dia selesa, lembut, sejuk jer kain dia.. Yang paling best tu, gaun tu kembang ARGHH! Kau memang tak boleh buat aku move on kan ishh! Tapi, memang pandai laa abang Ev pilih hehe, sayang abang!
( goun Everly )
Sling bag Kate Spade milikku diambil dan barang barang yang penting disimpan.. Cermin mata aku pakai terus sebab malam malam aku tak nampak jalan, gelap cokk tambah lagi kabur hmm.. Cincin yang dihadiahkan oleh Alex petang tadi dipakai, and I'm officially his girlfriend now.. Dia belum tau lagi laa hshshs.. Heels tinggi yang berwarna hitam dan bercorakkan rama rama yang berwarna putih diambil, lalu turun laa aku ke bawah..
Sekarang baru pukul 6.45 p.m.. Sementara itu aku sempat lagi mengunyah ya anak hmm, cookies yang aku buat haritu pun habis.. Sampai hati diorang tak simpankan untuk aku sob sob.. Tidak lama kemudian, bunyi loceng rumah aku pun berbunyi.. Mesti Alex nie, cakap pukul 7 sekarang baru pukul 6.55 p.m. hmph!
Pintu dibuka, dan betul tekaan aku.. Memang Alex pun huhu, aku mengajaknya masuk sementara menunggu aku membasuh cawan yang dipakai oleh aku sebentar tadi.. Selepas itu, heels yang aku ambil tadi dipakai dan menuju ke keretanya.. Hensem bhai pakwe aku, cermin mata dia, suite warna hitam dipakai lagi kemeja yang berwarna putih, tie warna hitam, seluar slack warna hitam lagi hmm.. Kasut pun warna hitam, nak jadi black guy ke acane tu? Ehh, tiber!
( baju Alex / Noah )
Dia memandang aku, dagu aku ditarik olehnya dan hidung mancung kami berdua betul dan tepat terkena antara satu sama lain.. Yang nie aku nak lari..
" So, you wear this ring yeah.. And, you accept me to be your boy? " tanya dia.. Aku mengangguk laju dan memberikannya senyuman yang paling laa berharga..
Dia membalas senyuman aku dan bermula untuk memandu ke destinasi kami.. Senyap jer, radio jer yang ada.. Macam hantu pulak yang drive kereta nie hmm..
Aku pula dari tadi khusyuk usya phone, bukan apa.. Aku stalk Instagram orang sebelah aku nie haa hshshsh.. Banyak thoo followers dia hmm, tapi tak boleh kalahkan lagi followers aku haa HAHAHAHA!
" Hmm Alex, kita pergi mana sebenarnya? " tanya aku.. Aku tidak puas hati bila abang jawab begitu jer tadi, like ' ada udang disebalik batu ' yea!
" Later you will know it sweetie " jawabnya, haa nie sekor lagi.. Main sorok sorok buat ape ishh, aku hanya mendengus sebagai jawapan dia pulak tergelak kecil memandang aku..
30 minit berlalu...
At last, sampai juga destinasi kami nie yea.. Punya bosan aku dekat dalam kereta tu, hadap phone jer.. Dah taktau nak ajak sembang topik apa, diam jer laa jawabnya hmm..
Aku yang baru saja ingin membuka pintu kereta dihalang, Alex keluar dahulu dan dia membuka pintu kereta itu untuk aku.. Auww, sweet kan pakwe aku?
" Auw, thank you! By the way, banyaknya orang yang datang.. Kenduri kahwin ke apa nie? " lepas dengar kata kata dari mulut aku, aku sendiri pun tergelak.. Bengong kan aku?
Alex menyuruh aku menunggunya sementara dia mengambil sesuatu di dalam kereta.. Dia mengambil keluar sesuatu dari beg kertas itu and it's a veil! Gosh, it's really beautiful that vail! Sudah laa vail tu panjang sehingga mencecah ke lantai.. Lawa siutt! Yang tambah lawa lagi tu, dia mahkota weyhh arghh! Bukan beshe beshe ehh hadiah aku dari Alex hmm..
Dia menolong aku memakai vail tersebut dengan kemas, cermin mata aku dibuka.. Dan mataku dibalut dengan kain yang berwarna hitam, nasib baik aku tak pakai bulu mata palsu HAHAHAHA! Dia mengangkat aku bride style gitu, terasa diri ini seperti seorang ratu ewah! Aku rasa happy sangat bila dia layan aku macam nie, tapi dalam masa yang sama aku rasa takut.. Kenapa dia tutup mata aku pakai kain? Ada sesuatu buruk yang bakal terjadi ke? Uishh, mohon dijauhkan.. Think positive Eve!
Aku merangkul lehernya, takut jatuh.. Mamat nie buka betul sangat ishh.. Dia membawa aku ke mana? Entah, aku pun tak tahu.. Sampai laa satu tempat nie, dia berhenti dan menurunkan aku dengan perlahan.. Dia membuka kain hitam tadi dari mata ku, dan cermin mata aku dipakai kembali.. Aku memandangnya pelik, kenapa dia bawak aku pergi hotel daddy aku? Dengan gelapnya lagi, seram sejuk aku huhu..
" Come sweetie " ujarnya lembut.. Tangannya ku rangkul, macam time wedding orang tu laa HAHAHA.. Selangkah aku masuk, lampu yang berwarna Royal Blue dipasang.. Aku terkejut, betapa cantiknya hall nie dengan lampu dia.. WOW! Dari jauh, aku boleh nampak huruf balloon yang bergantung ' HAPPY BIRTHDAY ! '
Sesungguhnya, hari ini adalah hari yang paling bahagia bagi aku.. Dan untuk kali ke berapa entah, aku menangis semula.. Nasib makeup aku waterproof.. Alex menyapu air mata ku dengan perlahan, dan mencium pipi aku.. Merah namatey muka aku, nasib gelap thoo hshshs..
Alex mengiring aku, aku pulak khusyuk menerokai setiap sudut hall tadi sehingga laa ke meja makan keluarga kami.. Semeja rupanya, ingat kan asing.. Alex mengambil tempat duduk di sebelah aku, slingbag aku dikaitkan pada kerusi Iphone ku pula diambil..
Aku perasan juga yang ada orang ambil gambar aku, rupa rupanya Akex yang curi curi ambil.. Aku tergelak, dengan sedaya upaya aku cuba memberhentikannya.. Tapi tak boleh, tunggu kau Alex! Keadaan kembali seperti ' normal ' selepas adegan mengambil gambar aku.. Nak jer aku tenyeh muka dia tu ee geram! Tapi aku sabar jer huh..
Baru aku perasan yang daddy tidak ada duduk di sini.. Dengan peliknya aku tanya abang Ev daddy di mana, dia jawab belakang pentas. Aku meng ' o ' kan saja, nampak sangat daddy nak berucap hshshs.. Banyak juga yang hadir hmm, ada yang dari oversea, rakan sekerja daddy, staff staff ofice daddy.. Sama juga dengan mommy.. Sementara menunggu majlis bermula, Instagram dibuka banyak njir notification..
alexsnoah._ started follow you.. Butang ' Follow Back ' ditekan, gambar dia pun aku like.. Tapi sampai jer satu gambar nie, aku rasa nak tibai dia guna kerusi tu hmm.. Dah laa dia post gambar candid aku yang tengah gelak tu, kalau candid lawa takpa juga, siap tag aku lagi ish! Caption dia cute ' My funny birthday princess '.. Comment ditekan, bapok banyak orang comment..
ansmrdne : Uyo, sweet benor dua ekor nie yea!
jayjay_ : Uish kau Alex, bukan main lagi kau kacau anak dara orang haa..
cutethiya : Hai awak! Kenapa awak dengan minah kampung tu? Euw, jijik I!
Sampai jer comment minah tu, aku terus stop.. Ehh kau, suka hati mak bapak abang atuk kau jer enn kata aku minah kampung? Kau fikir kau sape haram! Eyy laa aku enn, nasib ada orang tolong jawab biar dia rasa sentap HAHAHAH!
Apabila daddy mula berucap, telefon aku tutup..
" Good evening everyone! How are you guys? So, as you know why I jemput you guys here because today adalah anniversary untuk syarikat Ev.La Holdings selama 7 tahun.. And of course, selalunya kita buat kecil kecilan saja kan? But today it's more special, because today is my daughter birthday! Selama ini hanya celebrate bersama family terdekat saja, memandangkan sudah lama syarikat kita nie jadi saya cadangkan untuk sekalikan parti ini.. "
" Eve, come.. Naik pentas " yang ini agak janggal bagi aku sebab seram thoo bila orang ramai tengok.. Dengan tak kenalnya uishh.. Aku mengangkat sedikit gaun aku semasa naik ke pentas, terpijak kang koyak nanti weyhh!
" This is my youngest child, and dia masih sekolah lagi.. All of you know that we have a really famous model from France and her name is Queen El right? So here she is.. My daughter is the model.. " masa daddy bagitau yang aku adalah model yang terkenal itu, semua orang bersorak, tepuk tangan.. Aku malu hmm..
" Say hai to them girl " kata daddy.. Aku dengan teragak agak untuk mengambil mic tersebut.. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin dan menghelakannya..
" Hai guys! I'm Everly, you can call me Eve or Ely.. Nice to meet you all! " aku menyua kembali mic itu kepada daddy.. Tiba tiba lampu terpadam, daddy tadi yang di sisi ku tiada lagi.. Kenapa gelap, dan lampu tengah terbuka.. Kelibat Alex dinampak, dan sedang memegang gitar, di depannya pula microfon..
Gitarnya dipetik..
Hmmm...
Disaat aku, pejamkan mata...
Ku cuba bayangkan raut wajahmu...
Doaku agar, kau hadir di dalam mimpi..
Menemani aku...
Mimpi yang indah kau bersamaku...
Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya...
Dan jangan dikau hampiri dia...
Dia pasti membawa kau pergi...
Dia.. Dia..
Mengapa dia..?
Part nie dia pandang muka aku, aku hanya tersenyum lebar..
Semalam aku, diburu mimpi..
Mimpi ngeri yang menghiris hatiku..
Tapi ku tahu jauh dalam sudut hatimu..
Kau takkan tinggalkan ku..
Mimpi yang indah kau bersamaku..
Mimpi yang ngeri kau, bersama dengannya..
Dan jangan dikau hampiri dia..
Dia pasti membawa kau pergi..
Hoo... Hoo... Yeah...
Dengan penuh perasaan dia menyanyikan lagu ini.. Baru aku sedar yang dia memang betul betul sayangkan aku lebih dari seorang kawan.. Ya, aku lama gila bagi dia fakehope.. Aku rasa bersalah gila!
Oh...
Ku dibuai mimpi yang indah..
Dan juga mimpi ngeri..
Hoo...
Mimpi yang indah kau bersamaku..
Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya..
( Dia... Dia... )
Dan jangan dikau hampiri dia..
Dia pasti membawa kau pergi..
Dia...
Mengapa dia?
Dia...
Mengapa dia?
Mengapa dia?...
Dia menitiskan air mata-- wait what?! Dia nangis? Okay, this time I really can't stand my feelings.. Dengan aku sekali laa nangis tepi dia, baik berhenti sebelum orang buka lampu tu haa.. Nanti kantoi hshshs..
Para tetamu memberikan tepukan yang guruh bagi Alex, yeah.. Suara dia merdu namateyy! Kami berdua pun tersenyum, no no no! Aku cair dengan senyuman dia arghh! Abang, tolong adik huwarghh!
Alex turun semula ke bawah dan aku pula stay, sebab kek birthday aku ad dekat sebelah jer nie haa.. Entah bila orang heret ke sini pun aku taktau hish..
Family aku naik ke atas pentas, dan photographer pun mengambil gambar kami sekeluarga.. Aku bab bab bergambar nie pro ehek! Dah pun namanya model, apa laa HAHAHA!
Aku memotong kek dan menyuap mereka..
Selesai saja mengambil gambar semua, aku melayan duduk jer melantak nanti aku tolong laa abang abang tu sayang layan tetamu HAHAHA! Kejam kan aku?
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
" Huh! Penat layan tetamu weyhh! Dapat juga laa nak balik huhuu, aku nak tidur! " kata aku semasa dalam kereta Alex.. Hadiah kalau boleh banyakkan laa lagi naa.. 10 ribu jenis hadiah pun aku tak peduli haa ambik kauu! Lantak dia laa nak kata apa pun, janji dapat tidur..
Tapi best juga tadi, tak sangka diorang ada sanggup buat macam nie untuk aku huhu.. Terharu aku weyhh hshshs.. This is the best day in my life yahu! Sempat juga laa aku dengan Alex ambil gambar tadi, view pun lawa hmm lepastu kami berdua candid like modelling gitew hshshs.. Untung laa aku dapat abang yang pandai tolong ambil gambar..
Ada juga laa dua tiga gambar yang aku suka, aku jarang bergambar dengan orang kecuali members aku hehehe..
" Haa, bagus sangat laa tu.. Esok kau ada shooting kan? Aku hantarkan ehh? Lepastu kita jalan jalan okay, atau kau nak jenguk kafe kau? " tanya dia, ya tak ya juga kan.. Sudah laa kena datang pukul 8 pagi hmm, sekarang nak pukul 1 pagi.. Haa elok sangat laa tu tidur pagi buta..
" Hmm boleh laa kalau pakwe ku sudah volunteer untuk menghantar ku hehehe, jangan merungut ya sayangku kalau lama hshshsh " saja jer panggil dia ' sayang ' HAHAHAHA
" Ehh jap, what did you call me? Said it again " nie laa aku malas nie eee, aku tenyeh kang muka kau!
" SAYANG! PUAS HATI? " tak tinggi suara, cuma keraskan suara tu sikit hshshs..
Terletus ketawa dia, aku yang terhibur pun terikut gelak.. Dia pun meneruskan pemanduannya dan menghantar aku pulang ke rumah..
Part nie enn, aku taktau laa nak kata hambar atau sweet HAHAHA! Cm tiber tau, tpi tkpa laa ehh? Takpa ii, janji aku update kan ii hshshs.. I have a good news which is I already have 100 votes guys arghh 😭, thanks bgi yg support story nie even hambar gilaa hmm.. Nak 200 votes untuk seterusnya boleh kn hmm
Vote ⭐
Comment 💬
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro